Rabu, 30 Oktober 2013

2210. Duit saku anak-anak pun sudah ada keperluan dinaikkan termasuklah wang tambang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Wednesday, 30 October 2013

MURID SEKOLAH BERUMUR 12 TAHUN PUN PANDAI MENGATAKAN HARGA MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH CUKUP MAHAL!! 

Seorang murid sekolah berumur 12 tahun jenis cerdik sudah mengadu dan mendedahkan betapa harga makanan dan minuman yang disediakan oleh kantin sekolahnya amatlah mahal.

Setiap hari beliau terpaksa membawa wang saku untuk perbelanjaan makan minum antara RM6 hingga RM10 sehari.

Sepinggan nasi hanya berlaukkan sambal biasa berharga RM1 .. di tambah dengan seketul ayam yang berharga RM2.50 sen seketul menjadikan RM3.50 sen.

Sepinggan nasi dengan lauk sayur RM2.00 dan segelas Milo RM1.60sen.

Purata sehari terpaksa mau tidak mau membelanjakan paling kurang RM5 sehari .. tiada pilihan.

Itu baru seorang murid .. kalau satu keluarga ada 4 anak yang masih bersekolah terpaksa ibu bapa menyediakan RM20 sehari .. seminggu kali 5 dah RM100 .. sebulan kali 4 dah RM400.

Itu baru duit untuk belanja anak-anak kesekolah .. tambang bas dan lain-lain lagi?

Mau tak bengkok mak bapa.

Moral kisah rintihan ini ialah betapa rakyat kini terhimpit dan sesak nafas dengan kenaikkan harga makanan sampaikan murid sekolah berumur 12 tahun pun pandai mengeluh dan merintih.

Itu belum lagi murid-murid berumur 13-hingga 18 tahun dan para pelajar Institut Pengajian Tinggi.

BILA ANAK-ANAK MUDA BERSUARA MEMBERI TANDA UMNO AKAN BERSARA!!!!

Sumber: (omakkau) .

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.

Tiada ulasan: