Khamis, 24 Oktober 2013

2140. Menyedari kesilapan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.

Akhir-akhir ini dalam kawasan Surau terbinalah juga dewan serbaguna. Dewan tersebut tersedia juga gelanggang beriadah. Gelanggang badminton dan sebagainya. Di dalam kawasan surau terdapat juga zon permainan kanak-kanak. Semua itu bagus bagi mewujudkan keseimbangan rohani dan fizikal.

Pembinaan sedemikian rupa mengajak semua lapisan Masyarakat Melayu mendekatkan diri dengan Rumah Ibadat Allah S.W.T.. Bagaimana pun tanpa disedari kedapatan sebahagian kalangan Melayu yang tidak menjaga aurat didalam kawasan tersebut. Beriadah didalam kawasan Surau dengan mengabaikan kewajipan menjaga aurat.

Berdatangan Melayu sekadar menjengah di Surau dengan menyerlahkan rambut dan sekujur tubuh. Lalu lalang bermotosikal dan berseluar pendek menampakkan lutut berdekatan dengan kawasan Masjid, sepertinya sudah menjadi perkara biasa bagi orang Melayu.

Menghantar dan menjemput anak atau ahli keluarga dari Sekolah Agama Islam dengan cara pakaian yang tidak menutup aurat, sudah jadi amalan sebahagian Melayu. Alangkah baiknya berpakaian cara Islam di tempat-tempat Kemuliaan Islam tanpa melacurkan diri. Berpakaian tetapi telanjang.

In Syaa Allah masing-masing menyedari Islam itu lebih utama dari Melayu. In Syaa Allah hal sedemikian rupa akan berubah seiring kepentingan keredhaan Allah SWT  serta seruan Junjungan Nabi Muhammad SAW. In Syaa Allah bila masing-masing menyedari dan tahu menjaga diri dan menyakini diri itu berAgama Islam.

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77

Tiada ulasan: