Sabtu, 16 November 2013

2398. In Syaa Allah akan terdedah 5 Disember ini.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.

Ahli Perniagaan Bakal Dedah Terma Penyelesaian Kes Belasah Zahid Hamidi



Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.

Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu.

Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak.

Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.

Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian.

Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut.

Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu.

Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu. Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya.Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.

"Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan tanpa perbicaraan.

"Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian, biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan,” katanya.

Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir Bazli meminta maaf kepadanya.Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli.Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman. ~tmi 

Sumberita: Addin: Ahli Perniagaan Baksl Dedah Terma Penyelesaian Kes Belasah Zahid Hamidi

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 

Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 

Tiada ulasan: