Khamis, 16 Januari 2014

3132. Sekolah Penanda Aras Pembestarian Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

TOP 20 CHAMPION SCHOOLS FOR JULY 2013

Usage of Frog VLE by Champion Schools for the duration from 2nd July to 1st August 2013
  • 280 schools (79.8%)
  • 79,083 students
  • 28,465 teachers
  • 2,312 parents
Top 20 schools for July :
  1. SMK Abdul Rahman Talib, Pahang
  2. SMK Iskandar Shah, Melaka
  3. SK Putrajaya Preseint 8(1), WP Putrajaya
  4. SMK Sultan Badlishah, Kedah
  5. SM Dato Seri Amar DiRaja (Integ), Johor
  6. SK Dato Sagor, Perak
  7. SK Sri Kerian, Perak
  8. SK Seri Bintang Selatan, WP Kuala Lumpur
  9. SJKC Ping Ming, Johor
  10. Sekolah Tun Fatimah, johor
  11. SMK Ayer Lanas, Kelantan
  12. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Pulau Pinang
  13. SK Sri Kinta, Perak
  14. SM Sains Teluk Intan, Perak
  15. SMK King Edward VII, Perak
  16. SMK Ampang Pechah, Selangor
  17. SK Serkam Darat, Melaka
  18. SK Kuala Ketil, Kedah
  19. SM Sains Selangor, WP Kuala Lumpur
  20. SMK Dato Sedia Raja, Negeri Sembilan
Congratulatiosn to these schools!
Top 20 CS_JULY

BENGKEL MELAKA KOHORT 2 MERIAH

Bengkel dimulakan dengan sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Pn. Muhazaini dan Pn Radiah. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dikehendaki melengkapkan puzzle dalam masa 5 minit. Hanya 2 kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle dalam masa yang diberikan. Permainan ini bertujuan mewujudkan rasa selesa di antara peserta. Seterusnya peserta dikehendaki melipat sehelai kertas A4 mengikut langkah-langkah yang ditunjuk oleh fasilitator. Sesi ice breaking berakhir dengan fasilitator mendedahkan rahsia di sebalik permainan lipatan kertas. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai peranan pentadbir dalam pelaksanaan SPS oleh En. Ashaari bin Omar, Ketua Unit ICT BTPN Johor.
Bengkel diteruskan pada keesokan harinya dengan sesi taklimat pengintegrasian data KPM oleh wakil dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, En. Ahmad Zaafar bin Ismail. Sesi seterusnya disambung oleh En. Paizan Shem bin Abdullah dari BTPN Negeri Sembilan yang memberi taklimat yang jelas dan padat mengenai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Peserta diberi panduan yang terperinci bagaimana untuk bermula dengan SPS. Respon dari peserta amat positif sepanjang sesi ini.
Pada sesi petang, peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dikehendaki menjawab soalan mengenai perkongsian amalan terbaik. Setiap kumpulan menjawab satu soalan. Peserta menjawab soalan dari perspektif pentadbir dan guru ICT. Pembentangan amalan terbaik diteruskan pada sesi malam dengan rumusan pembentangan diberikan oleh En. Ashaari bin Omar.
Pada hari terakhir bengkel, peserta diberi pendedahan khusus bagaimana membinalearning site dalam Frog VLE oleh En. Ahmad Yusri bin Yusoff dari BTPN Negeri Sembilan. Peserta diajar langkah demi langkah bagaimana menghasilkan satulearning site yang menarik. Di akhir sesi, wakil peserta dari setiap kumpulan perlu membentangkan learning site yang dihasilkan.

KOLABORASI GURU DAN PENTADBIR MEMBINA LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

12 Jun 2013, Alor Gajah – Lebih 50 pentadbir dan guru penyelaras bestari dari sekolah-sekolah penanda aras telah dilatih secara ringkas dalam aktiviti pembangunan laman pengajaran dan pembelajaran berteraskan platform FrogVLE hari ini. 
Para pentadbir dan guru-guru, secara amnya menerima baik latihan yang telah dikendalikan dengan bantuan pemudahcara dari pihak FrogAsia. Khidmat nasihat dan bantuan bagaimana merekabentuk laman pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang tedapat di dalam platform FrogVLE.
Dalam sesi pembentangan yang dikelolakan oleh Encik Ahmad Yusri bin Yusoff daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, para pentadbir dan guru penyelaras bestari setiap sekolah berganding bahu mempamerkan laman yang telah dibina. Secara amnya, sesi yang berlangsung ini mendapat sambutan daripada peserta memandangkan tugasan untuk membina laman dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Ini menunjukkan bahawa dengan platform yang ditonjolkan ini, faktor masa bukanlah penghalang untuk penyediaan hasil bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Peserta juga kemudian diberi tatacara memuat naik laman tersebut ke MOE Repository untuk dikongsi bersama masyarakat pendidikan lain di seluruh negara.

PENTADBIR DAN GURU BERKONGSI AMALAN TERBAIK

12 Jun 2013, Alor Gajah – Aktiviti bengkel pada hari ini adalah perkongsian amalan terbaik tentang penggunaan VLE dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah penanda aras bestari. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza bedasarkan peranan masing-masing sebagai pentadbir dan guru penyelaras bestari.
Berpandukan beberapa soalan-soalan penting, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk membincangkan dan membuat pembentangan mengenai topik-topik yang secara dasarnya memupuk budaya penggunaan VLE di sekolah. Amalan terbaik yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut menyediakan pandangan awal bagaimana budaya pengajaran dan pembelajaran secara maya dapat diterapkan di dalam persekitaran sekolah dan masyarakat.

CIRI-CIRI BARU, AMALAN TERBAIK SPS DAN FROG VLE

22 Mei 2013, Kuala Terengganu – Guru-guru penyelaras bestari / ICT dan sebilangan guru-guru matapelajaran didedahkan kepada ciri-ciri terbaru FrogVLE hari ini. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan adalah modul-modul bookshelf - yang membolehkan pengguna mengimport buku-buku digital, FrogStore - ruangan yang mana laman-laman yang dibina dan telah dimuatnaik dapat dikongsi dengan pengguna-pengguna lain, serta Quizzes - modul untuk janaan soalan-soalan bagi tujuan ujian ringkas. Antara ciri-ciri lain yang juga diperkenalkan termasuk PollsFormsLearning Styles dan Analytics.
DSC05010Dikelolakan oleh Puan Usha Rani, pegawai dari FrogAsia, guru-guru juga telah diberi bimbingan untuk membina laman ringkas bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dan tatacara memuat naik laman-laman tersebut ke repositori KPM.
Puan Maimunah dalam sesi mengenai peranan pentadbir dalam VLE
Puan Maimunah dalam sesi mengenai peranan pentadbir dalam VLE
Pada masa yang sama, kumpulan pentadbir Sekolah Penanda Aras juga dilibatkan dalam sesi yang berlainan yang mana mereka diberi penerangan tentang peranan pentadbir dalam menjayakan penggunaan FrogVLE di sekolah. Di samping itu, sesi yang dikendalikan oleh Puan Maimunah Mohd Tahir dari BTP dan Encik Aizam dari FrogVLE ini mengajak pentadbir sekolah untuk sama-sama merangka dan berkongsi amalan terbaik dalam merancakkan penglibatan murid, guru, ibu bapa,  serta gaya pembelajaran murid dan tugas-tugas pentadbir aplikasi VLE.
 DSC05047DSC05030
Encik Alias Samsudin menerangkan secara am mengenai latarbelakang dan pelaksanaan SPS
Encik Alias Samsudin menerangkan secara am mengenai latarbelakang dan pelaksanaan SPS
Encik Azmi memberi taklimat penggunaan modul-modul dalam SPS
Encik Azmi memberi taklimat penggunaan modul-modul dalam SPS
Bengkel diteruskan pada sebelah petang dan malam dengan sesi taklimat dan penerangan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Alias bin Samsudin dari Bahagian Teknologi Pendidikan. Manakala penerangan SPS mengikut modul dan perkongsian amalan penggunaan telah dikendalikan oleh Encik Azmi dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.
Sumber:
http://sekolahpenandaaras.wordpress.com/tag/frog-vle/
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: