Jumaat, 22 November 2013

2477. Semua manusia tidak terlepas dari hukum Allah S.W.T., jika disabitkan kesalahan jenayah masing-masing.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Semua manusia tidak terlepas dari hukum Allah S.W.T., jika disabitkan kesalahan jenayah masing-masing.

Selanjutnya, perlaksanaan hukum Allah S.W.T., ini lebih menjurus kepada menjamin keadilan di mana ianya didasarkan di atas asas persamaan semua manusia di hadapan hukum Allah S.W.T.. Akhirnya, tertegaknya hukum Allah S.W.T., pastinya akan mendatangkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan di dalam masyarakat sehingga mereka bisa mengorak langkah dan menyusun strategi dengan penuh yakin serta bersemangat waja dalam menuju kehidupan yang diimpikan.

Kegagalan dalam penegakan hukum Allah S.W.T., bermakna masyarakat telah menempah kerugian dan hanya menanti masa dan ketika sahaja untuk menuju ke saat kehancuran dan kebinasaan. Pendek kata, survival ummah amat bergantung kepada penegakan hukum Allah S.W.T., dan juga neraca keadilan dalam sesebuah masyarakat.

Jika ditinjau dalam helaian al-Quran, terdapat rangkaian ayat suci yang menyeru kepada penegakkan hukum Allah S.W.T., dan juga keadilan kepada semua manusia, termasuk juga terhadap kedua-dua orang tua sendiri dan kaum kerabat.


 - سورة النساء


Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah An Nisa’, ayat 135 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkankeadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Jelas dari mafhum ayat suci bahawa Allah memberi amaran kepada umat manusia daripada terikutkan turutan hawa nafsu yang sentiasa menggoda ke arah kebinasaan.


سورة النساء



Ahli sejarah Barat terkenal, Gibson dalam bukunya The Decline and the Fall of Roman Empire ada menyatakan bahawa keruntuhan kuasa besar Romawi adalah berpunca dari ketidak mampuan para pemimpin dan rakyatnya dalam mengendali dan mengawal hawa nafsu.

Justeru, mereka begitu mudah terjebak dalam perangkap kepentingan peribadi, kronisme, rasuah dan lan-lain lagi jenayah yang terkutuk. Undang-undang negara dikesampingkan dan keadilan tidak lagi menjadi agenda utama negara. Akibatnya, Empayar Romawi hancur binasa hanya kerana turutkan hawa nafsu yang bergelora.

Kesimpulannya, kisah silam sewajarnya dihayati dan diteladani dalam usaha umat Islam untuk mengembalikan martabat mereka sebagai umat yang terbaik. Untuk itu, hukum al-Quran dan hadis Rasulullah
S.A.W., sewajibnya dirujuk kembali dan diletakkan di tempat yang selayaknya sebagai tonggak terpenting yang mendasari kehidupan umat Islam. 

Masyarakat yang sejahtera di bawah bayangan keredhaan Ilahi adalah kerana mereka amat berpegang teguh dengan ajaran Islam.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 

Kredit: 

سورة النساء


Artikal Penuh:  

YouTube mp3
http://www.youtube-mp3.org/

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: