Rabu, 27 November 2013

2530. Rentap jiwa buat jasad menyujud taubat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Segala kejadian yang menimpa diri seseorang mempunyai maksud yang tersirat. Dengan ilmu dan daya kemampuan fikiran pinjaman Allah S.W.T., In Syaa Allah seseorang itu beroleh tafsiran yang bagus untuk dirinya. 

Kenderaan seseorang seringkali rosak. Bulan lepas baru sahaja diperbaiki, gaji baru keluar kereta meragam lagi. Kali ini rediator pula pecah. Bulan lepas beteri bermasalah. Duit lagi. Sebelum itu kena turun enjen. 

Orang biasa kata kereta lama patutlah jadi macam itu. Bila dikaji semula, ditafsirkan baik-baik dengan kalimah Allah S.W.T.. tentu seseorang itu akan beroleh manafaat. Mana silap laku dan sikapnya selama ini terhadap Allah S.W.T.. 

Seseorang yang diberikan ''Nur Iman'' Allah S.W.T.. Dengan kata lain ialah kerana Allah S.W.T.. masih sayang hamba-Nya. Perbuatan maksiat akan menutup pintu rezeki seseorang. Rentetan kejadian diatas adalah sebagai petunjuk untuk seseorang itu jadi sedar dan insaf dan seterusnya bertaubat. Perkataan "asyek rosak je kereta nie" sekadar ngomelan zero dan langsung tidak bermanfaat kepada kejiwaan. 

Kejadian rumah terbakar hingga hangus menjadi abu, In Syaa Allah ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Dalam kejadian tersebut kadang-kadang melibatkan kehilangan nyawa. Satu nikmat menguja kesabaran bagi insan yang berIman kepada Allah S.W.T.. Sebahagian kejadian tersebut pula lebih kepada untuk seseorang itu bermuhasabah diri. Mencari mana-mana rompong dalam sudut Imannya. Sampai bila seseorang itu hendak berdusta kepada dirinya sendiri. 

Sebahagiannya pula langsung tertutup pintu Imannya. Malah megah dengan dusta dan kedurjanaan yang dilakukannya. Jenis ini biasanya tanpa segan silu akan menceritakan kelebihan-kelebihan dirinya untuk menutup kelemahan diri dan maksiat yang dilakukannya dari pandangan mata kasar manusia lainnya. 

Allah S.W.T.. juga akan memberikan seseorang itu anak yang berprestasi nakal atau jahat. Ditegur, dinasihati serta dibimbing tetap yang salah jadi pilihan. Salah siapa itu. Salah anak atau salah bapanya. HaH! benar bukan salah ibu mengandung. 

Bapa adalah perencana keluarga menurut Islam. Lelaki yang bergelar bapa dan suami bukankah penanggung dosa isteri dan anak perempuannya selagi belum bernikah. Lelaki juga penanggung dosa anak lelakinya yang belum akhil baligh. Penanggung dosa juga kepada adik beradik perempuanya yang masih single atau yang telah menjanda atau jadi balu. Itu terjadi setelah bapa kepada lelaki tadi telah tiada. Berat tidak beratlah jadi lelaki. 

Baca juga: 

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: