بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BAB
SATU.
MENGAPA SEBAHAGIAN KAUM MUSLIMIN menyokong TEORI EVOLUSI?.
Sepanjang sejarah, manusia sudah memikirkan alam semesta dan asal- muasal kehidupan ini, dan sudah mengajukan berbagai gagasan tentang hal ini. Kita boleh membahagikan gagasan-gagasan itu menjadi dua kelompok: yang menjelaskan alam semesta ini dari sudut pandang materialis dan yang melihat bahawa Tuhan menciptakan alam semesta dari ketiadaan, iaitu kebenaran penciptaan.
Dalam pengantar buku ini , telah kita lihat bahawa teori evolusi ditubuhkan pada falsafah materialis. Pandangan materialis menyatakan bahawa alam semesta terdiri atas materi, dan bahan-bahan adalah satu- satunya hal yang ada . Kerana itu, materi ada selama-lamanya dan tidak ada kuasa lain yang mengaturnya. Kaum materialis percaya bahawa faktor ketidaksengajaan (kebetulan) yang buta menyebabkan alam semesta membentuk diri, dan makhluk hidup muncul secara beransur-ansur, berevolusi dari bahan-bahan tak-hidup. Dengan kata lain semua makhluk hidup di dunia ini muncul sebagai akibat pelbagai pengaruh alam dan ketidaksengajaan .
Falsafah materialis menggunakan teori evolusi, yang keduanya saling melengkapi, untuk menjelaskan timbulnya makhluk hidup. Kesatuan ini, yang lahir di zaman Yunani kuno, kembali disebarluaskan saat ilmu pengetahuan masih mundur di abad ke 19 dan kerana teori itu dianggap menyokong fahaman materialisme, tidak perduli secara ilmiah absah atau tidak, teori ini segera dirangkul oleh kaum materialis.
Fakta penciptaan bertentangan dengan teori evolusi. Menurut pandangan kreasionis (penciptaan) materi tidaklah ada sejak dan untuk masa yang tak terhingga dan kerana itu dikendalikan. Allah SWT mencipta bahan dari ketiadaan dan memberinya keteraturan. Semua makhluk hidup maupun tak-hidup ada kerana diciptakan Allah SWT. Rancangan, perhitungan, keseimbangan dan keteraturan yang tampak di alam semesta dan dalam makhluk hidup merupakan bukti nyata akan hal ini.
Semenjak awal Islam telah mengajarkan kebenaran penciptaan, yang boleh difahami semua orang melalui penggunaan akal dan pengamatan peribadi. Islam telah mengajarkan bahawa Allah SWT menciptakan alam semesta dengan berfirman "Jadilah!" Dan bahawa bekerjanya alam semesta secara sempurna tanpa cela merupakan bukti daya cipta-Nya Yang Agung. Banyak ayat Al Qur'an juga mendedahkan kebenaran ini. Misalnya, Allah SWT mendedahkan bagaimana Dia secara ajaib menciptakan alam semesta dari ketiadaan :
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak ( untuk menciptakan) sesuatu , maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: " Jadilah" . Lalu jadilah ia . (QS. Al Baqarah, 2 : 117)
Allah SWT juga mendedahkan yang berikut:
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia berkata: " Jadilah, lalu terjadilah ", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. ( QS . Al-An'aam , 6: 73)
Ilmu pengetahuan mutakhir membuktikan ketidak-absahan pernyataan materialis-evolusionis dan menegaskan kebenaran penciptaan. Berlawanan dengan teori evolusi semua bukti penciptaan yang mengelilingi kita menunjukkan bahawa faktor kebetulan tidak berperanan dalam terwujudnya alam semesta. Setiap butiran yang tampak saat kita mengamati langit, bumi dan semua makhluk hidup dimaksudkan sebagai bukti kebijaksanaan dan kekuasaan Allah SWT Yang Agung.
Perbezaan asas antara agama dan paham ateisme adalah yang pertama, mempercayai Allah SWT., sedangkan yang terakhir mempercayai materialisme. Ketika Allah SWT bertanya kepada mereka yang ingkar,
Allah SWT menarik perhatian terhadap kenyataan yang mereka ajukan untuk menolak penciptaan dengan Firman yang bermaksud: Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri) ? (QS. Ath Thuur , 52: 35)
Sejak zaman bermula , mereka yang mengingkari penciptaan senantiasa menyatakan bahawa manusia dan alam semesta tidaklah diciptakan dan selalu berusaha membenarkan pernyataan tak masuk akal itu . Sokongan yang terbesar bagi mereka tiba di abad ke-19, berkaitan teori Darwin .
Kaum Muslimin tidak boleh mengadakan jalan tengah dalam masalah ini. Memang orang boleh berfikir sesukanya dan boleh percaya apa pun yang ingin dipercayainya . Akan tetapi tidak ada jalan tengah bagi teori yang mengingkari Allah SWT dan ciptaanNya, sebab hal itu bererti tawar-menawar dalam unsur dasar agama. Tentu berbuat demikian sama sekali tak boleh diterima.
Para penyokong evolusi, kerana sedar betapa jalan tengah seperti itu akan merosakkan Islam, mendorong orang- orang beriman agar berusaha memperolehnya.
Artikal Seterusnya:
Teks Penuh:
Teks Penuh:
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
http://www.youtube-mp3.org/
Islam Agama Ku.
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan