Khamis, 16 Januari 2014

3131. Pendedahan kepada Penanda Aras Pembestarian Teknologi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


SEKOLAH PENANDA ARAS PEMBESTARIAN TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI.
PENDEDAHAN VLE DAN SPS KEPADA GURU-GURU ZON TIMUR.

Encik Muhamad Samsolri bin Ismail berkongsi pengalaman tentang penggunaan SPS20 Mei 2013, Kuala Terengganu – Hari kedua Bengkel Kerja Peningkatan Penggunaan VLE dan SPS bagi Sekolah Penanda Aras zon Timur telah diadakan penuh pengisian dengan kolaborasi aktif guru-guru dan pentadbir sekolah.
Ketua Unit dari Sektor Perancangan dan Pengurusan Bestari di Bahagian Teknologi Pendidikan, Puan Maimunah binti Mohd Tahir, telah membentangkan perihal peranan pentadbir dalam pelaksanaan VLE . menerangkan mengenai kaedah pemantauan penggunaan VLE melalui kemudahan ‘analytics’ dalam perisian tersebut.
Penceramah jemputan dari FrogAsia telah dilibatkan untuk memberi penerangan tentang kemaskini teknologi dan ciri-ciri terkini dalam aplikasi FrogVLE. Guru-guru turut terbabit dalam pendedahan dan cubaan dalam menggunakan ciri-ciri VLE yang telah ditunjukkan.
Selain itu, pendedahan kepada aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) juga telah diberikan kepada semua guru yang terlibat di dalam bengkel kerja ini. Taklimat yang disampaikan oleh Encik Shazril Helmi bin Samsudin, Penolong Pengarah dari Sektor Perancangan dan Pengurusan Bestari di Bahagian Teknologi Pendidikan menggariskan panduan awal latar belakang, ciri-ciri umum dan perancangan kementerian dalam pelaksanaan dan peluasan penggunaan SPS.
Encik Muhamad Samsolri bin Ismail, pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan juga telah berkongsi pengalaman dan memberi panduan tentang penggunaan dan modul-modul yang terdapat dalam SPS.
Paparan yang terdapat dalam SPS
Puan Maimunah Mohd Tahir menunjukkan cara-cara pentadbir mengunakan VLE
Encik Aizam dari FrogAsia memberi penerangan tentang ciri-ciri terkini FrogVLE

Tiada ulasan: