Jumaat, 17 Januari 2014

3145. Sebelum, Semasa, Selepas dan setelah aku. Apa kini jadinya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Mula-mula aku psiko orang lain cukup-cukup "dia orang semua orang mudah lupa" Hebat hasilnya. Ramai tabik dengan aku, sebab berjaya membuka minda. Kira ini sebagai test market.

Aku jinakkan orang yang sudah aku psiko dengan bidang yang terbuka luas untuk menjadikan diri seseorang, kaum keluarga menjadi kaya raya dengan mengambil hak orang lain jadi milik sendiri. Akhirnya aku boleh bertempik sorak "Aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Aku sedar aku kena matikan dengan apa cara sekali pun orang yang menjadi saingan. Orang yang cuba-cuba tunjuk lebih cerdik dari aku. Aku hendak orang lain tidak sepandai dan sehebat aku. Orang yang lebih pandai dari aku, aku perlu nyahkan. Tidak kisahlah kalau ada kalangan mereka menjadi menteri di negara lain. Jadi pakar hebat di negara asing. Dia orang tukar warga negara lagi baik. Bahasa sekarang "Tak Suka" keluar dari sini. Tak pun "dok hutan"

Yang seronoknya habis tabungan yang terkumpul sebelum aku, aku berjaya leburkan dengan kata-kata hikayat "pelaburan terhebat" Habis tabungan itu, aku sapu keliling mana-mana yang ada wang, wang dan wang. Ada aku kesah nilai duit aku berdikit-dikit semakin runtuh?. Aku boleh salahkan orang lain atau orang itu.

Tiba masanya aku pun berhentilah. Yang penting kata-kata sorak "Aku kayaaaaaaaaaaaaaaa" telah menjadi kenyataan sebabnya bukan aku sahaja yang kaya, si bini aku, si anak-anak aku, si kawan-kawan aku, siapa-siapa yang dekat aku semuanya sudah kaya. Tidak lupa siapa yang melawan dari gelaran jutawan atau lebih dari itu telah pun bankrap "CCC"

Lagi satu yang menarik perhatian, aku telah mewariskan kepada mereka yang tidak cerdik sebagai pengganti aku. Hebat kan, aku. Maka macam-macam leletup terjadi akibat mereka tidak secerdik aku sebagai pengganti. Mereka juga ada skandal dan itu jadi kunci aku tutup mulut mereka semua. Berani dia orang ganggu gugat? Skandal mereka juga akan terheboh.

vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: