بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Apakah ini hanya ruang mempermainkan perasaan khalayak, sebagai satu cara menutup isu yang lebih berat? ATAU ada udang disebalik batu...
19 November, 2013
Posted by Addin Deen at
11/19/2013
Setelah
memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN)
menaikkan pula harga minyak dan kini
akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.
"Ini
akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak
perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen
Pandan.
Beliau
terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk
Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had
jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas
adalah tidak selamat.
Lebih
membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata
bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera
demi keselamatan rakyat”.
Bagi beliau,
pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus
ribu rakyat Malaysia.Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga
berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk
melangsaikan hutang.
"Dengan
pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun
keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli
kereta.
"Keadaannya
lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan
mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata
Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.
Bagi mereka
yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat
kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak
boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.
Bagi beliau,
cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada
tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam
PRU13.
Menurut
Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan
kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah
struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.
"Wujudnya
cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh
keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu
mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
"Cukai
eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat
pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini
untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.
"Oleh
kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak
telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga
tidak telus,"katanya.
Akibatnya,
dakwa beliau, harga kereta di Malaysia
terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.Oleh itu kata beliau lagi,
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah
menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di
Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas
itu.
Apabila cukai
eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi
bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga
itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar
dan pengedar kereta.
Hanya dalam
keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara
pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya
setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.
"Maka,
sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai
eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan."Dasar had jangka hayat
kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun
setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. ~tmi
Sumber: Addin.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan