Sabtu, 25 Januari 2014

3239. Judul tazkirah diri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Kelebihan Surah Yasin

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 days ago
* Rasulullah Saw. bersabda: "*Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari, maka pagi harinya dia diampuni oleh Allah. Sesiapa yang membaca surat ad-Dukhan, maka dia diampuni oleh Allah*." (HR Abu Ya'la). Menurut al-Hafidz Ibn Katsir, hadits ini sanadnya jayyid (shahih). Komentar Ibn Katsir ini juga dikutip dan diakui oleh al-Imam asy-Syaukani dalam tafsimya Fath al-Qadir, bahwa sanad hadits tersebut jayyid, alias shahih. Rasulullah Saw. bersabda: "*Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya*." (HR. Ibn Hibban dalam... more »

Hukum Sebut Sayyidina

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 days ago
* Fuqaha' Syafi'iyah berpendapat* sunat *menyebut *sayyidina* ketika berselawat atas alasan penghormatan dan adab. Imam Asnawi di dalam kitab Al-Muhimmaat mengemukakan ucapan Syeikh Izzud-din bin Abdus-salam, dia berkata : “Pada prinsipnya pembacaan selawat di dalam tasyahhud itu hendaklah ditambah dengan lafaz “sayyidina”, demi mengikuti adab dan menjalankan perintah. Atas yang pertama hukumnya *mustahab (sunat).* Dengan demikian di dalam membaca shalawat boleh bagi kita mengucapkan “Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad”, meskipun tidak ada pada lafazh-lafazh shalawat yang di... more »

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 week ago
* Imam Abu Syamah berkata: Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk. (I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab... more »

Sadaqallahul 'azim

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 weeks ago
* *Maha Benar Allah, yang Maha Agung* Al-Imam Al-Qurthubi menuliskan dalam kitab tafsir, Al-Jami’ li Ahkamil Quran bahwa Al-Imam At-Tirmizy mengatakan tentang adab membaca Al-Quran. Salah satunya adalah pada saat selesai membaca Al-Quran, dianjurkan untuk mengucapkan lafaz *shadaqallahul a’dzhim *atau lafadz lainnya yang semakna. Syaikh Athiyah Saqr, Mufti Mesir, ketika ditanya apa hukum membaca Shadaqallahul ‘Azhim. Beliau berkata: *“Kalimat Shadaqallahu Al ‘Azhim yang diucapkan oleh pembaca Alquran atau oleh pendengar setelah selesai membaca atau mendengar ayat-ayat Alquran, buka... more »

Hadith Dhaif

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 weeks ago
* Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif (lemah), dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif”. (139تدريب الراوي :ص ) HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF *Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’.* Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi,... more »

Solat Sunat Qabliyah Juma’at

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 weeks ago
* *Di dalam mazhab Syafie, SUNNAT mengerjakan solat sunat Qabliyah Jum'at (solat sunat sebelum solat Jum’at). *Waktunya ialah selepas masuk waktu zuhur dan sebelum solat Jum'at bermula. * صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان* * ذكر البيان بأن المصطفى صلى الله عليه وسلم كان يصلى الركعات التى وصفناها فى بيت لا المسجدأخبرنا أبو خليفة , قال : أخبرنا مسدد بن مُسَرْهَد , قال حدثنا اسماعيل قال أيوب , عن نافع قال**كان ابن عمر يطيل الصلاة قبل الجمعة ويصلى بعدها ركعتين فى بيته , ويحدِّثُ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفعل ذالك.* Dari Ibnu Umar Ra. Bahwasanya *dia sentiasa memanjangkan shal... more »

Sapu Muka Lepas Doa

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 weeks ago
* *Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu muka selepas berdoa adalah SUNAT.* *Di dalam kitab al-Azkar* karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata: “Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, *adab berdoa* itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan *menyapu keduanya ke muka pada akhir doa (setelah habis berdoa) *…” *Di dalam kitab Fathul Muin*, karangan Syaikh Zainuddin Ibni Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’iy, dituliskan: “Dan disunatkan waktu berdoa itu, mengangkatk... more »

Sapu Muka Lepas Solat

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 weeks ago
* Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat adalah digalakkan. Ada pandangan dalam mazhab Shafie turut menyatakan SUNAT menyapu di dahi dengan menggunakan tangan kanan selepas solat. “Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan),” (Riwayat al-Tabarani). Daripada Qa... more »

Tabarruk

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 month ago
* Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan sesuatu yang mulia. *Ulama Mazhab Syafie mengatakan hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).* Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada orang yang sakit di kalangan kami." Imam Khatib al-Baghdad... more »

Tawassul

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 month ago
* Apa itu tawassul ? Tawassul bukan meminta doa KEPADA SI MATI! Tawassul adalah berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah, dengan menyebut nama orang yang memiliki kemuliaan di sisi Allah dengan harapan bila menyebut nama orang tersebut dapat memudahkan terkabulnya doa. Inilah maksud tawassul. *Ulama Mazhab Syafie mengatakan hukum bertawassul adalah HARUS (DIBENARKAN).* *Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bonda Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw, dalam hadis itu disebutkan Rasullullah saw. berd... more »

Doa Selepas Azan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 month ago
* Nabi saw. bersabda, “Sesiapa setelah azan, mengatakan, ‘Allahumma rabbahaa zihid da’ wa tit tammah, wos solatil qo imah, Aati Muhammadanil wasilatawal fadhilah, wab ’as hu maqoo mam mahmu danil lazi wa ’ad tah', maka dia berhak untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat” (HR Bukhari no 614, dari Saad bin Abi Waqash ra.) *

Hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 month ago
* Di dalam Mazhab Syafi'e, hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika *wuduk* dan *mandi wajib* adalah *sunat muakkadah* (sunat yang dituntut). Dan lebih saya menyukai, bahawa orang yang berwuduk itu memulai, sesudah membasuh telapak tangannya, dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung tiga kali. Hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung ketika wuduk adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Dan lebih saya sukai bahawa tidak ditinggalkan yang dua itu. Dan kalau ditinggalkannya berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, nescaya tidak... more »

Istiqomah dan khusyuk

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 1 month ago
* Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan, *Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan) dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.* ** *

Ciri-ciri Fahaman Wahabi

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* - Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin. - Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy. - Membahagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wa sifat. - Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI). - Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat. - Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat. - Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid. - Menolak amalan baca yaasiin beramai-ramai pada malam jumaat di masjid. - Menolak amalan solat terawih 20 raka'at ... more »

Kurma Ajwah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Rasullullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang makan pada waktu pagi 7 biji kurma 'Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut." (HR. Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad) *

Hukum Baca Usolli

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Hukum menyebut usolli atau membaca lafaz niat sebelum solat adalah SUNAT di dalam Mazhab Syafie. Membaca lafaz niat di lidah boleh menolong memantapkan hati dan menolak was-was. Sunat bererti jika buat diberi pahala, maka eloklah kita yang bermazhab syafi`e melakukannya. Link pilihan : http://ahlussunah-wal-jamaah.blogspot.com/2011/08/membaca-usholli-sebelum-takbiratul.html http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-berlafaz-niat-sebelum-solat.html http://kullubidatin.blogspot.com/2011/12/dalil-membaca-ushalli.html http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/talaffuz-bi... more »

Kelebihan 10 Muharram

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika B... more »

Rezeki Tertahan Kerana Dosa

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). *

Syaitan Kencing Dalam Telinga

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad saw. bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245) *

Doa Awal Tahun

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Doa Akhir Tahun (3 x sebelum Maghrib) Doa Awal Tahun (3 x selepas Maghrib) Selamat Tahun Baru. Link pilihan: *Kelebihan Bulan Muharram * *Awal Muharram * *Doa Awal Akhir Tahun - Bida'ah Hasanah * *

Malam Mustajab Doa

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Disebut dalam "Lathaaiful Ma`aarif" karangan Imam al-Hafiz Zainuddin bin Rajab @ Ibnu Rajab al-Hanbali, halaman 196 sebagai berikut:- Dan telah berkata Imam asy-Syafi`i r.a.: Telah sampai kepada kami bahawasanya doa dimustajabkan pada 5 malam: malam Jumaat, malam hari raya 'aidil fitri, malam hari raya 'aidil adha, malam awal bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'baan. *

Aku Redha

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 2 months ago
* Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah seseorang Muslim yang berkata pada waktu pagi dan petang 3 kali: "Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad s.a.w. sebagai nabiku", melainkan menjadi hak bagi Allah meredhainya pada hari kiamat. (HR. Imam at-Tirmidzi) *

Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan *astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih,* akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim) Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : *astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih*, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bila... more »

Allah ada dimana ?

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). *Sumber: Al-Fiqh Al-Absat M/S 56-57 oleh Imam Salaf Abu Hanifah Rahimahullah (80H-150H).* Link Pilihan : Dilarang berkata Allah ada dimana-mana atau duduk di atas arasy Imam Abu Hanifah tolak akidah: Allah bersemayam/duduk/bertempat atas Arasy Di mana Allah ? Akidah Imam Syafi'e Akidah Imam Malik Akidah Imam Abu Hanifah Video - Allah ada tanpa tempat Debat ahlussunnah vs salafy wahabi, apakah Allah berada di langit Hadis Jariah Pembohongan atas nama Imam Ab... more »

Wahhabi

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Link pilihan: Ancaman Wahhabi - Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Fahaman Wahhabi Berbahaya Siapa sebenarnya Wahhabi Perbandingan Aqidah Wahabiyah Dan Aqidah Yahudi Kenali Wahhabi Yang Bertopengkan Al-Salafi Ciri-ciri Fahaman Wahhabi Ciri-ciri golongan Salafiyyah Wahhabiyyah Senarai Blog-blog Fahaman Wahhabi Pendakwah-pendakwah Wahhabi di Malaysia Tokoh Pendokong Wahhabi di Malaysia Berpegang Kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah Ahlus Sunnah Wal Jamaah *

Marah itu dari syaitan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud) Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan. Cuba lihat muka orang yang sedang marah, cantik atau hodoh ? Menakutkan tak ? Macam muka .... Orang yang selalu marah tidak menyedari bahawa syaitan telah menguasai dirinya... more »

Hukum Baca Talqin

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Di dalam mazhab Syafi'i, membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunat atau mustahab. Sumber: Hukum Membaca Talqin Dasar Hukum Talqin Hukum Membaca Talqin oleh Ibnu Taimiyyah Hukum Membaca Yasin dan tahlil secara berjamaah Adakah Bid'ah Hasanah ? *

Lihat Pun Ibadah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Daripada Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud) *

Lihat Pun Ibadah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Daripada Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud) *

Baca Yaasiin Malam Jumaat

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 3 months ago
* Imam as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:- Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya:- Rasulullah s.a.w. bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasiin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)". Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan bagi... more »

Sakit Jadi Ringan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Imam al-Muzani rahimahullah menceritakan bahawa pernah pada suatu ketika Sulthanul A-immah Muhammad bin Idris asy-Syafie RA sakit. Maka salah seorang daripada pembesar Mesir telah datang untuk ziarah beliau. Ketika bertemu dengan Imam asy-Syafie RA, pembesar berkata: "Wahai Abu Abdillah, sakit akan terasa ringan apabila ramai orang datang melawat." Lalu dijawab Imam as-Syafie RA dengan berkata: "Wahai saudaraku,* sakit akan terasa ringan jika kita ingat akan ganjaran pahalanya daripada Allah dan kita menyakini bahawa ianya adalah satu kaffarah bagi dosa - dosa kita*." Sumber: htt... more »

Seburuk-buruk Sifat

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Nabi saw. bersabda, "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150) *

Kelebihan Tanah Haram Makkah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Ibnu `Abbas RA berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, " Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?" Baginda menjawabnya dengan bersabda: "*Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebaji... more »

Sebutan HIM dan HEM

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Mari semak sebutan kita. HIM (sebutan nipis). HEM (sebutan tebal). Encik Ibrahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Encik IbraHEM. Encik Rahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Encik RaHEM. Bismillahir rahma nir rahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Bismillahir rahma nir raHIM. Di dalam surah al-Fatihah shiro tol lazi na 'an am ta 'alai HEM - SILAP. shiro tol lazi na 'an am ta 'alai HIM - BETUL. ghairil magh dhu bi 'alai HEM - SILAP. ghairil magh dhu bi 'alai HIM - BETUL. Di dalam tasyahhud / tahiyyat : kamaa sollai ta'ala ibraHEM - S... more »

Jari Telunjuk Masa Tahiyyat

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Sejak dahulu lagi, para ulama telah berbeza pendapat mengenai ketika/waktu mengangkat jari telunjuk dan samada digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat semasa solat. Pendapat-pendapat yang masyhur ialah: 1. Mengangkat jari telunjuk dari *awal* bacaan tasyahhud *tanpa*digerak-gerakkan. 2. Mengangkat jari telunjuk dari* awal* bacaan tasyahhud *serta*digerak-gerakkan. 3. Mengangkat jari telunjuk *ketika membaca kalimah syahadah*, di tengah bacaan tasyahhud* tanpa *digerak-gerakkan. Majoriti umat Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i ak... more »

Lebih Baik Dari Kerajaan Nabi Sulaiman

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 4 months ago
* Satu kisah yang diceritakan oleh Imam al-Qalyubi *rahimahullah *dalam karya beliau "*an-Nawaadir*" pada kisah yang ke-194 di halaman 174, bahawa satu ketika Nabi Sulaiman bin Daud *`alaihimas salam* lalu dengan tunggangannya di hadapan seorang penggembala kambing. Maka terluncurlah daripada mulut si penggembala akan kata-kata: "Raja Sulaiman telah dianugerahkan dengan kerajaan yang besar." Kata-kata si penggembala tadi dibawa angin ke telinga Nabi Sulaiman, maka turunlah baginda daripada tunggangannya lalu baginda datang kepada si penggembala itu. Baginda bersabda kepada si pengge... more »

Orang Yang Kaya

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Nabi saw. bersabda: 4 perkara jika kamu pelihara sebaiknya maka kamu adalah orang yang kaya walaupun banyak kemegahan dunia tidak kamu miliki iaitu : 1. memelihara amanah, 2. berkata jujur, 3. baik akhlak, 4. dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap. (HR Ahmad dan Tabrani) Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta, tetapi kaya adalah kaya jiwa (hati)." (HR Muslim) Wallahu a'lam. Link pilihan: Orang Yang Berjaya *

Trajedi Mesir

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Sungguh sedih dan mendukacitakan .. Allah berfirman, “Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannnya ialah Neraka Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakan azab yang pedih baginya.” (An-Nisaa’: 93) Link pilihan: *Kelebihan Mati Syahid * *

Selamat Hari Raya

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Tazkirah Hari Raya. Mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah. Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata: كَانَ أَصْحَابُ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إِذَا الْتَقُوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضَهُمْ لِبَعْضٍ:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ “Para sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fath... more »

Khuatir Amalan Tidak Diterima

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* *Firman Allah, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.” (Al Mu’minun: 60)* Para ulama salaf terdahulu sangat bersemangat untuk menyempurnakan amalan mereka, kemudian mereka berharap agar amalan tersebut diterima oleh Allah dan sangat khuatir jika tertolak. Ibnu Diinar mengatakan, “Tidak diterimanya amalan, lebih ku khuatirkan daripada banyak beramal.” Abdul Aziz bin Abi Rawwad berkata, “Saya menemukan para salaf begitu semangat untuk melakukan amalan solih. Apabila telah melakukannya, mereka merasa khuatir apakah amalan mereka di... more »

Cara Hadapi Godaan Nafsu Dan Syaitan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum dia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus dia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan. Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari mem... more »

Iktikaf

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Daripada Aisyah R.A (Isteri Rasulullah SAW) bahawa Nabi SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq 'Alaih). Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata : Adalah Nabi SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari terakhir. Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sahih Bukhari) Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunnah yang diamalkan secara berkekalan oleh Nabi SAW dan par... more »

Jom pergi masjid

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 5 months ago
* Nabi saw. bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Daud) Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka sat langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mau pun pulang.” (HR. Ahmad) Nabi saw. bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya, maka setiap langkahnya menghapus ... more »

Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya ?

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia. Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar... more »

Bolehkah solat sunat lagi setelah witir ?

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Dianjurkan untuk menjadikan solat witir sebagai penutup solat malam. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akhiri solat kalian pada malam hari dengan solat witir.” (HR. Bukhari 998 dan Muslim 749). Namun beberapa ulama mengatakan bahwa hadis di atas *tidak melarang untuk solat sunat lain setelah solat witir. * Ibnu Hazm mengatakan,“Witir dilakukan di akhir malam, lebih afdhal, dan jika dilakukan di awal malam, itu baik.* Boleh solat lain setelah witir dan tidak boleh mengulangi witir dua kali.*” (Al-Muhalla, 2... more »

Solat Fajar

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* *Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh* dikenali sebagai *Solat Fajar* atau *Solat Qabliyah Subuh* atau *Solat Sunat Subuh*. Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebi baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim) Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. ... more »

Solat Fajar

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* *Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh* dikenali sebagai *Solat Fajar* atau *Solat Qabliyah Subuh* atau *Solat Sunat Subuh*. Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebi baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim) Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah SAW menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. ... more »

Mazhab

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Link pilihan: Pengertian Mazhab Penjelasan Imam al-Nawawi mengenai kepentingan bermazhab Adakah wajib berpegang dengan mazhab dan bolehkah kita berpindah-pindah mazhab Bahaya Anti Mazhab Peringatan Kepada Golongan Yang Menyeru Untuk Tidak Bermazhab Orang yang keluar daripada mazhab yang empat ialah bid`ah yang sesat Sawad Al A'zhom (Ahlu Sunnah Wal Jama'ah) dan Mazhab Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya? Kenali Ahlus Sunnah Wal Jamaah *

Hukum meninggalkan puasa Ramadhan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Sesiapa tidak berpuasa Ramadhan tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan, *dia adalah fasiq dan berdosa besar.* Dia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan bukan kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun dia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Oleh itu, *qadha itu wajib diirin... more »

Niat Puasa Ramadan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Niat adalah salah satu rukun puasa. Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH. Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut. Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh menggunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab. *Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pad... more »

Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* *Bersabda Nabi Muhammad SAW, ''Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, satu masuk syurga dan yang lainnya masuk neraka''. Sahabat bertanya, ''Siapakah firqah itu Ya Rasulullah ?'' Nabi saw. menjawab, ''Ahlus sunnah wal jama'ah''. (HR. Imam Thabrani)* Link pilihan: Pengertian - Ahli Sunnah Wal Jama'ah Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi Ahlus sunnah wal jama’ah - golongan yang selamat 'Asya'irah Pelopor Ahli Sunnah Wal Jama'ah Ahlus sunnah wal jama'ah adalah kaum Asy’ariyyah dan Maturidiyyah Berpegang kepada A... more »

Kenduri Arwah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Fatwa Majlis Islam Johor, Fatwa Majlis Islam Brunei, Fatwa Majlis Agama Islam Fathoni menyatakan *HARUS* melakukan kenduri arwah di rumah orang yang meninggal dunia. Link pilihan: http://almalakawi.wordpress.com/2009/07/25/harus-buat-kenduri-arwah-dengan-menentukan-masa http://mindatantawi.blogspot.com/2012/07/dalil-dalil-amalan-tahlil-kenduri-arwah.html http://bahrusshofa.blogspot.com/2008/06/kenduri-arwah-syaikh-ahmad-khatib.html https://pondokhabib.wordpress.com/2011/10/20/hukum-tahlilan-kenduri-arwah-menurut-madzhab-imam-syafii Menjawab Fitnah Wahabi *

Hadiah Pahala Bacaan Al-Quran

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Para ulama berbeza pendapat dalam hal menghadiahkan pahala membaca Al-Quran untuk orang yang sudah meninggal dunia. Adakah dibolehkan menghadiahkan pahala, sampakah pahala kepada si mati dan adakah bermanfaat baginya ? Secara umum ada dua pendapat yang berbeza : Pendapat pertama: Tidak boleh menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada orang sudah mati kerana ini merupakan suatu yang tidak bermanfaat sama sekali bagi si mati dan pahalanya tidak sampai kepadanya. Pendapat kedua: Dibolehkan menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada orang yang sudah mati dan pahala itu sampai dan ... more »

Bid'ah Hasanah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Link pilihan: Pengertian Bid'ah Hakikat Bid'ah Hasanah Di bahagian mana Imam Asy Syafie mengucapkan pembahagian bid'ah ? Kullu Bid`atin - Ust. Luthfi Segera Menyedari Kesalahan Dalam Memahami Bid’ah Contoh-contoh bid'ah yang diamalkan para sahabat Bid'ah bukan hukum - Video Bid'ah Hasanah Dan Bid'ah Dholalah - Video *

Ingat ALLAH

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 6 months ago
* Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari) *

Balas Kejahatan Dengan Kebaikan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 7 months ago
* Rasulullah saw. bersabda, “Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (HR. Tirmidzi) Balas keburukan dengan kebaikan ..

Asmaul husna

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 7 months ago
* "Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." (Surah Tho Haa: 8) Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". (Surah Al Israa': 110) *

Dilarang pakai cincin di jari telunjuk dan tengah.

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 7 months ago
* Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim] Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah *untuk LELAKI sahaja*. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk mema... more »

Sifat Ahli Neraka

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 7 months ago
* Sabda Nabi SAW.: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) *ahli neraka*? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, *'utul* (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), *jawwaz *(berlagak/ego/keras hati) dan *mustakbir* (sombong/bongkak/angkuh). (HR. Bukhari dan Muslim) *

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 7 months ago
* 1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua. 3. Kaya sebelum miskin. 4. Lapang sebelum sempit. 5. Hidup sebelum mati. *

Penyesalan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 8 months ago
* Firman Allah swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab 66) Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar?". (Al-Furqaan 27) Kesudahan bagi golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) "supa... more »

Doa Bulan Rejab

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 8 months ago
* KLIK -> *Kelebihan Bulan Rejab* *

Doa Nabi Ibrahim

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 8 months ago
* Surah Ibrahim ayat 40. *

Isbal

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 8 months ago
* Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa baginda berkata, "Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi ke dua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (HR Bukhari) Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (HR Ibnu Majah) Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan... more »

Solat Gerhana

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 8 months ago
* Gerhana bulan separa dijangka akan berlaku pada malam ini dan dapat dilihat di Malaysia mulai jam 2 pagi 26 April 2013. Firman Allah, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37) Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuas... more »

Telaga Nabi Muhammad SAW.

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 9 months ago
* Allah Ta’ala menyediakan sebuah telaga khas kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terletak di padang Mahsyar pada hari kebangkitan semula nanti. Ada perbezaan pendapat di antara para ulama tentang bila dan di mana manusia akan mendatangi telaga Nabi SAW. itu. Imam Al Ghazali dan Al Qurthubi berpendapat telaga itu berada di padang Mahsyar sebelum menyeberangi sirat. Manakala Imam Bukhari rahimahullah berpendapat telaga Nabi SAW. itu berada selepas melintasi sirat. Wallahu a’lam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai a... more »

Tasbih Fatimah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 9 months ago
* Ali bin Abi Talib ra. menceritakan bahawa Fatimah ra. (isterinya, juga puteri Rasulullah) sering merasa sakit tangan dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Fatimah datang menemui Rasulullah saw. *untuk meminta seorang pembantu*. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah saw. tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan Fatimah. Ali ra. berkata, Rasulullah saw. telah datang k... more »

Kafir Mengkafir

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 9 months ago
* Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (HR Bukhari dan Muslim). *

Belas Kasihan Sifat Mulia

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 9 months ago
* Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan. Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda, "Orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu." (HR. Abu Dawud & Tirmidzi) Nabi SAW bersabda, "Sesiapa tidak belas kasihan kepada manusia, maka Allah Ta‘ala tidak belas kasihan kepada dia". (HR. Muslim) *

Lemah Lembut Sifat Mulia

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah. Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat* lemah lembut*, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim) Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat* lemah lembut* itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat* lemah lembut*, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (... more »

Jangan Mendahului Imam

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar(keldai) atau rupanya menjadi rupa himar ?" (HR. Muslim) *

Ulama Akhir Zaman

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Dari Anas r.a dia berkata, bersabda Rasulullah saw., “Akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasik.” (HR. Ibnu Hibban) Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" didefinisikan : orang Islam yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama. Fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna orang yang mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. *

Berdamailah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap muslim atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR. Muslim) Dalam hadits Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda: “Tidak halal darah orang muslim yang bersaksi Laa ilaaha illallaah dan bahwa aku Rasulullah, kecuali dengan sebab salah satu dari tiga hal: Tsayyib (orang yang sudah pernah menikah yang berzina, jiwa dengan jiwa (qisas) dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad) lagi memisahkan diri dari jama’ah”. (Muttafaq‘alaih) Allah Ta’ala berfirman: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin d... more »

Bismillahir rahma nir rahim

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Sabda Nabi saw, “Setiap urusan yang tidak diawali dengan Bismillahirrahmanirrahim, maka cacat (terputus dari rahmat Allah).” (HR. Ahmad) *

Hukum Solat Berjamaah

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Hukum solat fardu secara berjamaah: Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid. Ulama mazhab Syafi’i berselisih pendapat dalam masalah mendirikan solat berjamaah di selain masjid, apakah menggugurkan fardu kifayahnya atau tidak? Mereka berbeda pendapat ke dalam dua pendapat: Pertama, tidak cukup mendirikannya di selain masjid untuk menegakkan perbuatan yang fardu. Kedua, cukup jika tempatnya ramai, seperti solat berjamaah di pasar misalnya. Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain bagi lelaki yang tidak ... more »

Bohong Yang Dibenarkan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 10 months ago
* Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim) Dusta dibenarkan pada 3 keadaan : 1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai. 2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan. 3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk me... more »

Jangan Biasakan Bohong Dusta

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 11 months ago
* Firman Allah, ".. dan jauhilah perkataan yang dusta" (Al-Hajj: 30) Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA, Rasulullah SAW bersabda, "Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (HR Tirmidzi) Rasulullah saw. bersabda, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan ... more »

Doa Dimudahkan Urusan

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 11 months ago
* Rob banaa aatinaa mil ladungka rahmatau wa hai yik lana min amrinaa ra shadaa *

Kelebihan sampai masjid awal hari Jumaat

Lenggang Kangkung at TAZKIRAH - 11 months ago
* Rasulullah saw. bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut turutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang hadir ke masjid paling awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor sapi, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor kambing, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor ayam, kemudian dari itu seperti memberikan sedekah sebi... more »
Sumber:
Join Blog Dashboard. 
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: