بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dengan tindakan kita...
Berfikir sejenak. Saban hari kita ke kedai makan yang sama. Apakah kita adil terhadap diri sendiri. Itu belum termasuk pilihan terhadap kedai yang menawarkan perkhidmatan seperti kedai membaiki kenderaan.
Apakah keadaan sebegini membiarkan diri kita kepada hala tuju niaga secara monopoli. Kedai sama sahaja. Sedarkah kita tentang hak kita sebagai pelanggan dan pengguna dengan tindakan kita yang sedemikian rupa.
Menariknya sesekali kita ubah cara, kita akan temui kelainan yang lebih baik dari sebelumnya. Di mana kewajaran jawapan "Ah! aku selalu hantar kereta ke bengkel dia aje." atau bila kadang ada kawan cadangkan "Jom kita lunch di kedai sana tu." Malah kita jawab "Aku makan di kedai itu aje." Sedangkan kawan kita yang memberitahu dengan cara terhormat untuk mengelakan kita dari makan sayur buang yang dibeli tuan punya kedai makan di tepi market.
Apakah bakal menjebak kita kepada penipuan. Begitu juga dengan rakan kita atau diri kita sendiri membiar aplikasi "VOICE MAIL" dalam perkhidmatan telefon tangan kita. Kita membiar diri kita atau orang lain memberi wang secara percuma kepada kapitalis. Penyedia perkhimatan tidak akan cekek darah, walau pun dengan kealfaan kita tidak mematikan aplikasi "VOICE MAIL" tersebut. Sikap ini membiar pihak lain mengambil kesempatan terhadap kelalaian dan tidak kisah kita. Alhamdulillah andai langkah ini kita bersikap adil terhadap diri sendiri.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan