Sabtu, 26 Oktober 2013

2168. Pengadilan itu motifnya KEBENARAN dan KEADILAN.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Pengadilan SATU:
Mahkamah China tolak rayuan Bo Xilai . <= Klik untuk Ke Berita Asal.

BEIJING - CHINA. Mahkamah China hari ini menolak rayuan bekas ahli politik terkenal China, Bo Xilai dan mengekalkan hukuman asal penjara seumur hidup terhadap pertuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah Rakyat Tertinggi Shandong mengekalkan hukuman yang diputuskan bulan lepas oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Jinan di wilayah Shandong, timur China.

Mahkamah Rakyat Pertengahan itu pada 22 September menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Bo, 64, bekas ketua parti bagi Majlis Perbandaran Chongqing, di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua.

Bo didapati bersalah menerima rasuah berjumlah 20.44 juta yuan (kira-kira US$3.3 juta) sama ada secara peribadi atau menerusi anggota keluarganya antara 1999 dan 2012.

Dia dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah dan hak politiknya dilucutkan seumur hidup serta semua aset peribadi dirampas.

Dia dihukum penjara 15 tahun bagi penyelewengan serta harta peribadi 1 juta yuan dirampas. Bo juga dihukum penjara tujuh tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Tahun lepas, Bo disingkirkan daripada Parti Komunis China (CPC) selepas dituduh rasuah, hubungan seksual yang tidak wajar dengan beberapa wanita dan menyembunyikan perbuatan isterinya, Gu Kailai membunuh ahli perniagaan Britain Neil Heywood.

Gu dijatuhi hukuman mati dengan dua tahun penangguhan hukuman bagi membunuh dengan sengaja oleh Mahkamah China pada Ogos.

Kes Bo dilihat sebagai skandal politik terbesar China. - Bernama

Pengadilan DUA. 

Ling Liong Sik bebas tuduhan tipu kerajaan . <=KLIK untuk ke versi asal berita.
KUALA LUMPUR - MALAYSIA. Mahkamah Tinggi  hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar berjumlah RM1.08 bilion bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi mengumumkan keputusan itu di akhir kes pembelaan terhadap Dr. Ling, 70 yang dibicarakan atas satu pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan.

Asnawi berkata, setelah menganalisis segala keterangan dan menghalusi semua hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan utama dan dua tuduhan pilihan.

"Setelah menganalisis segala keterangan dan menghalusi semua hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh dari kesemua tuduhan yang dihadapi," katanya.

Para penyokong dan ahli keluarga Dr. Ling yang hadir memenuhi galeri awam mahkamah bertepuk tangan dan bersorak gembira sejurus mendengar keputusan itu.

Bagaimanapun, Dr. Ling yang tersenyum dan kelihatan tenang enggan mengulas lanjut ketika ditanya media.

Sementara itu, dalam penghakiman bertulis setebal 42 muka surat, Ahmadi berkata Dr. Ling tidak memberikan arahan bertentangan undang-undang atau polisi yang merugikan kerajaan.

Menurutnya, Tun Dr. Mahathir juga telah memberi keterangan bahawa pembelian tanah yang berjumlah RM1.088 bilion dan kos keseluruhan projek itu berjumlah RM2.440 bilion telah disediakan oleh para pegawai dari Kementerian Kewangan.

"Pada pandangan saya pegawai dari Kementerian Kewangan tidak akan mendapat nilai tersebut jika tidak diperoleh dari laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),"katanya.

Menurut hakim, Kementerian Kewangan telah terlibat aktif dalam perolehan tanah kerana mereka turut serta dalam beberapa siri  mesyuarat.

Tambahnya, Dr. Mahathir mengetahui tentang perolehan tanah dan beliau telah mengesahkan beliau biasa dengan projek PKFZ.

Ahmadi berkata pihak pembelaan juga telah mendedahkan bahawa Dr. Ling tidak menyembunyikan sebarang perkara dari pengetahuan kabinet.

"Ini menyokong keterangan tertuduh bahawa beliau tidak mengambil bahagian dalam menentukan harga tanah dan hanya berniat untuk mendapatkan tanah itu segera,"katanya.

Hakim menjelaskan, Dr. Ling tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kesilapan, maklumat yang mengelirukan atau ketidak tepatan dalam menyediakan dokumen kementerian meskipun beliau telah menandatangani dokumen.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurop berkata pihaknya akan meneliti asas penghakiman sebelum memutuskan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 29 Julai 2010, Bekas Presiden MCA itu pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 29 dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan.

Dr. Ling kemudiannya diperintah membela diri pada 9 Mac, dan selesai memberi keterangan pada 20 Jun lalu.

Bagi tuduhan utama, Dr. Ling didakwa dengan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sehingga mendorong Jemaah Menteri memberi persetujuan membeli tanah tersebut.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara bagi dua pertuduhan pilihan pula, Dr. Ling didakwa telah menipu kerajaan dengan cara yang serupa.

Bagi kedua-dua tuduhan pilihan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku  antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tertuduh mula memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi selama lapan hari bermula 13 Julai 2012 bagi menangkis semua dakwaan terhadapnya.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak sembilan saksi dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir; dan bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr. Fong Chan Onn.

Baca juga:
Artikel Berkaitan
Sumber: (http://www.sinarharian.com.my) .


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.

Tiada ulasan: