بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
In Syaa Allah jadi antara ayat yang bermanfaat:
Sumber makan yang halal agar susu ibu halal dan anak meminum susu rezeki Allah S.W.T., yang halal punca datangnya.
In Syaa Allah bila sudah besar jadi umat Islam yang baik.
In Syaa Allah bila jadi pemimpin keluarga dan seterusnya pemimpin masyarakat tiada kecelaruan dan dalam perlindungan Allah S.W.T.. dari perkara-perkara seperti munafik, perasuah, pecah amanah dan pelbagai perkara kejahatan.
Muhasabah diri kerana-Nya. Allah Maha Mengetahui Maha Penyayang Maha Pengasih Maha Pelindung Maha Pengapuro Maha Besar Maha Agong Maha Pencipta Maha Bijaksana Maha Adil Maha Berkuasa.
Khasiat buah betik
Buah betik atau dalam bahasa Englishnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.
Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic (perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin.
Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.
Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung.
Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan