Selasa, 24 Disember 2013

2915. Prihatin, sabar dan tawadhuknya Nabi Muhammad S.A.W sebagai kepala keluarga.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja: www.peceq.blogspot.sg 

Fadhilah Hadits (https://www.facebook.com/FadhilahHadits)
6 December via Mobile

بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W menjahitnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau S.A.W juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda S.A.W menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.  

Sayidatina 'Aisyah menceritakan: ”Kalau Nabi S.A.W berada di rumah, Beliau S.A.W selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar Azan, Beliau S.A.W cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang." 

Pernah Baginda S.A.W pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda S.A.W amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi S.A.W bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah S.A.W." Rasulullah S.A.W lantas berkata, ”Kalau begitu aku (S.A.W) puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Pernah Baginda S.A.W bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: