Selasa, 19 November 2013

2444. Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

TUESDAY, NOVEMBER 19, 2013
'Ajaran sesat' Allahyarham Ibrahim Libya: The Star mohon maaf.

Akhbar The Star menyiarkan nota permohonan maaf atas tulisan mendakwa Allahyarham Ibrahim Libya dan kumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tragedi Memali pada 1985 sebagai kumpulan ajaran sesat.

Nota permohonan maaf oleh pengarang The Star itu disiarkan bersama dengan kandungan surat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin yang menjelaskan bahawa Allahyarham Ibrahim dan kumpulan penyokong tersebut tidak seperti yang digambarkan akhbar berkenaan.

Tulisan pada 12 November itu menyenaraikan Allahyarham Ibrahim Libra bersama dengan kes kekerasan melibatkan kumpulan ajaran sesat, termasuk Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?,” soalnya.

Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”

Akhbar berkenaan memohon maaf susulan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, yang juga merupakan anak kepada salah seorang mangsa dalam tragedi berdarah itu.

Yusni berkata laporan berkenaan melukakan perasaan anggota keluarga dan anak-anak mangsa tragedi Memali dan turut merendah-rendahkan reputasi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yang pernah menziarahi pusara IAllahyarham brahim.

Sumber: 


Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
http://fisabilillahallah.blogspot.com/2011/10/bismillahhirrahmannirrahim.html
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: