بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
PAKATAN RAKYAT menang 9 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur
! INGAT TU DATO BANDAR DBKL.....
KALAU TAK SUKA PERHIMPUNAN SILA PI DOK DALAM
HUTAN...KAH! KAH! KAH! Himpunan: DBKL ada bukti bergambar
WARTAWAN SINAR HARIAN. 5 Januari 2014 Ahmad Phesal Ahmad Phesal
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah
menyiapkan laporan berserta bukti bergambar berhubung perhimpunan haram yang
dibuat pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Mereka, baru-baru ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib
berkata, pihaknya akan mengatur perbincangan bersama pihak polis bagi
memutuskan sebarang tindakan yang boleh diambil kerana ia dibuat tanpa
permohonan, termasuk mengenal pasti penganjur bertanggungjawab.
Menurutnya, DBKL mempunyai bukti berdasarkan koleksi gambar yang
diambil dari pelbagai sudut termasuk dari atas Menara DBKL.
“Pada masa ini kami telah pun menghimpunkan bukti melalui gambar
yang kita ada dan akan berbincang dengan pihak polis apakah langkah yang boleh
kita ambil di bawah peraturan yang ditetapkan.
“Mungkin pihak polis ada bukti yang kita boleh kongsi bersama,
dan apakah tindakan sepatutnya yang perlu diambil terhadap mereka sekiranya
berlaku pelanggaran peraturan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang laporan kerugian yang
diterima atau perlu ditanggung DBKL ekoran daripada himpunan berkenaan.
“Tetapi kita akan lihat kemungkinan untuk ambil tindakan jika
mereka yang terlibat didapati mengganas.
“Secara kasar tiada kerugian, namun hanya menimbulkan gangguan
kepada aktiviti yang orang ramai menunggu. Itu yang menyebabkan saya tidak
pulang awal pada malam itu. Jika saya keluar, adalah tidak bertanggungjawab
sebagai Datuk Bandar meninggalkan orang ramai dalam keadaan tertanya-tanya.
Jadi saya mengambil keputusan untuk cuba redakan keadaan,” katanya.
Tambah Ahmad Phesal, penelitian bagi mengenal pasti penganjur
bertanggungjawab juga akan dibuat bersama pihak polis. SH
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan