بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Dari Koleksi: (atsixty-zakriali.blogspot.com)-_-.
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!::::.::: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI::::::: Firman Allah S.W.T dalam AL QURAN SURAH AL-NUR AYAT 4 yang bermaksud: "Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."
THURSDAY, NOVEMBER 14, 2013
Penyokong BN Kritik Khalid Samad Buat 'Roket Kertas' Dalam Parlimen.
Sebelum sebarangan mengutuk dan membidas membuta tuli amek tahu fakta dulu la kawan. Kertas usul yang mencadangkan agar Surendran digantung selama 6 bulan = ialah kertas yang tak bernilai. Bila Khalid Samad jadikan ia sebagai roket maka Khalid Samad sedang memberikan nilai kepada kertas tersebut.
Oleh kerana apa yang tertulis atas kertas itu bersifat sampah dan mengarut yang amat, maka Khalid jadikan ia sebagai roket. Alang2 kertas tersebut tak bernilai untuk dibaca, at least ia dapatla juga menjadi alat permainan sebarang dua. Ada masalah ke disitu?
KAH KAH KAH
Dorang sempat tangkap gambar dan sebarkan di alam maya untuk mengkritik Khalid Samad.
Lihat Gambar:
Orang yang akalnya waras tidak akan membidas Khalid Samad isu kertas. Ini kerana ahli2 pembangkang usah kata buat roket kertas, bahkan ada yang memperonyok2nya kertas2 tersebut sehingga dibidas oleh Speaker Dewan. Bahkan speaker meminta agar ahli2 pembangkang tidak menjadikan parlimen sebagai tempat untuk berbuat kecoh. Kita di Malaysia bukan di Zimbabwe.
La. Speaker. Aku rasa aku nak betulkan sikit mentaliti ko dan mentaliti orang yang suka mengaitkan Zimbabwe sana sini neh.
Jangan rasa diri hebat sangat dan baik sangat dari Zimbabwe weh. Tengok dulu lagak pemerintah Malaysia macam mana. Time nak kutuk orang memang sembang kencang. Cuba ko buka kertas dan buat analisa mengenai negara ko dulu. Malu la weh. Kita pun tak betul mana nak kutuk negara orang konon.
Dan lagi satu, parlimen tempat untuk bersidang dan berbahas. Lain orang lain cara berbahas. Yang penting bila berbahas point mesti ada. Kalau terpekik terlolong tapi takde point boleh la tegur. Kalau tak terpekik terlolong tapi takde point juga pun bukan benda yang boleh dibanggakan. Bila ko dah point titik kemarahan dorang, camne la MP pembangkang tak sentap di dalam dewan.
Hukuman 6 bulan dilarang masuk dalam dewan ialah hukuman yang berat. Tak sesuai langsung dengan kesalahan yang dilakukan oleh Surendran. Btw, ada salah ke pun?
Apa yang Surendren buat ialah highlightkan isu rakyat yang berkaitan kuil. So sepatutnya dewan memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut. Menutup suara Surendran takan menyelesaikan isu berbangkit. Tegas, tapi sayang tak kena tempat weh BN.
Bukan la aku nak bekap sangat bila MP2 pembangkang mengamok sakan dalam dewan isu pengantungan Surendran dalam dewan. Tapi perlakuan dorang tue ada kewajaran jika difikirkan dari side dorang. Kenapa perlu BN bersikap kuku besi. Ada masalah, selesaikan. Kalau Surendren salah, betulkan. Simple as that. Itupun tak boleh nak buat. Lepas tue suka2 nak gantung orang. Tak habis2 dengan perangai lama. Ini meraikan perbezaan pendapat ke namanya neh? Asal bersuara lebih sikit je kena hukum. Apa punya undang2 la. Mengarut gile.
Apa pun elok la sangat kertas usul neh dibuat roket. Ada juga faedahnya. Boleh lempar ke speaker yang double standard dan bias. Beria2 nak tunjukkan diri tak menyebelahi mana2 pihak konon. Ingat rakyat Malaysia tak p sekolah ka nak terpedaya dengan taktik korang? Blah la weh.
Sumber: (Ameno World)-^_.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan