Selasa, 24 Disember 2013

2911. Acuan kehidupan Umat Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.sg

Fadhilah Hadits
9 December via Mobile
بسم الله الرحمن الرحيم

''Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti: ''Perumpamaan orang berIman itu bagaikan lebah .. Ia memakan makanan yang bersih dan mengeluarkan sesuatu yang bersih .. Hinggap ditempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan yang dihinggapinya'' 

.... Lebah  dan Lalat. Beza antara kedua-duanya begitu ketara sekali. 

Lalat. 

Lalat apa yang di hingggapinya tertinggal bakteri .. Dia boleh hinggap di makanan dan tak jarang juga hinggap kotoran dan kadang langsung saja hinggap di hidung kita lo.. Waduh suul adab bener ya .. Tapi namanya juga haiwan ... 

Lebah ... Ia hinggap di tempat yg bersih makannya juga pun sari-sari bunga dan kotorannya pula menjadi madu yang bermanfaat bagi manusia ... Subhanalloh... 

Lebah. 

Adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. 

Bukankah Allah S.W.T pun memerintahkan Umat Mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), bekerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7) 

Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan dan kerana, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia – kecuali yang mendapat rahmat Allah S.W.T – tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan. 

Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif  dan masing- masing mempunyai tugas sendiri- sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. 

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memberitahu teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang beriman... Kita tinggal pilih mahu mengamal yang mana?

In Syaa Allah bermanfaat.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: