بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
21 MAY 2010
Tentera Britain Akui Peperangan Di Iraq Adalah Peperangan Agama.
Hasil carian di www.mykhilafah.com menghasilkan berita di bawah: Sudah ramai pemerhati politik
dari kalangan muslim dan bukan muslim telah menyatakan bahawa peperangan di
Iraq adalah peperangan salib kedua, ianya lebih merupakan peperangan
agama.
Peperangan untuk menghapuskan ummat Islam dan tamadun Islam.
Yang lebih penting lagi ianya merupakan peperangan yang dirancang
oleh golongan zionis untuk menghalang kebangkitan semula Islam dari Timur
seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W..
Ada di kalangan ulama' Islam yang meramalkan kemungkinan khalifah
terakhir yang ditunggu-tunggu itu yang akan mentadbir dunia dengan keamanan
iaitu Imam mahdi akan muncul di Iraq berdasarkan bumi Iraq memang
terkenal dengan bumi wali-wali Allah SWT.
Maka puak-puak zionis sedaya upaya berusaha untuk menghalang
kemunculan itu dengan pelbagai cara. Tetapi itu hanya satu teori yang tak dapat
dibuktikan lagi.
Tetapi apa yang menarik ,kenyataan bekas Jeneral Tentera
British kepada BBC baru-baru ini mungkin satu bukti bahawa teori tersebut ada
kebenarannya.
Bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010,beliau membuat
pengakuan bahawa peperangan di Afghanistan adalah peperangan terhadap Islam.
Apabila ditanya tentang penglibatan Britain ke atas penjajahan di
Afghanistan, beliau mengatakan bahawa “Sekiranya
terdapat agenda Islam yang tidak dihalang di selatan Afghanistan, di
Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya
akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari
Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak
penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”.
Taji Mustafa, wakil jurucakap media Hizbut Tahrir Britain berkata,
“General Dannatt, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Cameron, mempunyai
rekod lama dalam menyerang sistem pemerintahan Islam, iaitu Khilafah. Walau
bagaimanapun, dialog dengan BBC mempunyai makna yang lebih terperinci”.
“Beliau secara terperincinya mengatakan bahawa sekiranya umat
Islam melaksanakan idea politik mereka dan sistem pemerintahan Khilafah, ini
tidak boleh diterima dan memerlukan tindakan ketenteraan dari Britain. Beliau
tidak mempunyai apa-apa halangan terhadap umat Islam untuk mengamalkan amalan
ibadat (seperti solat dan puasa), selagi umat Islam terus mengamalkan sistem
politik ciptaan Barat. Beliau cuba membuat justifikasi dengan melabelkan Islam
sebagai suatu agama dan bukan Deen, atau suatu cara hidup yang juga merangkumi
sistem politik”.
“Komen tersebut adalah lanjutan daripada komen para penjenayah
perang seperti Tony Blair, George W Bush and Donald Rumsfeld – yang mana
kesemua mereka membuat justifikasi perang menentang keganasan dengan menghalang
berdirinya Khilafah Islam – suatu yang telah semakin popular di kalangan umat
Islam di seluruh dunia”.
“Kalau kenyataan Dannatt mencerminkan pandangan rasmi kerajaan
British yang baru ini, ini bermakna bahawa kerajaan David Cameron berada di dalam
kancah peperangan yang berterusan terhadap aspirasi politik umat Islam seluruh
dunia – yang mahukan peranan yang lebih besar untuk Islam di dalam sistem
pemerintahan dan memecahkan segala belenggu penjajahan negara Barat ke atas
umat Islam, yang kedua-duanya merupakan suatu yang dapat dipenuhi dengan
kembalinya Khilafah untuk umat Islam”
"..KEHIDUPAN
DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG
BERMAKSUD: Wahai orang yang
beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu
(seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika
kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al
Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan