Ahad, 27 Oktober 2013

2183. Bidadari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Kenapa Bidadari itu digelar Bidadari? kerana kata Nabi SAW mereka itu wanita2 terpelihara yang Allah SWT cipta utk penghuni syurga.. mereka terjaga tak pernah keluar dari Syurga.. mereka tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia.. mereka menunggu bakal suami mereka dengan penuh cinta.. kecantikan, keayuan, kelembutan mereka tidak terkata.. tiap hari mereka lirikkan puisi rindu utk yang tercinta...

itu lah yang kita gelar Bidadari Syurga....

Lalu bagaimana seorang wanita dunia itu layak digelar Bidadari dunia? mereka mendapat kemuliaan itu dgn menjadikan ciri2 Bidadari itu sbg ciri2 mereka.. mereka menjaga diri mereka dari dilihat mata... mereka cinta pada yang esa.. mereka diam di rumah tanpa berita.. seperti Bidadari yg tak pernah keluar dari Syurga... kerana luar rumah itu neraka, penuh dengan buaya menunggu mangsa, mereka menyimpan diri mereka hanya utk yang halal dicinta.. sama seperti Bidadari syurga yang menunggu lelaki Ahli Syurga... mereka tidak berhias melainkn kepada imam mereka... mereka melunakkan suara hanya pada suami mereka...

Jadi seseorang itu hanya layak digelar Bidadari dunia apabila ciri2 mereka sama seperti ciri2 Bidaari Syurga... menjaga diri hanya utk yang halal buat mereka... bukan mempamerkan diri menggoda2 seperti Ahli Neraka...

Dan itu semua jika kalian lakukan....kalian akan menjadi Bidadari dunia dan bakal menjadi ketua Bidadari di Syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain....

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah (SAW)! Adakah wanita di dunia lebih baik atau Bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada Bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah (SAW)! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

~penuhkan dunia dengan Bidadari~

UIB


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.

Tiada ulasan: