بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Khalid Ibrahim Tidak Kisah Di Tegur Anwar.
Khalid Ibrahim Tidak Kisah Di Tegur Anwar.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak kisah dengan teguran kali kedua yang dilemparkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyifatkannya ‘lambat’ melaksanakan arahan.Katanya, beliau sedikit pun tidak terasa hati dengan teguran itu, malah menerimanya dengan hati terbuka.
Khalid bagaimanapun mempertahankan, sebagai ketua eksekutif negeri yang melaksanakan amanah rakyat, dirinya perlu mengambil langkah berhati-hati dalam setiap keputusan yang dibuat.
“Setiap kali melaksanakan sesuatu dasar saya perlu berhati-hati. Ia bagus. Kami tahu apa kami nak tetapi kami perlu berhati-hati sebab ia duit rakyat. Apa niat baik kami tak menggambarkan apa yang sebenar,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Anwar dalam Kongres Khas PKR semalam buat kali kedua menegur Khalid apabila menganggap teguran itu seperti membaiki ‘skru yang sudah longgar’ walaupun mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sebagai sahabat paling setia dalam parti.
Ditanya sama ada Khalid wajar menukar rentak pentadbirannya yang perlahan, beliau bagaimanapun berkata “tidak, sudah terlambat untuk saya melakukannya”.
Namun, Anwar sempat memuji rekod pentadbiran Khalid di Selangor apabila berjaya mengurangkan pembaziran berbanding pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.
“Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar,” katanya di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini semalam.
Teguran positif
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali ketika ditemui di lobi DUN berkata, teguran itu perlu dlihat secara positif yang bertujuan meningkatkan prestasi penyampaian pentadbiran Selangor.
“Teguran ini dibenarkan dalam Islam. Kita disuruh nasihat menasihati bagi perkara bertujuan baik bukan meruntuhkan, tapi membina kekuatan yang lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai usul yang mahu Anwar menjadi Presiden PKR, Azmin berkata ini masa terbaik bagi Ketua Pembangkang itu menerajui parti.
Mengakui hal ini pernah dibincangkan bersama Anwar, Azmin berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu terlalu awal untuk dimuktamadkan, tetapi bertegas mahu terus memujuk Anwar supaya menerimanya.
“Kami merasakan ini waktu terbaik beliau menerajui PKR. Saya dah bincang secara peribadi dengan beliau bagaimana kita boleh menstruktur kepimpinan parti. Kita tak boleh berada di takuk sama terlalu lama. Ini parti berterasakan reformasi harus ambil kira pandangan akar umbi. Saya sarankan ada penstrukturan semula dalam parti.Ia permulaan baik dalam perbincangan dan kita akan teruskan meletakkan Anwar ditempat yang selayaknya,” katanya.
Usul itu dibangkitkan Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari yang mahu Anwar mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti. Bagaimanapun cadangan itu disanggah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menganggap kedudukan Anwar sebagai satu ‘institusi’ dan tidak perlu diubah. ~fmt
Sumber:
http://addin77.blogspot.com/2013/11/khalid-ibrahim-tidak-kisah-di-tegur.html
http://addin77.blogspot.com/2013/11/khalid-ibrahim-tidak-kisah-di-tegur.html
KiSah dibawah ini aku kena simpan,
kalau tidak ada yang kata
“mana ader”
Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Ini susulan keputusan sebulat suara panel lima anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak permohonan Khairy bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman sivil itu yang difailkan terhadapnya.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel itu, berkata kebenaran tidak boleh diberikan kepada Khairy untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan kerana beliau gagal memenuhi syarat utama Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Beliau berkata persoalan yang dikemukakan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan tidak berbangkit daripada penghakiman mahkamah lebih rendah.
Hakim Zulkefli memerintahkan Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar.
Turut bersidang ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, 66, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Khairy, mendakwanya, sebagai Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kenyataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk “Anwar and kin no threat” dimuat naik dalam laman web termasuk Malaysiakini.com.
Ketua Pembangkang itu mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Februari, 2008.
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Pada 21 Disember, 2011, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Khairy untuk membatalkan saman fitnah itu.
Khairy memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Ogos tahun lepas.
Peguam yang mewakili Anwar, Datuk Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita, Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis dan Jumaat ini bagi perbicaraan saman itu.
Khairy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan