بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Thursday, 14 November , 2013.
Dari Koleksi: (atsixty-zakriali.blogspot.com)-_-.
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!::::.::: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Dari Koleksi: (atsixty-zakriali.blogspot.com)-_-.
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!::::.::: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI::::::: Firman Allah S.W.T dalam AL QURAN SURAH AL-NUR AYAT 4 yang bermaksud: "Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."
Bekas pegawai awam kanan dalam kerajaan tidak menerima alasan dan sebab yang digunakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk menggaji pakar perunding swasta bagi menyediakan kajian dan melakar dasar kerajaan.
Ini kerana, kebanyakan mereka yang ditemuramah The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa perdana menteri sebelum Najib mampu menguruskan kerja mentadbir negara tanpa membabitkan tenaga perunding luar.
Malah, lima perdana menteri sebelum Najib berjaya membangunkan negara sehingga Malaysia menjadi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara tanpa menggunakan pakar luar daripada kerajaan.
Mereka berkata, keputusan menggunakan perunding luar sedangkan kerajaan mempunyai pakar penyelidik tersendiri, adalah satu pendekatan yang boleh membawa kepada penyelewengan.
Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Ramlan Samiran, berkata mengapa kerajaan tidak menggunakan kepakaran anak tempatan yang bersusah payah mendapatkan kelayakan akademik dari dalam dan luar negara.
“Apa sudah jadi dengan semua pegawai kerajaan yang dihantar ke luar negara untuk mendapat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.
“Buat apa kita hendak belanja hantar pegawai kita ke luar negara bagi meningkatkan kepakaran mereka sekiranya kita tidak menggunakan mereka, sebaliknya kita guna pakar luar,” katanya.
Ramlan, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam jabatan itu berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai ramai penyelidik yang pakar dalam bidang pendidikan dan mereka patut diberikan tanggungjawab bagi menghasilkan dasar seperti Pelan Pendidikan Kebangsaan (PPM).
Media sebelum ini melaporkan, pentadbiran Najib membayar sebanyak RM20 juta kepada syarikat perunding luar bagi menyediakan PPM.
Tan Sri Ramon Navaratnam, pegawai kanan kerajaan veteran yang pernah berkhidmat di Kementerian Pengangkutan sebagai ketua setiausaha dan di Kementerian Kewangan sebagai timbalan ketua setiausaha turut menyokong hujah itu.
Ramon berkata, beliau pernah menjadi ahli dalam pelbagai suruhanjaya semasa berkhidmat di Kementerian Pengangkutan.
Katanya, badan sementara tersebut terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan yang ditugaskan untuk mengkaji dan menyediakan pelan dasar bagi sektor kementerian seperti pengangkutan darat komersial, perkapalan dan penerbangan.
“Kita hanya menggunakan satu atau dua pakar luar, biasanya daripada Bank Dunia dan Kumpulan Penasihat Harvard. Itu pun jarang-jarang kita pakai. Tidak seperti yang berlaku sekarang,” katanya.
Merujuk kepada PPM, Ramlan berkata, dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dihasilkan oleh pegawai kementerian semasa era Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Belum lagi habis laksana PPIM, Najib sudah keluarkan PPM,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata antara 2009 hingga 2013, pentadbiran Najib membelanjakan RM 7.2 billion untuk khidmat syarikat perunding.
Katanya, fakta itu didedahkan melalui jawapan bertulis oleh Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Wong Chen berkata, kementerian tersebut berkata tenaga penyelidik kerajaan adalah terhad daripada segi kebolehan dan jumlah mereka.
“Kementerian memaklumkan bahawa kerajaan perlu melantik syarikat perunding swasta supaya kekangan kebolehan dan sumber manusia yang dialami oleh agensi kerajaan dapat diselesaikan bagi memastikan projek dan kajian boleh dilakukan,” katanya.
Ramon berkata, beliau tidak menolak keperluan mengambil pakar perunding, tetapi ia hanya patut digunakan dalam keadaan terdesak dan kerajaan sendiri tiada kepakaran.
Bagaimanapun, katanya, kadar pelantikan perunding awam pada masa kini membuka ruang untuk rasuah dan penyelewengan.
“Sebuah ungkapan yang terkenal mengenai perunding luar adalah mereka ini selalu menggelar diri pakar, mereka biasanya masuk, selidik, tulis laporan dan lolos sebelum kita menyedari siapa mereka,” katanya. ~tmi
Sumber: (Addin: Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Belasah Polisi Pelik Najib)-^_.
Sumber: (Addin: Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Belasah Polisi Pelik Najib)-^_.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan