Sabtu, 9 November 2013

2322. Isteri beroleh pahala.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Ampunilah Dosaku Dan Kedua Orang Tuaku

PAHALA BUAT SEORANG ISETRI.  

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun” 

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”... 

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin” 

“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad” 

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)” 

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya” 

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga” 

(Hadis Riwayat Tarmizi) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka  

Subhanallah..!! 

Ampunilah Dosaku Dan Kedua Orang Tuaku

Apabila seorang hamba Allah SWT jatuh sakit, Allah SWT akan mengutus 4 malaikat: 
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA. 
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA. 
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).... 
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA. 

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah SWT tetapkan untuk hamba-Nya kembali sehat, Allah SWT akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. 

Akan tetapi Allah SWT tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hamba-Nya tersebut. SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik nya Allah  SWT terhadap kita. 

Janganlah bersangka buruk terhadap Allah SWT ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atas-Nya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa. 


Tangisan Syria Di Bumi Jordan

Seusia ini sudah berniaga dengan menjual tisu demi mencari sesuap nasi.. Mampu kah kita menghadapi dugaan ini jika berada ditempatnya??


Janji Allah SWT Itu Pasti. added a new photo.   

~*Sebutir Mutiara,Seindah Wanita Sholehah II*~  

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 

"SIKAP ISTERI YANG MENENTERAMKAN HATI SUAMI" 

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.... 

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami. 

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami 
    merasa nyaman. 

4. Menerima sekecil apapun pemberian (materi) suami. Dan tidak sekali-kali mengeluhkan atau 
    menyepelekannya. 

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum bisa ia penuhi. 

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami. 

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami sepanjang bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan. 

8. Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan 
    dalam kebersamaan. 

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami. 

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak 
      menyukainya. 

11. Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih. 

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal 
      yang menghalangi untuk melakukannya. Jika hal tersebut diatas bisa dilakukan seorang isteri.. Maka 
      seorang suami akan makin sayang kepada isterinya dan menjadi suami yang setia.

In Syaa ALLAH.. 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: