Isnin, 23 Disember 2013

2910. In Syaa Allah kita tergolong dikalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur kepada-Nya Tuhan Yang Maha Esa Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.gr

"KEUTAMAAN BERSYUKUR"

Bersyukur atas segala nikmat Allah merupakan kewajiban bagi setiap hamba yang beriman. Firman Allah Ta’ala:
Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (ingkar) kepada-Ku.” (QS. Al-Baqarah: 152).

» Orang yang bersyukur kepada Allah akan mendapatkan banyak keutamaan dan manfaat diantaranya:
 
1. Mendapatkan tambahan nikmat dari Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: 

بسم الله الرحمن الرحيم
ﻟَﺌِﻦْ ﺷَﻜَﺮْﺗُﻢْ ﻷﺯِﻳﺪَﻧَّﻜُﻢْ

Maksudnya: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, maka pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu”. (QS. Ibrahim: 7). 

 
2. Selamat dari siksaan Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: 
بسم الله الرحمن الرحيم
ﻣَﺎ ﻳَﻔْﻌَﻞُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻌَﺬَﺍﺑِﻜُﻢْ ﺇِﻥْ ﺷَﻜَﺮْﺗُﻢْ ﻭَﺁﻣَﻨْﺘُﻢْ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺷَﺎﻛِﺮًﺍ ﻋَﻠِﻴﻤًﺎ

Maksudnya: “Tidaklah Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman. dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa’: 147). 

Yang dimaksud Allah S.W.T mensyukuri hamba-hamba-Nya ialah Allah S.W.T memberi pahala terhadap amal-amal hamba-hamba-Nya, mema’afkan kesalahannya, menambah nikmat-Nya. 

3. Mendapatkan pahala yang besar. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: 

بسم الله الرحمن الرحيم
ﻭَﺳَﻴَﺠْﺰِ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟﺸَﺎﻛِﺮِﻳْﻦَ

Maksudnya: “Dan Allah akan memberi ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran: 144).

Subhanallah.
In Syaa Allah kita tergolong hamba-Nya yang pandai bersyukur kepada Allah S.W.T.

12 December via Mobile
Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat hal yang buruk atau haram, sentuhlah dada dan sebutlah, 'INNI AKHAFULLAAH"...'.sesungguhnya aku takut ALLAH S.W.T.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: