Khamis, 31 Oktober 2013

2217. Antara Ceker dan Arak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Rupa Google hari ini. 

Ceker [Linguistik - sebutannya: ''chey'' ''kear''] ialah kaki ayam. Ramai Melayu tidak suka makan benda ini. Adalah penyebabnya jadi sedemikian rupa. Yang pasti ceker halal dimakan sama ada dibuat sop atau masak kari.



Ada Melayu geli tengok gambar ini,. tetapi bersekedudukan. 

Ada Melayu yang tidak makan ceker, tetapi meminum arak. Islam mengharamkan arak. Ada Melayu tidak makan ceker tetapi tidak menegur pun ahli keluarganya atau rakan taulan Melayunya yang meminum arak.

Bahasanya ialah "Lantak dialah." atau tidak menegur kerana mungkin lebih mementingkan "menjaga hati ahli keluarga atau kenalan yang meminum arak."

Jadi begitu sebab yang ditegur biasanya payah mahu menerima teguran tersebut. In Syaa Allah yang payah menerima teguran itu di suatu hari nanti sebelum terlewat Allah SWT membukakan hatinya untuk menilai semula teguran keluarga, kenalan dan rakan taulan. Yang penting bersangka baik kerana-Nya.

Kebiasaannya bila seseorang memakan ceker ada yang menegurnya. "Eeeee engkau makan benda tuu." Paling tidak ada yang mencemek bibir geli. Orang yang menegur dan mencemek inilah antara yang tergolong membiar Melayu yang meminum arak.

Ada Melayu muntah tengok gambar ini, tetapi bersubahat dengan khalwat dan perkara yang menyengutukan Allah SWT..

Ini antara kejanggalan Islam dalam hidup sebahagian orang Melayu. Yang halal dipandang jijik. Yang haram dibiarkan.

Apa guna menyebarkan gambar-gambar aib orang Melayu yang sedang meminum atau berpesta arak. Tiada gunanya kita menyebar aib orang lain. Tambahan pula Allah SWT melarang membuka pekong dan menjadikan diri sebagai penyebar aib orang lain.

Manalah tahu Melayu itu bukan Islam. Umat Islam tahu arak ialah larangan Allah SWT. Seringan-ringan menegur ialah "Menegur didalam hati."

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv.

urv

2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum...ermmm mmg btol ngan apa yg di tulis tu.ni lah melayu yg tak sedar diri.MMg sedap cheker ni..My belove hubby pun sukakan caker ni...sampai mertua lalu tak pandag....wkwkkwk.Di sebabkan my hubby menantu kesayangan....mak pun sangup masak bila tau menantu nak balik.

3v0.Malaysia berkata...

Wsalam wbt ... waw! komen hu3. Mertua lalu dalam MRT tu yang bukan tak pandang tapi tak sempat nak pandang, sangking lajunya MRT tuu.