بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Jentera pembersih longkang (Google Picture).
Orang lain yang dapat duit kita dan kita dipaksa menghidu bau longkang. Semakin laju, semakin membuaklah air dan semakin mengembanglah bau longkang. Kita bayar tetapi kita didustai.
Rupa-rupanya aku bukan berada di sebatang sungai yang airnya sentiasa mengalir. Sungai itu telah berubah menjadi sebatang longkang. Longkang yang disengajakan mengempang air kumbahan dari deretan rumah sekitar dan mungkin air kumbahan dari seluruh kota tersebut. Air longkang itulah yang mengapungkan bot-bot yang diberi nama indah-indah.
Satu pengalaman yang aku jadikan itulah yang pertama dan yang terakhir. Walau mungkin kawasan itu telah pun berubah menjadi bagus, tetap bernama longkang sebuah kota. Lagi bagus agaknya aku berada disitu petang hari 1 Januari 1793 dan aku yakin waktu itu ia masih lagi sebatang sungai yang bersih.
Sumber: (pengalaman) .
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc. Pembersih Longkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan