Selasa, 26 November 2013

2522. Rakan utama pengintipan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Kumpulan media berpengkalan di Australia, Fairfax Media melaporkan hari ini akhbar harian Belanda, NRC Handelsblad menamakan Singapura sebagai kunci utama "pihak ketiga" yang menyalurkan lima negara tersebut akses ke dalam saluran komunikasi di Malaysia.


Akhbar tersebut menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik melalui kemudahan pemintasan di Pantai Barat Amerika Syarikat, Hawaii dan Guam.

Kemudahan fasiliti tersebut memintas semua kabel trafik merentas Lautan Pasifik dan berhubung dengan Australia dan Jepun, Singapura adalah sebahagian daripada pembinaannya seperti yang ditunjuk dalam peta.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia menjadi sasaran utama bagi kedua-dua perisikan Australia dan Singapura sejak tahun 1970-an, kerana kebanyakan telekomunikasi dan trafik Internetnya akan melalui bandar raya negara pulau tersebut.

Pada bulan Ogos, Fairfax juga melaporkan perisikan Singapura merupakan rakan kongsi agensi pengintipan elektronik Australia, Defence Signals Directorate, bagi meneroka kabel SEA-ME-WE-3 yang beroperasi dari Jepun, melalui Singapura, Djibouti, Suez dan Selat Gibraltar ke Utara Jerman.

Perbuatan tersebut didakwa didalangi oleh syarikat pengendali telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (SingTel), salah sebuah syarikat yang dimiliki agensi pelaburan kerajaannya, Temasek Holdings.

Syarikat tersebut dimiliki Peter Ong, Ketua Perkhidmatan Awam Singapura yang dahulunya bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara dan penyelarasan risikan, diberikan jawatan dalam lembaga sebagai wakil kerajaan.

Singtel juga dipercayai memperluaskan hubungan antara Australia dan Singapura dalam perisikan dan pertahanan sejak 15 tahun lalu, menurut pendedahan tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan Amerika Syarikat menjalankan pengintipan mereka di kedutaan di Kuala Lumpur bagi memintas dan memantau rangkaian komunikasi telefon.

Menerusi peta yang diterbitkan oleh majalah Jerman Der Spiegel dan diteliti oleh Fairfax, menunjukkan 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di pejabat kedutaan AS di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Peta yang bertarikh 13 Ogos 2010, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemudahan seperti itu di Singapura, Australia, New Zealand, Britain dan Jepun, yang merupakan sekutu rapat AS.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia telah mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore – yang juga didedahkan oleh Snowden – digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Program XKeyscore yang digunakan sejak tahun 2008 tersebut telah dikatakan berjaya menangkap pengganas daripada risikan yang diperoleh menerusi penggunaan alat tersebut. ~tmi

Sumber: 
http://addin77.blogspot.com/2013/11/singapura-pun-intip-malaysia-ini.html

Baca juga yang ini.

Top-secret exposé - Perisik Singapura dan Australia intip Malaysia sejak tahun 1970 an

Dokumen rahsia dideahkan oleh Edward Snowden menunjukkan bahawa Singapura terlibat membantu Amerika Syarikat mengintip Malaysia.

Fairfax Media, Australia memetik harian Belanda. NRC Handelsblad, mendedahkan bahawa Singapura adalah "pihak ketiga" yang menyediakan  akses kepada saluran komunikasi Malaysia kepada US, UK. Kanada, New Zealand dan Australia.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia telah menjadi sasaran utama perisik kerajaan Australian dan Singapura  sejak 1970s, kerana kebanyakan komunikasi dan trafik internet terpaksa melalui negara pulau tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan US mengintip Malaysia melalui stesen pengawasan yang diletakkan di kedutaan US di Kuala Lumpur untuk mengesan perbualan telefon dan mengawasi semua rangkaian telekomunkasi dalam negara.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia mengesahkan bahawa top-secret intelligence tool  yang dinamakan 'XKeyscore' telah digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik.
adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

Sumber: 

http://www.wasukalu.com/2013/11/perisik-singapura-dan-australia-intip.html


Menteri Kewangan TERBURUK Malaysia Pernah Ada ?

Pakatan Menuju Ke-Putrajaya

Sumber: 

NAJIB SUDAH PANDAI MENJAWAB BEB!!! KAH...KAH...KAH

Jeneral Yakuza Ogawa


TAK SUKA PAKAI ELETRIK , BOLEH PAKAI LILIN OK.. JIMAT CERMAT AMALAN WASATIYYAH... SYUKURRR MALAYSIA MASIH AMAN! 


24/11/2013.

PM: Takkan nak makan dengan cahaya lilin?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman 
rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.

Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua 
negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan 
Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.

“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat 
bukan?,” katanya Najib berkata beliau merupakan perdana menteri ketiga yang berpeluang untuk “menumpang” di kediaman rasmi tersebut.

“Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur 
di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma,” katanya lagi. Beliau mengulas 
pendedahakan kerajaan di Parlimen bahawa bil elektrik untuk Seri Perdana menyebabkan pembayar 
cukai terpaksa menanggung RM2.2 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mendedahkan perkara itu 
berkata kadar tersebut masih merupakan kadar paling murah di dunia bagi sebuah kediaman ketua 
kerajaan.
Bila rakyat disuruh jimat, sedangkan bapa pembaziran di putrajaya.. tranformasi menipu umat 
melayu lebih tersusun... padam muka hampa macai.. kah..kah..kah

-admin power-
Sumber: 
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/najib-sudah-pandai-menjawab-beb.html
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: