بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
26 Oct 2013
Faishal: Sengketa penunggang basikal, pemandu disiasat polis
POLIS
sedang menyiasat dua kejadian baru-baru ini yang melibatkan seorang
penunggang basikal dan pemandu kenderaan lain, kata Setiausaha Parlimen
bagi Pengangkutan, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dalam satu pos di laman Facebook semalam, Dr Faishal berkata ramai orang telah meminta pendapat beliau mengenai kedua-dua kejadian tersebut.
Kejadian pertama, yang telah difilemkan dengan kamera dalam kereta, menunjukkan seorang penunggang basikal memintas kenderaan lain di jalan raya ke arah Harbourfront Walk.
Penunggang berkenaan kemudian dilihat turun daripada basikal dan mengayunkan tangan ke arah pemandu.
Penunggang yang sama terlibat dalam perbalahan yang lain dengan seorang suri rumah di Telok Blangah.
Kata Dr Faishal: "Daripada saling tuduh- menuduh, adalah penting bagi kita ingat bahawa kita perlu bertimbang rasa dan menghormati antara satu sama lain di jalan raya.
"Penunggang basikal, pemandu kenderaan dan pejalan kaki sama-sama perlu mematuhi peraturan lalu lintas dan memainkan peranan mereka menjaga keselamatan."
Beliau menambah bahawa jalan raya akan menjadi lebih selamat untuk semua orang apabila semua pengguna menunjukkan sikap berbudi bahasa dan bertimbang rasa.

Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan