بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3qJangan paksa orang lain ikut kita. Walau kadang kita kena paksa ikut macam dia. Macam kita rasa kita betul, tetapi salah pada orang. Begitu juga orang rasa dia betul, tetapi bagi kita dia itu salah. Ada yang berahsia dengan kita. Walau kita rasa kita tidak perlu berahsia dengan dia.
Tujuan kita tidak berahsia dengan seseorang ialah untuk kebaikan. Tanpa kita sedar, dalam mencari kebaikan kita terjerat dengan prajudis. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tanyalah pokok kelapa, kalau boleh dijawabnya, yang bila sampai waktunya, kita kutip buahnya kemudian kita gunakan untuk masakan. Kalau ada lebih kita jual.
Hasilnya kita boleh tentukan, hendak kita guna sendiri atau beri kesemuanya kepada orang lain yang lebih memerlukan di kalangan kita. Tinggalkan, kalau langsung cara kita itu tidak secubitan pun dihargai. Biasalah manusia, paling baik kita tinggalkan rasa kecewa, marah, sedih etc ... bermuhasabah diri keranaNya. Kita cara afdhal, kita cari redha Allah SWT.
Hasil bermuhasabah kita akan nampak satu persatu, apa pernah kita buat satu masa dulu. Kecewakan, lukakan hati, buat orang lain marah dan pelbagai. Putaran hidup, dulu kita bertitle anak, sekarang kita jadi bapak atau emak. Mampunya kita doakan supaya orang itu berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. Macam kita doa hari-hari kepada Yang Maha Esa - Ya Allah jadikanlah hari ini untuk aku, lebih baik dari hari semalam. Jadi tidak betul kita, kalau kita doakan tidak baik, untuk orang lain.
Bukan mudah untuk perkukuhkan benteng keImanan diri. Hendak runtuhkan senang sahaja, sekejapan pun waktu yang diperlukan. Kepada Allah SWT kita adukan segala hal, kesyukuran, kesedihan, kekecewaan, kegembiraan, kedukaan, kejayaan, kesungguhan dan segala percanggahan.
In Syaa Allah rohku semakin tenteram yang bukan seumpama Jalan Tenteram, Cheras (Bandar Tun Razak), KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan