بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Meja www.peceq.blogspot.com
Posted: 22 Oct 2013 01:30 AM PDT
Apa Kes?! Nostalgia Bomba Penyelamat Pada 16 Mei 1993 (Video) | Siapa di sini bekerja sebagai bomba penyelamat? Tugas bomba ini merupakan satu tugas yang agak berat sebenarnya. Ia bukan sahaja terletak tugas dalam memadam api kebakaran, tetiba turut terlibat dalam apa jua kejadian seperti kemalangan, kes bunuh diri dan sebagainya. Ada satu nostalgia yang ingin Melayukini.net kongsikan bersama anda. Nostalgia bomba penyelamat ini sudah berlaku pada 20 tahun lepas iaitu tentang kes menyelamat seorang lelaki berketurunan Orang Asli di Hospital Kuala Lumpur. Anda boleh tonton video di bawah.
KIRA-KIRA 20 tahun lalu, berlaku satu insiden yang agak melucukan tetapi cemas sebenarnya apabila seorang lelaki dikesan berada di luar tingkap tandas di tingkat 3, Hospital Kuala Lumpur.
Yang sebenarnya dia bukan kerana hendak
bunuh diri tetapi kerana tidak tahu bagaimana hendak turun ke tingkat
bawah HKL dengan menggunakan lif.
Lelaki dari keturunan Asli itu berada di HKL kerana menemani isterinya yang hendak bersalin.
Sewaktu tiba, dia dan isterinya dibawa naik ke wad dengan menggunakan lif tetapi selepas isterinya dibawa masuk ke bilik bersalin, dia pun hendak pulang ke rumah.
Masalah besar terjadi kerana dia tidak tahu cara menggunakan lif untuk turun, akhirnya dia cuba hendak turun melalui tingkap.
Jika dikenang semula detik kejadian, suasana kelihatan agak cemas kerana lelaki berkenaan dilihat kurang memberi kerjasama kepada bomba, mungkin sebab terlalu cuak apatah lagi dia cuma memakai kain.
Tapi bila diceritakan semula sekarang,
pasti inilah antara nostalgia manis untuk dikenang oleh anggota bomba
yang terlibat menyelamatkan lelaki ini.
Harap-harap tiada orang asli yang terasa dengan siaran video ini memandangkan ia cuma rakaman lama dan umum pun tahu, masyarakat orang asli pada hari ini sudah jauh lebih maju.
Yang lebih penting, dia berjaya
diselamatkan oleh abang-abang bomba kita yang ternyata bertindak
profesional menangani insiden yang cukup mencemaskan itu
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
abc.
Pageviews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan