Jumaat, 22 November 2013

2474. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar. (Ulangkaji Part 1).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


PENGANTAR. 

Pelbagai konsep boleh muncul di benak kita apabila teori evolusi disebut. Sebahagian orang, terutama kaum materialis yang mengira teori ini adalah fakta yang telah terbukti secara ilmiah, dengan amat sengit menyokongnya dan juga dengan sama sengitnya menolak semua idea yang bertentangan dengannya.

Kumpulan kedua terdiri atas orang- orang yang tidak punya cukup keterangan tentang berbagai pernyataan teori evolusi. Mereka tak begitu tertarik kepadanya, kerana tidak menyedari kerosakan yang telah dibawa Darwinisme kepada kemanusiaan dalam satu setengah abad terakhir ini. Bagi mereka tidak menjadi masalah bahawa teori ini dicekokkan kepada masyarakat serta dipertahankan mati-matian, sekalipun secara saintifik teori ini sudah tidak absah, sebab mereka telah menutup mata terhadap apa yang sedang berlangsung.

Seandainya pun mereka tahu bahawa teori ini telah kehilangan semua nilai kebenaran ilmiahnya, mereka tidak boleh bersungguh-sungguh menghadapi orang yang masih memandangnya penting, kerana mereka sendiri tidak menganggapnya penting. Mereka fikir tidak perlu menerangkan ketidak-absahan teori tersebut, menerbitkan buku atau menggelar ceramah-ceramah tentang perihal ini, sebab di mata mereka teori itu sudah jadi barang kuno atau usang.

Kumpulan ketiga adalah mereka, yang di bawah pengaruh saran dan propaganda materialis, memandang teori ini sebagai fakta ilmiah dan mencari "jalan tengah" antara teori evolusi dan iman kepada Allah SWT. Mereka menerima segenap uraian Darwinisme tentang asal muasal kehidupan, namun cuba membina jambatan yang menghubungkan teori evolusi dengan kepercayaan agama iaitu dengan berpendapat bahawa peristiwa dalam huraian tersebut berlangsung dalam kawalan Allah SWT.

Sesungguhnya semua pandangan itu keliru sebab teori evolusi tidak dapat disajikan secara nalar sebagai sebuah fakta saintifik, diabaikan seakan remeh, mahupun disesuaikan dengan agama. 


Sebagaimana akan kita lihat di sepanjang buku ini, kerangka pemikiran teori ini adalah idea anti-agama, yang diajukan untuk mengukuhkan paham ateisme (paham tidak bertuhan) dan memberinya landasan yang kukuh. Lebih-lebih lagi teori ini dibela dengan sengit oleh mereka yang sudah terbuai oleh materialisme, kerana dibina di atas falsafah materialis (kebendaan ) dan menyajikan uraian tentang dunia secara materialis. 

Sejak pertama kali dikemukakan oleh Charles Darwin sampai hari ini, teori ini tidak menyumbangkan apa-apa pun bagi kemanusiaan selain pertikaian, pengisapan, perang dan kemunduran. Menimbang hal itu, penting bagi kita untuk mempunyai pemahaman yang kuat atas permasalahan ini dan melancarkan perjuangan yang sungguh-sungguh untuk melawannya di peringkat pemikiran atau ideologi.

Buku ini menanggapi dari sudut pandang yang amat berbeza, pelbagai kesalahan kaum beriman, yang masih menyokong teori evolusi. Buku ini menawarkan jawapan bagi kaum Muslimin yang mencari satu "tempat pijakan bersama" bagi teori evolusi serta fakta penciptaan dan yang bahkan cuba memperoleh bukti kebenaran teori itu dalam Al Qur'an. 


Maksud buku ini bukanlah mencela kaum Muslimin penyokong teori evolusi, melainkan menjelaskan bahawa sikap mereka itu keliru, membantu mereka pada aras pemikiran dan menjadi sarana bagi mereka untuk menerapkan sudut pandang yang lebih tepat.

Dua fakta lain akan dibincangkan dalam buku ini. Pertama, Darwinisme adalah sebuah teori yang tak berlandasan ilmiah dan kedua, bahawa sasaran teori ini yang sebenarnya adalah agama. Kerana itu, buku ini akan menekankan betapa keliru apabila kaum Muslimin menganggap enteng atau meremehkan teori itu dan tidak melihat perlunya mengobarkan perang pemikiran melawannya.

Kaum beriman harus mengelakkan membela teori ini dan makna pemikirannya, kerana kedua-duanya menentang kebenaran Islam. Sebahagian mukmin mungkin menyokong teori ini, kerana tidak sedar akan berbagai bencana yang dibawanya pada umat manusia, bahawa teori ini disokong oleh mereka yang membenci agama dan bahawa teori ini menolak fakta penciptaan. Mengingat hal itu, kaum Muslimin yang hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang teori ini, harus mengelakkan menempuh jalan itu sebab sebagaimana difirmankan Allah SWT dalam Al Qur'an kepada mereka yang taat:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran , penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (QS. Al Israa ', 17 : 36)

Muslim teladan sebaiknya meneliti masalah ini dengan setulusnya dan berlaku sesuai dengan kesedaran bahawa:

Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar- benar telah memilih jalan yang lurus. (QS. Al Jin, 72: 14)

Sebagaimana diperintahkan ayat di atas, kaum Muslimin yang meyakini kebenaran teori evolusi harus mempertimbangkan teori ini dengan berhati-hati, melakukan kajian yang luas dan mengambil keputusan sesuai dengan nurani mereka. 


Buku ini ditulis untuk menolong mereka melakukan hal- hal tersebut dan untuk sekadar menyinari jalan yang mereka tempuh. 
Teks Penuh: 

596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.

http://www.youtube-mp3.org/
Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: