بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Gambar Google - Rasuah Korupsi. Pemberi rasuah. Penerima rasuah.
Pemimpin beri rasuah kepada rakyat supaya menyokong partinya. Malangnya rakyat tidak sedar itulah rasuah terutama menjelang pilihanraya. Ayat popular waktu itu "Dia bagi kita ambillah barangan elektrik." Rakyat undinya telah dibeli dengan edaran sumbangan barangan dan alatan rumah. Rakyat tidak sedar atau buat-buat halal perkara rasuah.
Pemimpin rasuah anak-anak isteri-isteri turut kaya raya. Pemimpin ada lima anak ... ke lima-lima orang anaknya semua kaya raya. Ada harta juta-juta. Ada saham juta-juta dan paling tidak ratusan ribut lot saham. Pada kebiasaannya pemimpin jenis ini terus menang, sebab rakyat tidak ambil peduli. "Yang kaya Melayu juga." Kata mereka bersubahat dengan perkara rasuah.
Apakah rakyat sememangnya kurang cerdik maka pemimpin rasuah mudah mengambil kesempatan? Pemimpin akan tetap dihormati walau pun pemimpin itu merupakan pengamal rasuah tegar. Sampai bila pemimpin jenis begini terkubur secara beramai-ramai.
Pembangkang apabila mejadi kerajaan pun akan terus menjadi ahli baru rasuah?. Terjadi begini sebab tamak haloba?. Tidak takut Allah SWT?. Ada satu bangsa mudah kena tipu dan mudah jadi kalangan yang bersubahat.
Islam mengajar umatnya patuh perentah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan