بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agamaku.
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Bab bermanja dengan ilmu. Ilmu itu diamal. Termasuk berkongsi ilmu itu pun amal. Bernawaitukan kerana Allah S.W.T.. In Syaa Allah Sihat Dunia Dan Akhirat. Yang lokek ilmu patutnya jangan jadi manusia?.
Ilmu itu bukan dihafal, tetapi yang memberi manfaat. Imam As Syafie.
Gurindam 12 was written by Raja Ali Haji in Pulau Panyengat, Riau Province on Rajab 23rd 1263 H (1847 A.D.) when he was 38 years old. It consists of 12 fasal (sections) and is categorized as "Syu'r al-Irsyadi" or didactic poetry because the content bears wise advice and guidance in human being based on the Allah S.W.T.. love. Islamic Sufism Learning that comprises Syari'at (Islamic Jurispurudence), Tarikat (Islamic Group Searching for Divine Truth), Hakikat (Reality) an Makrifat (The Highest Level of Knowledge in Sufism) can be found on Gurindam 12. It was published firstly in 1854 A.D. on Tijdschrft van het Bataviaasch Genootschap No.II, Batavia in Arabic Language. The Dutch version of Gurindam 12 was translated by Elisa Netscher.
-^_.
Gurindam 12 telah dikarang tulis oleh Allahyarham Raja Ali Haji di Pulau Panyengat, Riau pada 23 Rejab 1263 H (1847 Masihi) semasa Allahyarham berusia 38 tahun.
Ia terdiri daripada 12 fasal (seksyen) dan dikategorikan sebagai "Syu'r al-Irsyadi" atau puisi didaktik kerana mengandungi nasihat bijak dan bimbingan sesama manusia yang berasaskan kepada kecintaan pada Allah S.W.T..
Pengajian Tasawuf Islam yang terdiri daripada Syari'at (Jurispurudence Islam), Tarikat (Kumpulan Islam Mencari keBenaran keTuhanan), Hakikat (Realiti) dan Makrifat (Tahap Tertinggi Ilmu Tasawuf) juga terkandung didalam Gurindam 12.
Ia telah diterbitkan pertama pada tahun 1854 Masihi di Tijdschrft van het Bataviaasch Genootschap No.II, Batavia dalam Bahasa Arab. Versi Belanda Gurindam 12 telah diterjemahkan oleh Elisa Netscher.
-^_.
Nota:
Sebelum Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Pulau Penyengat, Riau adalah sebahagian Wilayah Jajahan Takluk Johor Riau Lingga, yang merangkumi Singapura.
Sultan Johor menyerahkan Singapura kepada Inggeris dan Belanda beroleh Kepulauan Riau Lingga. Walau bagaimana pun geran besar tanah kedua-dua jajahan tersebut (Kepulauan Riau Lingga dan Singapura) masih dimiliki Sultan Johor hingga sekarang, yang tidak akan terbatal selagi ada bulan dan bintang.
Oleh yang demikian Sultan Johor dan kaum kerabatnya bebas ke Singapura dan Kepulauan Riau Lingga tanpa sekatan imigresen Singapura dan Indonesia sehingga kini.
(*Kepada yang berpengetahuan ilmu sejarah yang lebih baik, mohon baik jasanya melakukan pencerahan terhadap nota ini).
-^_.
Gurindam Dua Belas
Fasal 1
Barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang empat
maka yaitulah orang yang makrifat
barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan Tuhan Yang Bahri
barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa
mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudhartat
Fasal 2
barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut
barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang
barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa
barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat
barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji
Fasal 3
apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping (telinga)
khabar yang jahat tiadalha damping
apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi'il yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat
disitulah banyak orang yang hilang semangat
hendaklah pelihara kaki
daripada berjalan yang membawa rugi
Fasal 4
hati itu kerajaan didalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun runtuh
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
disitulah banyak orang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah
barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor
dimanatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi
pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih
Fasal 5
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memelihara yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
didalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Fasal 6
cari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan ubat
cari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
cari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
Fasal 5
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memelihara yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
didalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Fasal 6
cari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan ubat
cari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
cari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
Fasal 7
apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta
apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka
apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat
apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih
apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang
apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur
apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar
apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan
apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut
apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar
apabila pekerjaan yang amat besar
tiada boleh orang berbuat onar
Fasal 8
barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya
kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya
lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya
daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar
orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa
kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan
keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka
Fasal 9
tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan
kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa
kepada segala hamba-hamba raja
disitulah syaitan tempatnya manja
kebanyakan orang yang muda-muda
disitulah syaitan tempat bergoda
perkumpulan laki-laki dengan perempuan
disitulah syaitan punya jamuan
adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat
jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru
Fasal 10
dengan bapa jangan derhaka
supaya Allah tidak murka
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat
dengan anak jangan lalai
supaya boleh naik ke tengah balai
dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa
dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil
Fasal 11
hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa
hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela
hendak memegang amanat
buanglah khianat
hendak marah
dahulukan hujah
hendak dimalui
jangan memalui
hendak ramai
murahkan perangai
Fasal 12
raja muafakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri
betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja
hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat
kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu
hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai
ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
Sumber:
melayuonline _^_
rajaalihaji _^_
KAMUS:
prpm.dbp.gov.my -^-
kamus.com -^-
BACA JUGA:
Bangsa Banjar Di Malaysia - Luahan Hati Seorang Wak Genarasi ke dua. Ada video di entrynya.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan