بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Meja p3c3q
30 Oktober, 2013
Buku Yang Sangat Di Takuti Oleh Najib Dan Kroni-Kroninya..
Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code:
An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, baru-baru ini.
Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun
Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas,
Negara Brunei Darussalam.
Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr.
Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi
penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah
Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai
mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah
Syar’iah di negara itu.
Menurut kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal
anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar’iah adalah
usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah
S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.
“Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk
diketahui, disampaikan dan dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu
menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni’mat di
dunia dan akhirat,” tambah kenyataan itu.
Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud
dan bab Ta’zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis
ialah $10.00. ~hrkh
Sumber: (addin77.blogspot.com) .
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
JAUHI JIWA DARI GANGGUAN SYAITAN LAKNATULLAH DENGAN TIDAK MENGAMALKAN SAKIT HASAD DENGKI YANG MERAPUH DAN MEREPUTKAN ROH DI KALA MASIH HIDUP, HENDAK MATI, DI ALAM BARZAH DAN PENCATORAN DI PADANG MAHSYAR.
urv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan