Isnin, 11 November 2013

2341. Isi minyak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  



  •  -^_. 
    Maksud Firman Allah S.W.T.: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" Surah Hud Ayat 113

    Aku dalam perjalanan ke hospital. Lampu isyarat sudah kuning. Seorang penunggang motosikal bersungguh-sungguh memerah jenteranya. Usaha memintas aku yang dalam keadaan sudah bersedia untuk berhenti. Usahanya menampakkan kesungguhan sehingga memasuki laluan untuk membelok ke kiri jalan.

    Dia pintas aku sebelah kiri yang ketara semakin sempit. Dia hendak paling depan rupa-rupanya. Ada hal penting mungkin. Sementara lampu isyarat masih merah, dia belek-belek roda depannya kiri dan kanan. Aku memerhatikan gelagatnya. 1st Action.

    Hijau, dia gerak dulu. 3 kilometer di hadapan ada lampu isyarat lagi. Dia lencong kiri, pintas jalan untuk terus meluncur. Belum sempat aku cecah kaki, lampu isyarat sudah pun hijau. Action Part 2.

    Dalam perjalanan selanjutnya, kurang lebih 1.3 kilometer ada lagi lampu isyarat. Sedang merah, dia redah. Alhamdulillah dia dan pejalan kaki yang sedang melintas terselamat dari malapetaka. 3rd Action.

    Tidak lama lampu isyarat menunjuk untuk meneruskan perjalanan. Dia memacu sekejap kiri sekejap kanan. Begitulah berulang-ulang perbuatannya dalam barisan kenderaan yang memanjang dan bergerak perlahan. Dari lorong paling kanan dia memintas lagi barisan kereta, lori dan bas ke kiri jalan, lantas masuk ke stesyen minyak. For Action.
                                                      https://www.google.com/search
    Aku teruskan perjalanan. Senyum.

    Sementara menunggu giliran berjumpa doktor, aku taipkan dalam phone, kejadian sebentar tadi. Bimbang atau "terlepas pandang" bahasa kesat "manusia berjenama itu" melindungi kepura-puraan diri.

    Hahaha tiba-tiba hiruk pikuk ruang menunggu doktor jadinya. 3 orang kanak-kanak berlainan bangsa, dua orang kanak-kanak lelaki  dan seorang kanak-kanak perempuan sedang bersuka ria, memecah keheningan ruang menunggu. Jadi taman "mea'nan", pinjam pelat manja anak aku semasa dia orang masih lagi kecil.
                                                         https://www.google.com/search?
    Menariknya walau pun suasana jadi bising, kanak-kanak tersebut bermain tanpa ada prajudis bangsa seperti "ada" kalangan yang lakukan setelah umur layak mengundi. Pada hal war-warkan 1My.

    Sekarang ada gaya baru. Bersalaman sambil ucap "tahniah" ganti memberi Ucap Salam sesama Muslim. ATAU Ucap Salam kemudian bersalaman sambil wish tahniah, ganti sapaan "Apa khabar?"

    Pernah aku sedang dalam keadaan tidak berapa sihat tetapi masih boleh bekerja, orang bersalaman dengan aku sambil ucap tahniah. Termangu aku sejenak. Muhasabah diri dan bersangka baik kerana Allah S.W.T., walau aku sedang dalam keadaan begitu, masih ada orang ucap tahniah.

    Selepas ke farmasi. Aku pun pulang. Belum pun keluar dari pintu pagar kawasan hospital, deruman bunyi motosikal mengalahkan bunyi jentera aku. Kawasan tidak boleh memotong, dia memotong juga. Sampai simpang aku ingatkan tambi itu hendak belok kanan. Rupa-rupanya ke kiri belok. AllahuAkbar.

    Semua kelaku-kelaku itu dari pemunya jentera yang lebih kecil cc nya dari jentera peribadi aku. Sebenarnya dalam perjalanan balik pun jumpa peristiwa macam itu lagi. Pelakunya lebih tua dari aku dan dengan perbandingan jentera yang serupa. Siap lampu isyarat merah pun dia langgar. Bila agaknya lampu isyarat berkemera akan wujud. Aku kata sudah (qhodoq hajat) berak jangan lupa cebuk. Bersuci dari hadas sebenarnya itu. 

    Alhamdulillah aku selamat ke distinasi dan tidak terikut dengan gaya begitu rupa sesetengah pihak "ada" ._^-^_.
    s3v3n

    IP
    s3v3nه
Meja www.peceq.blogspot.com  

 -^_.  -^_.  -^_.  -^_.  -^_.  -^_.  -^_. 
Tiada  daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 
vidcs. 

Tiada ulasan: