Selasa, 29 Oktober 2013

2201. RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Wassatiyah Ala Najib: Bil Elektrik Rumahnya RM2,237,788.13 sajee...

Sumber: Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 14 hours ago
Inilah contoh apa yang dicanangkan oleh Najib sebagai wassatiyah.. rakyat diminta berjimat cermat dan mengikat perut tapi dia sendiri membazir ikut suka dia saja.. Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012. Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut. Ada apa dalam rumahnya agaknya?.. Dia bela badak ke? sampai macam tu tinggi bil air? Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datu... more »

Hari Malang Buat Rakyat Malaysia..

Sumber: noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin
Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam. Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000. Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 seti... more »

Takkan dalam jamban rumah PM ada lampu lip lap .. ?

Sumber: PBO™ at pen buruk online ™
Bila Najib kata kita kena bersederhana, berjimat cermat, berkorban untuk Negara ..

Bila Najib bicara tentang wasatiah / kesederhanaan ..

Najib terlepas pandang bil elektrik di rumahnya mencecah RM250 sejam atau lebih RM2 juta setahun ..

Dia tak tau ke, ada yang terpaksa bergelap seperdua malam

Dia tak tau ke ada yang kepanasan di siang hari

Gara-gara nak dapat pengecualian bil elektrik jika tidak melebihi RM20 sebulan.

Perdana Menteri yang kita sayang ni mewah sangat dengan elektrik .. dalam jamban pun letak lampu lip lap agaknya .. 

Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.


Episod 2:

Apabila Najib kata hendak ringankan beban rakyat terutama macai begelar melayu UMNO ..

dia bubuh harga petrol naik dua kupang, dia naik harga rokok dan dia naik harga gula ..

Dia kata nak ringankan beban rakyat .. tapi senyap-senyap dia kayakan krooni dia. Dia kuatkan perkataan 'diabetes' tapi dia tutup angka krooni dapat ..


Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

NONEMembahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Kita lama dah duk bangkang ..

Macai kata hidupn UMNO, hidup melayu, hidup lembu ..!

ADA PENYOKONG UMNO TAK FAHAM KENAPA RAKYAT MARAH SANGAT BILA HARGA GULA NAIK, MAKA INI JAWABNYA (GAMBAR)

Sumber: Na'im Nikmat @blog -

Najib diramal naikkan lagi harga minyak tahun depan..

Sumber: Anak Sungai Derhaka
Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

"Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.

Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.

Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja.

"Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan.

"Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai," kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020. 

Pakar Ekonomi Bank Dunia Ramal Malaysia Naikkan Harga Minyak Tahun Depan

Sumber: noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin
Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013. Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut. September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR). "Kelihatannya mung... more »

Mahathir Umpama Singa Cedera.. Ini Sebabnya

Sumber: noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin
PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu. “Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dr Mahathir hari ini menyifatkan ... more » 

Utusan dapat dari mana cerita ni?

Sumber: Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini menepis dakwaan wujudnya pergolakan dalaman parti apabila berita mengatakan beliau ingin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Azmin juga mempersoalkan sumber isu berkenaan. "Kalau (Tan Sri Abdul) Khalid (Ibrahim) nafikan, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) nafikan, jadi berita ini tidak benar," kata Azmin ketika bertemu pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur. Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya menegaskan kemelut seperti yang didakwa tidak wujud dan pihaknya masih boleh berbincang dengan Abdul Khalid dalam urusan negeri s... more »

[Video] Mansuh Subsidi Gula, Taikun Gula Untung RM1 Bilion

Sumber: Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM)
*Anwar: Mansuh Subsidi Gula, Taikun Untung RM1 Bilion* * * [MK] Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures. Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar ber... more »

DSAI DAKWA NAJIB SENGAJA SEMBUNYI KENAIKAN HARGA MINYAK MASAK DARI PENGETAHUAN RAKYAT!!!!

Sumber: OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!!
*Najib di dakwa cuba nak tipu rakyat semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu tetapi berjaya di kesan oleh DSAI. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik. "Mengapa kerajaan pilih untuk mengurang... more »

Mahathir Dakwa Pentadbiran Najib Lemah Serta Kurang Sokongan

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan. Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah. “Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara. “Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokonga... more »

[PANAS] Anwar dan Azmin Nafi Desas-Desus Guling Khalid Ibrahim

Sumber: Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 12 hours ago
*Buat Apa Saya Mahu Gulingkan Khalid, Bidas Anwar* [SH] KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu. "Memang teguran dibuat walaupun tidak dalam konteks yang benar, saya puji kera... more »
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.

Tiada ulasan: