Ahad, 24 November 2013

2508. Setiap kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan ritual diri untuk kalah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Hangat!!! Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Mahfuz Omar Dedahkan Punca Kekalahannya Dalam Pemilihan Muktamar Tahunan PAS.. Jom Terjah!!!



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini. “Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini hari ini. 

Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  dua penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi semalam menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.

Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.

“Saya tidak pasti perwakilan keliru atau tidak tapi apa pun bagi saya itu bukan persoalan kerana perwakilan telah buat keputusan dan ini harus dihormati semua pihak yang bertanding termasuk diri saya yang menerima keputusan itu dengan lapang dada,” katanya.

Tidak berkecil hati 

Mahfuz juga dalam responnya tidak berkecil hati dengan keputusan Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, Tuan Ibrahim untuk bertanding Naib Presiden menyebabkan peluangnya menjadi sukar.

Sebaliknya, beliau berkata dirinya tidak berasa kecewa malah sudah bersedia dengan jangkaan tewas dalam pemilihan kali ini. “Setiap kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan ritual diri untuk kalah.

“Sebab itu saya tidak rasa apa-apa sebab saya telah bersedia untuk tewas. “Saya terima dan redha kerana semua itu adalah ketentuan Allah SWT,” katanya yang pernah tiga kali tewas bertanding Naib Presiden sebelum ini.

Ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz berkata itu terpulang kepada Pusat untuk memutuskannya. “Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti.


“Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah keraka kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja,” katanya. ~fmt

Sumber: 


HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: