Sabtu, 2 November 2013

2231. Mengapa Melayu jadi takut.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Video di atas membantu anda dekat untuk memahami entry ini. Hanya dengan satu perkataan apa yang terjadi. Apa anda rasa?. Apa emosi anda?. Lucu?. Seronok?. Gembira?. Emosi anda menggambarkan gaya dan tahap pemikiran anda.  

Melayu jadi penakut. Antara penyebabnya: Jangan main-main "situ keras" - ada hantu. 

Melayu dahulu, mendidik anak-anaknya sejak dari bayi, dari kecil Melayu mengajar anak-anaknya dengan perkara menakutkan. Ditakut-takutkan. Ada momok. Ada hantu. Merayaulah engkau, "Ada k****g penyabit (potong kepala - nak buat jambatan)." 

Sejak kecil itulah resapan jiwa kepada perkara takut, sudah terlalu sebati yang melampau dengan jiwa Melayu. Masih ada lagi saki baki Melayu yang bersikap sedemikian rupa, dewasa ini dalam mendidik anak-anaknya?.

Sampaikan anak jadi takut dalam rumah sendiri tetapi jadi "geng" syaitan lakantullah bila di luar rumah, dengan jadi perosak anak dara bangsa sendiri, penagih dadah, pencuri dan segala bagai kejahatan yang dilarang Allah SWT..

Inilah rupa sebenar generasi Melayu takutkan hantu. Gelaran dunia hebat-hebat tetapi kecundang dengan hal-hal dosa dan maksiat. Berumahkan pecah amanah, tidak gerun dengan api neraka dan azab Allah SWT. Nauzubillah. 

Untuk membuktikan diri bukan penakut atau pengecut, ada kalangan mereka suka membuli mereka yang difikirkan lebih lemah darinya. Berani ibarat sekawanan anjing, bila sendirian pengecut nauzubillah. Sejenis lagi suka kacau ganggu orang lain. Janis suka cari pasal. Sudahnya mengaku salah pun tidak. Ialah mereka lebih takutkan hantu dari azab api neraka.

Nota: Bukan hendak mempersenda sesiapa - sebab itulah hakikat pengucapan yang pernah admin terdengar masyarakat Melayu mengajar anaknya yang masih kecil.

Jenis Melayu beginilah yang membuat Melayu pengecut untuk bersaing secara sehat sesama sendiri. Apa lagi bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang juga rakyat Malaysia. Sampaikan minta kerja pun hendak kena ada "kebel". Hendak rebut "tender" pun kena ada pintu lain. Hendak dikira halalkah rezeki yang mereka dapat dengan cara salah dapatnya?. Patutnya kena hantar bertugas ke Sabah atau Sarawak, tidak hendak ... oh dia ada saudara, abang, kakak boss di kementerian sekian-sekian. Itulah sikap dan sifat Melayu yang takutkan hantu jembalang tanah.

Melayu yang berani kerana Allah SWT., jangan terasa pula. Pasti Melayu jenis ini jujur, amanah sebab tahu buat jahat neraka tempat diamnya dan sedar serta tahu dia Muslim. Juga tahu di alam kubur nanti takkan ditanya "Apa bangsamu"

Oleh kerana sejak kecil takutkan hantu dan perkara tahyul mahyul, bila rasa diri sudah bijak, lebih-lebih lagi telah terpilih menjadi pemimpin, jadilah cerita seperti "Singapura dilanggar todak". Takut dengan perkara orang lain lebih bijak darinya. Agaknya sebab itukah maka seorang penguasa sehingga penghujung kuasanya memerlukan lebih dari seorang sebagai timbalan penguasanya.

Kerana takutkan syaitan laknatullah maka dijadikan syaitan laknatullah sebagai kawan. Itu sebabnya sesetengah manusia Melayu tidak segan silu membuka aib orang lain. Teknologi semakin menyerlah maka siap ada video dan gambar-gambar. Lebih jalang lagi macam-macam teknik jahat photografi disalah gunakan.

Jadi tidak menghairankan politik gaya menakut-nakutkan jadi permainan sesetengah parti politik, untuk meraih undi Melayu. Undilah dia nanti jadi itu ini semuanya (semua perkara buruklah yang digambarkannya). 

Tanpa memikirkan angkara siapa negara itu jadi republik dan azan tidak bebas berkumandang dan macam-macam lagilah. Lahirlah generasi Melayu cukup takut hendak mengubah dari dahulu siapa yang wajar diundinya.

Perkara ini pula sangat available kepada generasi Melayu yang tidak habis sekolah. Jiwa kecil, pengecut, penakut yang terdidik sejak bayi inilah yang sangat relaven merosakan generasi Melayu berikutnya dari segi otak berfikir. Lebihkan takutkan manusia dari takutkan Allah SWT. 

Muslim patuh kepada perentah dan larangan Allah SWT. Yakin kepada seruan Nabi Muhammad SAW supaya jadi umat yang amanah dan sebagainya. Itu sebab ramai Melayu suka dedahkan aib bangsa sendiri dalam youtube, dalam blog dengan cerita-cerita rogol dan perkara jahat-jahat termasuklah akhbar dan siaran bergambarnya secara langsung macam tv.

Gaya politik menakut-nakutkan lambat laun akan berkubur jua. Sebab ramai Melayu sekarang mendidik anak tidak kepada perkara menakut-nakutkan. Satu masa dulu mengapa Mata Pelajaran Tawarikh (Sejarah) ditiadakan di peringkat sekolah rendah, termasuklah Ilmu Alam (Geografi). Ada kaitankah untuk menjadikan satu lapis generasi pelajar yang buta Sejarah Negara dan Geografi Negara?. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui, walau apa pun helah manusia hamba-Nya. 

Dapat jemputan. Melahap sampai tidak habis makan. Sebabnya takut tidak dapat. Inilah gara-gara ditakut-takutkan masa kecil. Hendak makan pun berebut. Apa lagi pemimpin sanjungan belanja makan, tidak segan silu siap "tapau" bawa balik rumah. Itu sebab Melayu gaduh pasal makan pun ada. Jenis datang kenduri kahwin kemudian hulur sampul kosong kepada tuan rumah pun ada. Bukan salah ibu mengandung tetapi salahnya sebahagian emak bapak Melayu mendidik anak bukan dengan ilmu Tauhid, tetapi ilmu takutkan hantu. Nauzubillah.

Tidak pelik kawasan majoriti Melayu, calon Melayu boleh tewas. Itulah punca Melayu takut hendak mengubah rentak undinya sejak sekian lama. Sampaikan ada Kerajaan Negeri yang diperentah oleh parti lain masih teranggap dalam benak otaknya "Kerajaan Pembangkang"., sedangkan yang bercakap itu adalah pembangkang dalam kerajaan negeri berkenaan. Agaknyalah kerana takutkan hantu, ada kalangan Melayu jadi tidak tentu arah dan tidak sedar diri. 

Membesarkan anak dengan gaya menakut-nakutkan dengan perkara tahyul inilah menyebabkan Melayu membesar dalam keadaan rosak, kurang matang dan pelbagai. Hinggakan boleh bercakap semasa parti dokongannya memerentah Pulau Pinang ada Ketua Menterinya Melayu.

Hakikatnya dari dulu hingga kini mana ada Melayu pernah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Baru sekarang kalangan jenisan ini tiba-tiba bising bila Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Senyap pula bila Mukhriz anak Mahathir jadi Menteri Besar Kedah. Oh dokongan parti politiknya semasa memerentah, bila Ketua Menteri Pulau Pinang Orang Cina - Orang Malaysia juga lah kan. Patutlah senyap.

Golongan Melayu takutkan hantu, pantang lebih dari orang lain. Contohnya pandai bab internet dan komputer, mulalah gunakan ilmu pinjaman Allah SWT ke jalan yang tidak diredhai-Nya. Sanggup jual tanah kepada orang lain, tidak hendak jual kepada jiran, takut nanti tanah jiran jadi luas. Lagi pun jual dengan sebangsa harga tanah tersebut jauh lebih rendah daripada terjual dengan bangsa lain.

Bab amanah golongan Melayu takutkan momok. Oh jauh panggang dari api. Sanggup tanggung dosa. Sebab rasa diri sudah hebat. Kayakan anak beranak supaya kesemua anak jantannya jadi kaya raya hasil lanunan bapak yang jadi penguasa. Allah SWT memerhatikan selagi tidak bertaubat dan mengembalikan hasil lanunan kepada yang hak.

Tidak kiralah Melayu di pihak parti pengusa atau parti pembangkang. Gologan inilah juga perkara salah pihaknya dia akan senyap, pihak lawan buat hal salah kalau boleh hendak beritahu juga ayam haiwan ternakannya termasuklah lembu. Masa berkuasa segala-galanya halal. Satu pihak lagi bila sudah dapat kuasa takkanlah cuba-cuba bermain-main dengan kegilaan kuasa. Allah Maha Berkuasa. 

Alangkah indahnya membesarkan anak dengan cara mengajar anak jangan berbuat bohong, bersubahat dengan perkara dusta kerana takutkan Azab Allah SWT. Tidaklah lahir generasi pelahir anak haram baik lelakinya atau perempuannya dalam masyarakat Melayu. 

Tidaklah lahir pemimpin Melayu pemfitnah dengan penyokong dan pengikut yang bersubahat dengan perkara dusta. Perkara dusta itu larangan Allah SWT. Cuba pemimpin itu diajar sejak kecil oleh ibu bapanya jangan bohong Allah SWT Maha Mengetahui. Tidaklah pemimpin itu minum arak tetapi tidak makan ceker (kaki ayam). Yang haram ditogok, yang halal digeli-gelikan. Tidaklah seorang bapak membiarkan anaknya berniaga arak. Tidaklah seorang bapak memberikan modal dari sumber haram untuk anak-anaknya membesar dan berjaya dalam perniagaan.

Akhirnya jadilah ibu bapa pelahir pemimpin yang rasuah, rakus, tamak haloba dan jiwa hasad dengki. Lahirlah anak-anak seperti dia juga (ibu bapa) yang bersekutu dengan syaitan laknatullah. Nauzubillahminzaliq. Azab Allah SWT menanti ibu bapa dan individu berkenaan selagi tidak bertaubat. 

In Syaa Allah Bermanfaat. 

Kenyataan di Bawah adalah rumusan Jering Daily tentang Masyarakat Cina Malaysia hari ini. 

PRK Sg Limau: Menguji Kematangan Politik Masyarakat Cina Selepas PRU13

JERING Daily
Terdapat 1,827 pengundi Cina di DUN Sungai Limau.  Daripada jumlah itu, hanya kira-kira 180 atau 10 peratus yang mengundi BN pada PRU yang lalu.  Apa yang menarik ialah anggota MCA di situ adalah seramai 965 orang. 

Fakta ini menunjukkan bahawa walaupun DUN tersebut dilihat bagaikan jauh dari capaian ‘hasutan’ DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai cara mereka sendiri untuk bersatu dalam membuat keputusan.   ‘Arahan’ yang diterima pada PRU lalu ialah untuk menolak BN, maka hampir kesemua mereka mematuhi arahan tersebut sepertimana setianya mereka kepada Maharaja Cina dahulu kala. 

Lalu, masyarakat Cina di Sg. Limau telah bersama-sama dengan seluruh kaum mereka di Malaysia untuk memastikan kemenangan DAP dengan cara memberi undi pada PAS dalam pilihanraya yang lalu. 

Harapan mereka, pastinya agar PR berjaya memerintah dan DAP akan melaksanakan dasar ‘Ketuanan Cina’ sebagaimana Singapura.  Ini kerana mereka cukup maklum bahawa walaupun yang menjadi Perdana Menteri adalah Melayu dari PAS dan PKR, tetapi mereka tetap boleh ditunggang oleh Cina DAP bila-bila masa. 

Bagaimanapun, sepanjang lima tahun Kedah di bawah PAS, ternyata tidak semudah itu untuk ‘menunggang’ arwah Tan Sri Azizan Razak.  Tan Sri Azizan dilihat memegang prinsip yang berbeza dari pemimpin PAS pusat.  Beliau dapat membaca agenda tersirat DAP serta tidak memberi ruang kepada parti itu untuk menunjuk-ajar dirinya. Ketegasan arwah yang menolak segala pemberian tauke-tauke besar meresahkan DAP. Cita-cita DAP untuk menguasai negeri Kedah melalui PAS menjadi sukar sekali. 

Malang lagi bagi masyarakat Cina di sini apabila PAS kalah dan digantikan pula oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dari Barisan Nasional yang turut terkenal dengan prinsip dan integriti yang teguh.   Malah, Mukhriz lebih tegas dan praktikal lagi dengan menyatakan secara terus terang bahawa beliau perlu mendahulukan mereka yang menyokong BN, bukannya yang menolak BN. 

Sama ada masyarakat Cina di Kedah suka atau tidak, itulah hakikatnya iaitu kerajaan negeri tidak akan membodohkan diri mengambil hati mereka yang membenci.  Apa yang pasti pentadbiran dijalankan seperti biasa tanpa menganiaya sesiapa.    

Ini bermakna, jika masyarakat Cina di Sungai Limau inginkan perhatian yang lebih dari kerajaan negeri, maka mereka perlu terlebih dahulu menyokong BN.  Jika tidak, mereka boleh terus meminta bantuan DAP melalui PAS kawasan itu untuk memajukan diri.   

Tindakan Mukhriz ini bukan sesuatu yang kejam atau tidak adil kerana kerajaan negeri bukannya merampas tanah atau perniagaan mereka sepertimana yang dilakukan oleh DAP kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang.  Kerajaan negeri juga tidak pernah menghalang orang-orang Cina berarak memukul gendang jika berlaku kematian di kalangan mereka sepertimana DAP menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. 

Pendek kata, kerajaan negeri Kedah langsung tidak menyentuh masyarakat Cina atau mengganggu kehidupan mereka.  Inilah bezanya, kerajaan yang adil dengan yang zalim, yang Islam dengan yang rasis. 

Sesungguhnya, yang memajukan negara ini dan memberi peluang kaum Cina berada di mana mereka berada hari ini adalah kerajaan BN.  Tanpa kepimpinan dan pentadbiran BN yang bijak, kaum apa pun tidak akan mampu berjaya di Malaysia. 

Hari ini, kaum Cina menjadi yang paling kaya, tetapi itu hanya boleh berlaku kerana kaum Melayu juga mempunyai daya beli yang cukup untuk mengkayakan peniaga. Justeru, apa salahnya, jika orang-orang Cina terus bekerjasama dengan orang-orang Melayu dan menyokong kerajaan yang membolehkan semua ini berlaku? 

Masyarakat Cina di Sg. Limau tidak seharusnya terpengaruh dengan hasutan kaum Cina dari luar untuk menolak BN.  Mereka yang telah lama hidup di kalangan orang-orang Melayu seharusnya sudah mengenali hati budi orang-orang Melayu yang tidak pernah berniat untuk bersaing, jauh sekali menindas sesiapa.  Sikap semulajadi orang-orang Melayu itu hanya inginkan keamanan sahaja.  Justeru, kenapa harus dimusuhi kerajaan pimpinan Melayu? 

Apakah orang-orang Cina benar-benar percaya bahawa sekiranya terus menerus menolak BN sehingga akhirnya PR berjaya memerintah, maka PR di bawah teraju DAP akan dapat memastikan keamanan dan kemakmuran yang sama? 

Lihatlah bagaimana DAP membelakangkan Pengerusi DAP Kedah yang dilantik akar umbi secara demokrasi.   Lihatlah bagaimana DAP menindas dan menipu ahli-ahli sendiri.  Apakah masih ada yang percaya PR mampu memerintah sebaik BN dengan DAP menjadi kepala diktator di belakangnya? 

Hakikatnya, undi masyarakat Cina di Sungai Limau tidak dapat diterjemahkan kepada keputusan PRU yang akan datang.  Namun, ia mampu menterjemahkan kematangan sikap mereka dalam menilai politik negara. 

Sudah sampai masa orang-orang Cina menggunakan akal sendiri dan bukannya patuh kepada arahan ‘bayangan Maharaja’ atas nama ‘bangsa’ dan ‘untung’ semata-mata. Ingatlah, orang tamak selalu rugi.

Read more: 
Sumber: 
wak-labu  .

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
Anonymous said...

Salam Tuan Admin,

terima kasih atas penjelasan panjang lebar. apabila orang yang mengaku Islam berani tinggalkan ajaran Allah & Rasul. maka laknat pasti akan menimpa. bani israil dah kena sejak beribu tahun, kemudian nasara pun kena sejak ratusan tahun.

mutakhir ini saya lihat umat Islam pula sedang ulangi perbuatan bani israil dan nasara itu. jelas kita lihat segala akibat & hasilnya. akhlak memalukan, maksiat berleluasa, rasuah terburuk, ekonomi mencengkam & pelbagai lagi hal yang memalukan. sedih & hampa bila kita lihat, manusia & dunia kita pada hari ini.

Thanks tuan admin, sebab blog ini buka isu yang baik untuk di fikir macam ini. Nak kongsi juga satu info di sini tentang sebuah blog baru.

saya pun baru saja terjumpa hari ini. banyak juga info & perbincangan menarik dari artikel & ruangan komennya. ini alamat blog baru itu: http://anjungrakyat.blogspot.com/

Thanks & Jazakallah.
-Rahayu 

Baca Selengkapnya - Segolongan Melayu jadi penakut.  

nbvcgfd. 

Tiada ulasan: