Ahad, 8 Disember 2013

2728. Dot.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sebagai hamba-Nya memohon perlindungan dari-Nya adalah sebaik-baik jalan menuju ke Syurga-Nya. Tetaplah Hati Di Jalan Nya...  Ingatkan Aku ... 

Wahai manusia.
Yang mana satu aku @ sesiapa sahaja
Muhasabah diri kerana-Nya dan seterusnya mengerti dan mengamalkan kehendak tuntutan hidup hamba-Nya yang wajib mengEsakan Allah S.W.T.. Antaranya memastikan tubuh badan sendiri supaya berpakaian tetapi bukan bertelanjang sebenarnya.

Tidak merealisasikan atau menyorokkan sesuatu tentang rahsia kecantikkan atau kehodohan jasad kita supaya terpelihara roh kita. Menyembunyikkan atau memagari kelebihan atau kekurangan tubuh badan kita daripada menayangkan kepada yang bukan hak. Ya tubuh badan kita bukan iklan untuk tayangan perdana di layar dunia.

Mengerti apa itu keindahan tubuh badan sendiri dengan mengenakan kod tatacara pemakain 100% tanpa tolak ansur kepada nafsu. Memastikan diri tidak terjerat dengan tuntutan nafsu sendiri.

Satu tingkah menuju TAQWA. 

Sumber:
ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN ANDA DIMANA? (GAMBAR)


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
byrt. n.

Tiada ulasan: