Ahad, 17 November 2013

2419. Sebelum bersara dia merupakan dot dot dot paling tua di Malaysia.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.


Sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti daripada menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka, kata bekas hakim Mahkamah Tinggi ketika berucap kepada peguam dan ahli akademik di Kuantan, hari ini.

Datuk V T Singham (gambar), ketika muncul kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata, perkara itu bukan kebebasan kehakiman yang perlu diketengahkan.

"Kebebasan sistem kehakiman bergantung kepada integriti dan kesedaran setiap hakim.

"Hakim yang diamanahkan dengan kuasa dan akujanji untuk melaksanakan tugas perlu melakukannya tanpa mengharapkan balasan kewangan atau pangkat.

"Mereka tidak seharusnya menjadi galeri awam," katanya merujuk kepada hakim yang membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.

Singham berkata demikian ketika berucap dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota.

Katanya, perkataan keramat "kebebasan sistem kehakiman" akan sia-sia jika hakim dan pegawai mahkamah tidak bebas dalam membuat keputusan.

"Perkataan itu hanya akan menjadi slogan. Undang-undang dan peguam tidak seharusnya menjadi mangsa jika penghakiman dipengaruhi pelbagai faktor,” katanya.

Singham, 65, turut menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.

Singham sebelum ini dalam keputusan terakhirnya sebagai hakim menjatuhkan kehakiman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung kes kematian dalam tahanan, A Kugan.

Pihak pendakwa memenangi kes berkenaan dengan ibu Kugan menerima bayaran RM800,000 setelah memenangi kes berkenaan menentang polis dan kerajaan.

Beliau yang dikenali sebagai seorang yang tegas beberapa kali dinafikan kenaikan pangkat.

Kebanyakan rakannya yang dijadikan Suruhanjaya Kehakiman sepertinya sejak 13 tahun lalu sudah berpindah ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Keadaan itu menjadikan Singham hakim Mahkamah Tinggi paling tua di Malaysia. ~tmi

SUMBERaddin77



FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
eaho™.
 ('_') Google Translate ('_') .  
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 

Tiada ulasan: