بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Ceritanya bermula seseorang menceritakan kisah-kisah buruk orang yang telah kembali menghadap Illahi. Jumpa lagi aku dengan orang yang macam ini. Seperti selalu aku tak minat dengar-dengar kisah begini.
Tiba-tiba seorang yang lain bersuara "Wah Brunai hendak laksana hukum potong tangan". Aku spontan jawab. Alhamdulillah Sultan dia yang kuatkuasakan Hukum Allah SWT..
Dia sambung lagi "Nanti ramailah orang Brunai yang kodong". Aku hujahkan lagi "Yang takut hukum Hudud nie orang jahat. Yang tidak berbuat jahat apa hendak jadi hal." Tahap itu matilah hujahannya. Aku ingatkan diri dan juga dia "Berhati-hati bila bercakap Hukum Hudud, Itu hukum Allah SWT."
"Aku tahu." pintasnya. Aku tanya "Apa hukum seorang PM nanti negara jadi huru-hara kalau laksana hukum Hudud?." "Aku tak pernah dengar pun PM ada cakap macam tuu." Ye sudahlah, memang dia seorang $$%$# lagi #$#& tentang parti dokongannya.
Dia tukar tajuk... Itu Kelantan kenapa tidak buat Hukum Hudud?. Aku kata "Yang berkuasa luluskan Hukum Hudud ialah Kerajaan Malaysia. Kerajaan Kelantan terikat dengan Perlembagaan Malaysia."
Dia sambung lagi "Mahathir dah suruh". Berkali-kali diulang-ulang sebagai usaha mautkan hujahan aku sebelumnya yang bererti dia menafikan hujah aku tentang Perlembagaan Malaysia itu tadi. "Itu pembangkang yang perentah Kelantan" katanya lagi. Aku tanya "Dalam Kerajaan Negeri Kelantan, siapa sebenarnya pembangkang? .... "PAS lah pembangkang" jawabnya megah. Aku biarkan sahaja kata-katanya itu, sebab sendiri fikirlah.
Suasana semakin panas, sebab lawan aku berhujah semakin hangin sebadan dan menghampiri syaitan laknatullah naik ke mata?. Si pencerita aib orang menyebelahinya, so satu lawan dualah. Huh!.
"Tengok Pulau Pinang siapa perentah sekarang?." Dia tambah tajuk lagi. "Orang Melayu sana pun suka orang asing perentah." Sambungnya lagi.
Selingan...
Dari dulu aku cukup suka dengan "Sejarah" Memang pernah jumpa pun "Sejarah dalam bentuk putar alam." Antaranya Kes Balai Polis British di Bukit Kepong Feb 1950 dengan Kes Akidah Natrah di Singapura Disember 1950 dengan Isu Politik Kalimah Allah dewasa ini.
Satu lagi sejarah penubuhan PDRM dan ATM yang sudah berusia ratus tahun. Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Malaysia 1963 ... sekarang 2013.
Cukup hebat dengan Isu Politik Kalimah Allah. Bila mengundi lupa, pangkah juga calon dokongan dia yang berAgama Kristian. Hingga membuatkan calon Islam tewas di kawasan majoriti Melayu. Teringan dan pinjam bahasa megah seseorang "Aku tak heran!" diulang dua kali kebiasaannya, sambil gayakan cemek bibir serta raut wajahnya. Huh...
Jenis ini jugalah yang sering sebut "orang asing" yang pangkah "orang asing" sampai "orang asing" itu boleh jadi menteri. Malaysia dah berumur, yang beri kerakyatan pun parti dokongannya, boleh panggil lagi "orang asing." Wachaaaaaa...
Marah benar dengan pihak lawan. Dia sedar dan halalkan dalam parti dokongannya ada komponen "orang asing" yang dia sebutkan. Pihak lawan tak boleh ada "orang asing" macam pihak dia.
Aku senang jadi pihak berkecuali. Ada satu parti anggapkan orang macam aku adalah "pengundi atas pagar."
Nota: Penegasan "orang asing" yang aku taipkan, sekadar pinjam bahasa totok dia. Pada aku mana boleh dipanggil "orang asing" dah dia orang "Orang Malaysia lah kan."
Sambung lagi...
"Itu yang engkau kata orang asing, bukankah Umno yang beri kerakyatan mudah kepada China dan India?." Aku pangkah lagi kenyataannya tentang orang asing... "Itu
dulu, jangan sebutlah" Katanya yang semakin rasa marah. "Sampai bila
pun tak habis kalau sebut dulu-dulu" hujahnya lagi. Sejarah mungkin luar kotak baginya dan agaknya atau memang dia semakin menampakkan cakapnya semakin tidak berfakta.
Giliran aku meneruskan hujah "Engkau tahu? Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang memberi peruntukan yang lebih mahal kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, yang tidak pernah diterima semasa pemerintahan sebelumnya." "Satu lagi kenapa sekarang bising bila China perintah Pulau Pinang sedangkan dulu masa BN perintah tidak ada orang Melayu jadi Ketua Menteri."
"Eh aku rasa ada Melayu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dulu." Pintasnya dengan nada tegas. Aku jelaskan "Tidak ada Melayu pernah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang semasa pemerintahan BN."
Seboleh-boleh dia kata ada siap sebut parti Gerakan. Aku pintas "Itu parti bangsa Melayu?." Dia sambung lagi "Itu parti dari MCA." Lain sudah kisah ceritanya jadi "putar alam" macam sikap "totok banyak." ... sudahlah (dalam hati aku). Aku tengok dia pun dah hangin sebadan berdasarkan suaranya semakin sayup meninggi.
Sebelum aku tinggalkan ruang itu aku bagi dua das tajuk berturut-turut. Bagi panas dalam dingin pagi. Aku usik lagi "Wajarkah anak-anak Perdana Menteri dan anak-anak menteri serta kaum keluarga semua kaya raya ?" "Dari mana sumber tiba-tiba boleh kaya raya dia orang tu semua?..." "Itu kes lembu, apa pendapat engkau?"
"Eh! patutlah kaya raya sebab dia perentah negara." "Itu keluarga dia yang meniaga." menyentuh bab lembu. "Kalau aku pun, aku nak juga macam tu" Sambungnya lagi. Aku tak bantah sebab dia semakin marah. Hehehehe.
Meletop ba'de.
Aku tinggalkan ruang tersebut. Ketara orang itu aku tinggalkan dalam keadaan tidak berpuas hati dan meneruskan bebelannya dengan seorang lagi iaitu yang tukang cerita buruk orang aib orang yang sudah tiada, di awal tadi.
Ending
Aku suka kamu Pemimpin Malaysia yang tegas, berani, jujur dan amanah kerana Allah SWT. Tidak pula aku membenci kepada yang lain, aku tetap doakan In Syaa Allah mereka yang berkenaan kembali ke pangkal jalan, jalan lurus yang diredhai Allah SWT. Ingat azab Allah SWT antaranya ketika hendak mati, itulah azab terakhir semasa hayat seseorang.
Tribute from my bottom heart: Allahyarham Allahyarham Leftenan Adnan bin Saidi, Allahyarham Dato Onn bin Jaafar, Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy bin Mohd Noor, Allahyarham Tun Dr Ismail bin Dato Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn serta lain-lain pejuang Islam sebelum, semasa dan selepas mereka (Sekadar beberapa nama) .
In Syaa Allah Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh kalian dan kalian beroleh Syafaat Nabi Muhammad SAW. Tegaknya Islam.
Allahyarham Leftenan Adnan bin Saidi
Allahyarham Dato Onn bin Jaafar
Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy bin Mohd Noor
Allahyarham Tun Dr Ismail bin Dato Abdul Rahman
Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn - terkenang meleleh air mata dia semasa hayatnya.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan