بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Bayangkanlah dalam kocek langsung tidak berduit. Engkau kena minta tolong juga dengan sesiapa sahaja di keliling engkau. Semuanya pula tidak dikenali. Ah! jumpa Pak Haji yang disampingnya ramai sanak saudara serta isterinya. Itulah cara paling baik, berbanding kita jumpa minta bantu dengan orang yang sedang bersendirian. Tetapi kadang masa lagi baik jumpa orang yang sedang sendirian, minta tolong bantu, bukannya banyak RM1.00 sahaja.
Malangnya engkau, bila jumpa Pak Haji depan ramai, RM1.00 dijawabnya tidak ada. Luluh jiwa dan perasaan engkau, bila kejujuran engkau beroleh dengan kehampaan. Apakan daya itu hak dia, hendak bantu atau tidak. Kenalah engkau cari jalan lain. RM1.00 kalau naik bas pun tidaklah sejauh mana pun, tetapi cukup untuk "Satu Panggilan SOS" yang tepat, ringkas dan padat.
Kalau minta bantu RM5, apa lagi RM10 dan lebih. Nipiskah harapan?.
Belum tentu kita berbuat baik dengan orang, selalu ringan bantu, akan mudah sentiasa orang tolong bantu kita. Jadi baiknya juga kita bermuhasabah diri kepada Allah SWT yang menciptakan dan memberi kita pinjam nyawa.
Orang pernah bantu kita RM5 tetapi kita buat orang itu rasa kesal agaknya membantu kita. Kita dipandang sahaja dan kita buat tidak tahu, tidak peduli, selepas orang itu mengorbankan RM5 nya itu untuk kita.
In Syaa Allah rohku semakin tenang, bukan seumpama Tenang, Segamat, Johor. Itu lain, nama tempat.
Amin Ya Rob.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan