بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
7:59 AM Kenali MANHAL
KEPIMPINAN DALAM ISLAM
(Ciri-ciri dan akhlak pimpinan)
PENDAHULUAN
Dalam Islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan
sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi
itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan.
Firman Allah swt:
يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ
Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa)
di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari
jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat
azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat
26.)
Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan
untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara
ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar
Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu
Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak
menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat
nanti.." (maksud Hadis).
Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah
SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah
baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti
Rasulullah SAW.
PENGERTIAN KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang
boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan
dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan
kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah
swt :
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’
ayat 65.)
Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang
sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَإِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka
hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu
Daud).
GELARAN PEMIMPIN
1. Al-Khalifah
2. Waliyul’amr
3. Al Imam
4. Al Sultan
5. Al Malik
6. Amirul Mukminin
SYARAT-SYARAT KEPIMPINAN DALAM ISLAM
Pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi adalah pemimpin
yang bersifat terbuka, menerima pandangan orang bawahan, sentiasa mendapatkan
maklumat yang benar dan tepat bagi melaksanakan sesuatu tindakan, berkemahiran,
bertanggungjawab dan sntiasa mewujudkan suasana yang selesa dalam organisasi.
Islam telah meletakkan syarat-syarat kepimpinan untuk menjamin
Kejayaan sesebuah negara dan kerajaan sekaligus mempermodelkan Islam dalam
kepimpinan dan pemerintahan, antaranya ialah,
Pertama: Muslim (Islam), ‘akil baligh dan lelaki
Firman Allah SWT:
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ
Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa
diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit
dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani),
seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan
Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan
dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang
mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)
Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan
orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam
daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai
akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang
kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah
Islam.
Kedua: Adil
Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan
solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut
tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan
berbuat kebajikan,
member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran
dan permusuhan.
Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.(
Surah an-Nahl ayat 90.)
Ketiga: Berilmu.
Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang
berkaitan dengan fardhu ‘ain dan
fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan
yang mungkar serta
mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al-
Imam Al Ghazali berkata
: "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan
kejahilan akan lebih memudharatkan
berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung
Islam adalah dari kalangan
orang-orang jahil.”
Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan
Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau
masalah yang berlaku samada
melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.
Kelima: Beradab mengikut Akhlak Islam
Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut
akhlak islam kepada diri
dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah
mengandungi sifat ikhlas, jujur,
tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji
dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu
suri teladan yang baik begaimu,
(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)
Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan
Firman Allah swt.
لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ
Maksudnya, "tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas
orang2 yang lemah, sakit dan orang2
yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila
mereka berlaku ikhlas kepada
Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)
AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN
Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda
SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat
di hati mereka adalah asas
penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis
dan semua unsur luar yang
mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam
telah menggariskan akhlak
dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan.
Antaranya :
1. Seorang pimpinan
mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan
meruntuhkan amal dan
usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat
kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan
lain-lain penyakit jiwa yang
merosakkan pimpinan.
2. Mempunyai akal yang
kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman,
mempunyai
pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara
dari
berbagai sudut.
3. Mestilah berakhlak
dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah
lembut.
4. Berani, bermaruah,
tidak penakut dan tidak membabi buta.
5. Mempunyai sifat
“As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).
6. Tawadhu’ (merendah
diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.
7. Mempunyai sifat
pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat
terhadapnya.
8. Menepati janji dan
memenuhi sumpah setia.
9. Mempunyai sifat
sabar yang tinggi
10. Bersifat
“Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak
bakhil).
11. Warak dan zuhud
12. Jauh dari sifat
“Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.
13. Memelihara
perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).
14. Kesejahteraan hati,
tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesama
manusia.
15. Keazaman, tawakal dan
tidak ragu.
16. Bersederhana di dalam
segala perkara
17. Menjauhi sikap putus
asa
Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu
dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan
sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat
tersebutserta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara
keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.
PENUTUP
Apabila kriteria kepimpinan Islam dijadikan syarat utama dalam
memilih pemimpin, maka Keizzahan Islam itu akan terserlah dalam Pemerintahan
Negara secara praktikal.
Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi
kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah
akan memberi kehinaan kepadanya."
Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui kehebatan kepimpinan Islam apabila
melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash yang diutus kepadanya : "
Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung menghalang cita-cita,
namun mereka tetap dapat meruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun
yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling
baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat
ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)."
(maksud hadis)
Di sediakan oleh:
FELO MANHAL PMRAM 2011
1. Dayang Siti Nuraini binti Awang Damit Yahya
2. Hanisah bt. Hj. Muslim
________________________________________________
RUJUKAN
1. Al-Quran al-Karim
2. Kitab Al-Qaidu
al-Qudwah ‘ala Toriqu ad-Da’wah oleh Mustafa Masyhur
3. Kitab al-Qiyadah al-Muasarah oleh Jamal
Hasan Sa’ad Madiy
4. Kitab al-Umm Imam
as-Syafi’e jilid 7
5. Sohih Bukhari dan
Muslim
6. Kitab Feqh
Perbandingan oleh Ustazah Dr. Kauthar Kamil Ali dan Dr. Ali ‘Abduh Muhammad
Ali.
7. Kitab Al-Sultah
Al-Tanfiziyyah fi biladi Al-Islam
http://www.manhal.pmram.org/2011/10/kepimpinan-dalam-islam.html-^_.
Lain-lain bagus untuk bacaan, kajian, kacamata, amalan dan ilmu IMAN.
-^_. -^_. -^_. -^_. -^_. -^_. -^_.
-^_. -^_. -^_. -^_. -^_. -^_. -^_.
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
vidcs.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan