بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Meja p3c3q
Tidak wajar gaji terlalu tinggi
dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong,
kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Minyak naik“Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu
jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara
hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak
dalam bajetnya baru-baru ini.
“Najib harus
ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu
iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion,” katanya dalam sidang media di
lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.
Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.
“Pada 1 Oktober lalu, saya
diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).
“CEO Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun
tahunan RM162,000, bonus RM60,000).
“CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.
“Gaji bulanan semua CEO ini
lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara
bergaji sebulan hanya RM23,577,” katanya.
Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.
“Contohnya, gaji Pengarah
Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf
dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan,
Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum
RM31,600 sebulan.
“Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan,” katanya.
Ong turut mendesak Najib
menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru
Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat
Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). ~kd
Sumber: (addin77.blogspot.com) .29 Oktober, 2013
29.10.2013
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan