Jumaat, 3 Januari 2014

3042. Apa pentingnya fatwa.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.sg

Fatwa hari ini jadi permainan politik. Jadi bahan ketawa. Semuanya gara-gara berfatwa tidak cukup timbang. Yang penting Al Qur'an dan Sunah Nabi S.A.W.

Fatwa keluar kerana ada yang memerlukan dan kerana ada yang berkepentingan. Sampai di satu pihak difatwakan pemberontak. Yang satu pihak sudah tentu rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai onar seolah-olah halal fatwanya.

Secubit pun tidak tersentuh oleh individu yang gemar berfatwa. Sudah tentu satu pihak itu cuai dan memborong salah memegang amanah, yang sering berani berfatwa pun tidak kisah. Halalkan segala yang salah dan tidak terjejas pun atau tidak tergerak pun untuk seseorang berfatwa.

Akhirnya fatwa dari seseorang itu dikira fatwa songsang kerana tidak menggunakan timbangan yang menghampiri atau mendekati Timbangan di Padang Mahsyar. Atau dengan kata lain berfatwa dengan ketaranya bukan 100% patuh perentah dan larangan Allah SWT. Nauzubillah.

Rumusannnya: 
Saudara boleh berbeza pandangan dengan saya kerana pandangan saya boleh jadi salah. Begitu juga sebaliknya saya juga berhak untuk menyanggah pandangan saudara walaupun pandangan saudara boleh jadi betul. Demikian prinsip yang seharusnya dipegang sebagaimana diajar oleh Imam Syafie dalam akhlak berbeza pandangan:
رأي صواب يحتمل الخطأ،ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
“Pandanganku betul namun boleh jadi salah, dan pandangan orang lain salah namun boleh jadi betul.”

Sebab itulah Islam tidak menghalang kita untuk berbeza pendapat asalkan adab dan akhlak sentiasa dijaga, juga tidak pula taksub dengan pandangan sendiri agar tidak dicela Allah SWT sebagaimana Hadis Nabi SAW:
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ
“Tidak sesat umatku selepas menerima hidayah Allah melainkan kerana mereka suka berdebat-debat.”


Rumusan ambil dari: http://omakkau.blogspot.com/2014/01/inilah-pandangan-dari-pengerusi-yadim.html

Tiada ulasan: