Sabtu, 25 Januari 2014

3240. Perkara yang diutarakan blog Detik Islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Kisah Abu Hurairah dan Ayat Kursi

Detik Islam at Detik Islam - 9 hours ago
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat ... more »

Ketika Berada Di Syurga, Para Penghuninya Bernostalgia Kehidupan Dunia

Detik Islam at Detik Islam - 20 hours ago
Allahu Ta’ala berfirman. فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَقَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ *"Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap cakap. Berkatalah salah seorang di antara mereka, " Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman ... " (As- Shaffat 50-51)* *"Dan sebahagian mereka menghadap sebahagian yang lain, saling tanya menanya. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut akan di azab. Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara ... more »

Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

Detik Islam at Detik Islam - 1 day ago
Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu." Orang Ansar itu pun telah membawa or... more »

Zaman Khilafah Utsmaniah Setiap Pintu Rumah Ada Dua Pengetuk

Detik Islam at Detik Islam - 2 days ago
[image: pasar islam 490x326 Dua Pengetuk Rumah di Masa Dinasti Ustmani] Ketika era Kerajaan Khilafah Utsmaniah, setiap pintu rumah disediakan dua pengetuk, salah satunya kecil dan yang lain besar. Ketika pintu diketuk oleh pengetuk kecil, maka dapat diketahui yang mengetuk iyu adalah seorang perempuan, maka yang keluar untuk membuka pintu adalah si Isteri pemilik rumah. Sedangkan ketika pintu diketuk oleh pengetuk besar, maka dapat diketahui yang mengetuk adalah seorang lelaki, maka suamilah yang berhak untuk membuka pintu. Ketika pemilik rumah sakit, maka diletakkan di depan rum... more »

Tangisan Rasulullah SAW Menyebabkan Para Malaikat Lupa Bertasbih

Detik Islam at Detik Islam - 3 days ago
Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !" Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah en... more »

Tukang Sikat Rambut Anak Firaun

Detik Islam at Detik Islam - 4 days ago
Di zaman dahulu, Firaun, Raja Mesir ada mempunyai pekerja yang bekerja untuk menyikat rambut anak-anak perempuannya. Pada suatu hari dengan kehendak Allah, terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah sehingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat anak perempuan Firaun, ditakdirkan jatuhlah sikat itu daripada tangannya. Lantas secara spontan, terkeluarlah perkataan, 'Dengan nama Allah celakalah Firaun' dari mulutnya. Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu, lalu berkatalah dia kepada Masitah, "Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?" Masitah m... more »

Kisah Keberkatan Disebalik Bacaan Bismillah

Detik Islam at Detik Islam - 5 days ago
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah ke... more »

Kisah Nafsu Yang Degil

Detik Islam at Detik Islam - 6 days ago
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan... more »

Malaikat Maut dengan Seorang Raja

Detik Islam at Detik Islam - 6 days ago
Wahab bin Munabbih telah menceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali” Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong. Kem... more »

Kisah Auj bin Unuq Dibinasakan Oleh Burung Hud Hud

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya. Apabil... more »

Tangan Dipotong Kerana Memberi Sedekah

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidu... more »

Napoleon Bonaparte Akhirnya Masuk Islam?

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Benarkah Napoleon Bonaparte, jeneral perang Perancis ini masuk Islam? Kenapa tidak? Berpuluh puluh tahun Napoleon pernah berada di Mesir dan sering berinteraksi dengan masyarakat dan dunia Islam. Dalam pencarian agamanya, kemungkinan Napoleon mempelajari dan tertarik pada Islam seperti yang dialami pada berjuta-juta mualaf lain hingga hari ini. sumber dari google Bagi pembaca sejarah, nama Napoleon mungkin sudah tidak asing lagi. Tahukah anda bahawa ada khabar menarik yang menyebutkan musuh ketat Inggeris pada zaman itu adalah seorang Muslim. Tapi ingat, khabar ini bukannya tanpa kon... more »

Peristiwa Ajaib yang Mengiringi Kelahiran Rasulullah

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Kelahiran Muhammad shallallahu ' alaihi wa sallam merupakan anugerah besar. 40 tahun kemudian, Baginda diutus menjadi Rasulullah yang bukan hanya menyelamatkan Semenanjung Arab dari kejahiliyahan, tetapi juga menerangi seluruh dunia dengan Dinul Islam. Tanda-tanda bahawa beliau adalah pilihan Allah telah kelihatan sejak Baginda lahir. Sekurang-kurangnya, ada 5 peristiwa ajaib yang mengiringi kelahiran Baginda Rasulullah SAW: *1 . Kemusnahan Pasukan Bergajah* Tahun kelahiran Rasulullah dikenali sebagai Tahun Gajah. Sebab, 50 hari menjelang Baginda dilahirkan berlaku persitiwa ajaib. ... more »

Unta Menjadi Hakim Kes Tuduhan Mencuri

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan da... more »

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Diriwayatkan bahawa seorang penjual daging terpesona dengan seorang jirannya. Suatu ketika, gadis itu ditugaskan untuk menyelesaikan urusan keluarganya di mukim yang lain. Si penjual daging mengekorinya dari belakang sehingga berjaya menemui gadis tersebut. Si tukang penjual daging memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati peluang yang jarang berlak dan indah itu (maksiat). Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Walaupun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah." Mendengar jawapan itu, si penjual daging merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya geme... more »

Kain Kafan Daripada Rasulullah S.A.W

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Dia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nabi keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, *"Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,"* ujarnya. *"Baiklah,"* jawab Nabi S.A.W ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis, Rasul... more »

Soalan Yahudi Tentang Solat

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Seorang yahudi bertanya "Katakanlah kepada kami apakah pahala yanag akan didapati oleh orang yang solat" Rasulullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat" Sabda Rasulullah s.a.w lagi.. "Manakala Solat Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir" Setelah itu rasulull... more »

Kisah Malaikat Maut Menyamar

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu". Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung koson... more »

Pengalaman Seorang Jurumandi Mayat

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya. Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan bebe... more »

Allah SWT Menolak 1 Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua p... more »

Iblis Bertanya Allah Menjawab

Detik Islam at Detik Islam - 1 week ago
Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." *Firman Allah:* "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" *Firman Allah:* "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat." Iblis bertanya: "Wah... more »

Kisah Seekor Ulat dengan Nabi Daud

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu ... more »

Wanita yang Rasulullah SAW Gambarkan Berkepala Babi dan Badan Keldai

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
WANITA AHLI NERAKA DAN CIRI-CIRINYA. Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda: 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. 2. Wani... more »

Biodata Iblis, Anda Patut Tahu

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH. Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka jahanam Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Moda... more »

Betapa Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Mas... more »

Batu-Batu Yang Aneh

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Dalam sebuah hadith menceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. Bahkan wukuf di Arafah disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seseorang itu berwukuf di Padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah SAW : "Alhajju Arafat" (Haji itu di Arafah). Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa d... more »

Cerita Panas Dari Brunei

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
*LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN* *ATAU SEBALIKNYA 198* (1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki ... more »

Anjing-Anjing Neraka

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : * Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. * Bacalah Al-Qur'an * tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. * Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. * Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. * Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. * Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu... more »

Hari Bangkitnya Nabi Isa

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Perbahasan tentang bila turunnya Nabi Isa kembali ke bumi menjadi bahan perbincangan di antara para agamawan. Nabi Muhammad Saw sudah meramalkan akan kebangkitan Nabi Isa tersebut di dalam banyak hadis. Dr Muhammad Nu'aim Yasin berkata di antara tanda-tanda kiamat besar (kubra) adalah munculnya sosok makhluk yang oleh Rasulullah dinamakan Dajjal. Disebut Dajjal kerana terlalu banyak menipu dan mendusta, mengaku diri sebagai Tuhan, berupaya untuk melepaskan manusia dari agamanya melalui pelbagai cara yang luar biasa dan hal-hal yang menakjubkan dengan izin Allah. Akibatnya, sebahag... more »

Hari yang Panjang di Masa Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 2 weeks ago
Dari beberapa hadis dapat di jelaskan bahawa dalam masa kehidupan dajjal nantinya ada tiga hari yang panjang seperti hadis berikut ini. *"Kami bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab Rasul: ' Tidak, ... more »

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga. 2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. 3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. *Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:* 1.Baca sura... more »

Runtuhnya Kaabah di Akhir Zaman

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ' anhu bahawa Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah." Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra, bahawa Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda: "Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurk... more »

Rahsia Disebalik Malaikat Mikail Tidak Pernah Ketawa

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
[image: https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/154820_430337710375885_1198092021_n.jpg] Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?"Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka" ***Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Benteng Yahudi Sudah Disebut Didalam Al-Quran

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
[image: http://www.quran-m.com/userfiles/image/history/54556546.jpg] [image: http://www.quran-m.com/userfiles/image/history/gft.jpg] [image: A013] (Kerana) sesungguhnya kamu – dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya). (Al-Hasy-r 59:13) Of a truth ye are stronger (than they) because of the terror in their hearts, (sent) by Allah. This is because they are men devoid of understanding. [image: A014] (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu ... more »

Topi Tahun Baru Sanbenito (bentuk kon) dan Murtadnya Orang Islam Andalusia

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu. Topi Sanbenito Dalam kajian Kristologi yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela (keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan satu syarat, yakni keluar dari Islam. Maka untuk membezakan yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah dengan mengenal pasti seseorang muslim... more »

Tujuh Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan Suami

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. *Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)* Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan ber... more »

Kumbang Memusnahkan Ratusan Hektar Kebun Kurma Yahudi

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
Kumbang merah merupakan serangga perosak yang paling serius menyerang pokok-pokok kurma di Israel. Sejak serangga perosak ini muncul pada tahun 1999 di Beit She’an menyebabkan kemusnahan beratus-ratus pokok kurma dan memusnahkan beratus-ratus hektar kebun dan tanaman hiasan di kawasan penempatan mereka. Pegawai Israel mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Tel Aviv pada minggu terakhir bulan November tahun lepas untuk membincangkan kerosakan akibat kumbang sawit merah dan mencari jalan alternatif untuk menghapuskan mereka. Kumbang ini pernah menyebabkan kemusnahan awal ... more »

Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
[image: rouhani Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi] Presiden Iran, Hassan Rouhani menghantar mesej ucapan Selamat Hari Natal kepada pemimpin Vatican, Pope Francis (Pope Francis). Mesej itu disampaikan Rouhani via akaun Twitter nya, @ HassanRouhani ke akaun Twitter Paus Francis, @ Pontifex. "Salam kepada @ Pontifex pada hari ulang tahun Kristus, Nabi cinta, kasih dan persahabatan. Semoga untuk tahun baru nanti penuh kedamaian dan kemakmuran, " bunyi tweet Rouhani, seperti dilaporkan Mirror. Tentu ucapannya ini semakin mendekatkan blok antara Iran dan Barat. Pa... more »

ABDUL RAHMAN BIN AUF ra. - Saudagar Islam Yang Berjaya Di Dunia Dan Akhirat

Detik Islam at Detik Islam - 3 weeks ago
Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memelu... more »

Imam Abu Hanifah Dan Terompah Kayu

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “ Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?” Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang San... more »

Semasa Pemerintahan Mursi, Seluruh Masjid di Mesir Secara Rasmi Melarang Syiah

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Menteri Agama Mesir Dr. Thal'at Afifi mengeluarkan kenyataan tegas bahawa seluruh masjid di Mesir secara rasmi melarang Syiah. Ini kerana Syiah dianggap mengajarkan prinsip-prinsip yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pihaknya secara praktikal telah mengadakan beberapa latihan bagi para ulama dan imam untuk menghadapi arus pemikiran Syiah ini. Dr Afifi juga menjelaskan, pihaknya telah menyusun panduan-panduan soal pelantikan imam baru, agar tidak ada pengaruh luar terhadap seseorang atau perantara atau jual beli dalam proses penetapannya. Keputusan kementerian agama Me... more »

Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X. 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Seki... more »

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' ( ithmi'naan ). Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini. Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal se... more »

9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya: *Pertama.* Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud: *“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi... more »

Kopi Cappuccino Adalah Simbol Kemenangan Eropah Terhadap Khilafah Turki Utsmaniah

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya. Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi. Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini... more »

Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
*" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masji ) dan alat bersuci , " ( HR.Muslim (1) )* Jika kita mengambil segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu. Seorang Doktor dari Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau ...more »

Surah Al-Fatihah Dan Keajaiban Angka Tujuh

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Apa rahsia yang ada diseebalik penamaan surah al-Fatihah? dengan nama as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)? Pembahasan berikut ini akan menjelaskan kepada anda sebahagian di antara keajaiban angka tujuh yang terdapat dalam surat al-Fatihah. Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, *"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)* Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam pernah bersabda, *"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) ad... more »

Perang Teluk 1991: Lebih 3000 Tentera Amerika Masuk Islam Di Tangan Pemain Gitar

Detik Islam at Detik Islam - 4 weeks ago
Jika pada tahun 1970 an, anda hanya mengenali Jimmy Hendrix, Brian May, atau Robert Plan dalam dunia muzik rock sebagai pemain gitar yang hebat atau mungkin ketika itu anda tengah belajar gitar, Bilal Philips juga seorang pemain gitar yang hebat. Semasa menjadi mahasiswa di Universiti Simon Frasier, Vancouver di Kanada, Philips bermain gitar untuk persembahan muzik di kelab-kelab malam. Pernah tinggal di Malaysia dan membuat persembahan di pentas-pentas. [image: bilal philips 490x326 Di Perang Teluk 1991, Mualaf Mantan Dewa Gitar Islamkan Tiga Ribu Tentara Amerika]Bilal Philips Tap... more »

10 Jenis Tangisan

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
*Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangisan:* · Menangis kerana terlalu sedih. · Menangis kerana terasa hina dan lemah · Menangis untuk mendapat belas kasihan orang · Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis · Menangis orang munafik – pura-pura menangis · Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati · Menangis kerana rasa takut · Menangis kerana cinta · Menangis kerana gembira · Menangis kerana menghadapi penderitaan. “..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan se... more »

Subhanallah, Manfaat Hirup Udara Waktu Subuh

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Dr. Abdul Hamid Dayyat , dari Universiti Kaherah Mesir menjelaskan manfaat kesihatan yang diperolehi seseorang dari aktiviti pada waktu Subuh (fajar) dan mandi pada waktu subuh di antaranya adalah gas O3 (ozon). Pada waktu fajar kandungan gas O3 sangat banyak kemudian berkurang sedikit demi sedikit sehingga habis ketika matahari terbenam pada petang hari. Gas O3 mempunyai pengaruh yang positif pada urat saraf, mengaktifkan kerja otak dan tulang. Ketika seseorang menghirup udara pada waktu subuh akan merasakan kenikmatan dan kesegaran tiada tara. Ozon yang terdiri daripada tiga mol... more »

Dari Gereja Dijadikan Masjid

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia adalah sebuah gereja Kristian Timur yang dibina oleh Constantius, putera Kaisar Constantine Agung. Gereja ini kerap rosak dilanda gempa. Walaupun bangunannya dibina berbentuk kubah tahan gempa, tapi tetap runtuh. Pada tahun 7 Mei 558 M, semasa Kaisar Justinianus, kubah sebelah timur runtuh akibat gempa. Pada 26 Oktober 986, semasa pemerintahan Kaisar Basil II (± 958-1025), sekali lagi masjid ini dilanda gempa. Dari Gereja Byzantium dijadikan Masjid kemudian dijadikan Muzeum semasa pemerintahan sekular Kamal Ataturk Ketika Konstantinopel jatuh ke t... more »

Wanita Tetap Miskin Walaupun Dunia di Tangannya

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Aidh Al Qarny Seandainya seorang wanita mempunyai seluruh dunia, mendapatkan seluruh ijazah di dunia ini dan meraih seluruh bintang kehormatan, namun dia tidak mempunyai suami, maka dia adalah tetap seorang yang miskin - *Aidh Al Qarny*

Akhir Zaman: Salji komponen Utama Dalam Pembentukan Sungai dan Tanaman

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Beberapa hari kebelakangan ini, salji turun di Semenanjung Arab selepas dilanda Ribut Alexa. Imam Masjid Haram Syeikh Su'ud Syuraim berkata, terbukti bahawa Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah. Syeikh Syuraim menambah, salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salji di Semenanjung Arab membuktikan kebenaran dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam sebuah hadis, Nabi berkata, "Hari Penghakiman baru akan tiba selepas negara Arab kembali ke ladang hijau dan sungai." Sye... more »

Koyak Al-Quran Ketika Perlawanan Bola Sepak Antara Middlesbrough Dengan Birmingham City

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Dua peminat kelab bola sepak Middlesbrough telah ditangkap kerana tuduhan mengoyak Al-Quran semasa pertandingan bola sepak antara Birmingham City dengan Middlesbrough. Hasil siasatan polis mendapati ia dilakukan disebabkan kebencian. "Kami mengesahkan bahawa dua orang telah ditangkap dari menghadiri pertandingan, " kata jurucakap FC Middlesbrough dalam sebuah pernyataan yang dikutip oleh Birmingham Mail pada hari Ahad, 15 Disember. Siasatan tersebut melibatkan polis dan pengurusan Middlesbrough Football Club keatas tuduhan adanya peminat Middlesbrough yang terlibat dalam kejahatan ... more »

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka. Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit. Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan... more »

Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata : [image: King Faisal 1 of Iraq, 1921-1933.]Raja Faisal *" Wahai raja ! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air. "* Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya aka tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mi... more »

Maksiat Akan Melahirkan Maksiat Yang Lain

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Maksiat itu akan melahirkan maksiat yang lain. Jika maksiat sering dikerjakan, maka akan terjadi pengumpulan maksiat. Pelaku maksiat melihat tubuhnya segar bugar, hartanya banyak dan tidak ada masalah dengan keluarganya. Dia berfikir dirinya tidak dihukum Allah, padahal mereka tidak memahami kalau dia sedang dihukum adalah merupakan hukuman. Ya, sesuatu yang manis baginya berubah menjadi pahit, lalu yang ada adalah pahitnya penyesalan, kesedihan pada akhirnya . Ibnu Al Qayyim Rahimahullah merumuskan kesan maksiat dalam kitabnya Faraid, diantara kesan maksiat ialah : *pelakunya tid... more »

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.” اتق الله حيثما كنت “4- Takutlah kepada Allah SWT walau dimana kamu berada.” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.” خالقِ الناس بخلق حسن “6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.” اتق المحارم ... more »

Banjir Besar di Gaza

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
Genting Gaza dilanda angin kencang dan hujan lebat pada hari Jumaat semalam (13/12/2013) sehingga menyebabkan banjir yang mencapai tahap berbahaya di kawasan tersebut. Banjir juga telah memaksa ribuan penduduk Gaza meninggalkan rumah mereka di tengah gangguan kuasa dan kekurangan bahan bakar. Banjir semalam merupakan yang paling teruk di Gaza utara, di mana ketinggian air mencapai 40-50 cm di beberapa bahagian sehingga memaksa penduduk meninggalkan rumah untuk berpindah dengan menggunakan perahu. Kerajaan Hamas di Gaza dalam satu kenyataan pada hari Jumaat semalam menyatakan bahawa... more »

Bintang Berekor: 1400 Tahun Lalu Al-Quran Sudah Menjelaskannya

Detik Islam at Detik Islam - 5 weeks ago
*“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?” (QS. Al-Mulk: 16-18).* Dalam susunan tata suria, bumi tidaklah bekerja sendiri. Begitu juga dengan susunan planet lain. Ia tidak mungkin melanggar satu sama lain. Jika berlaku pertembungan sebuah benda langit, maka hal itu d... more »

Angkatan Udara Khalifah Uthmaniah

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Hanya enam tahun seepas kejayaan penerbangan pertama enjin dari Wright bersaudara di Ohio, Khilafah Uthmaniyyah menjadi salah sebuah negara pertama di dunia yang memulakan program penerbangan tentera. Melihat umat Islam dengan cepat menerima pakai teknologi ini untuk mendapatkan teknologi bagi melindungi negara Islam dan pengembangannya, sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi sendiri. [image: pilot turki usmani 490x326 Angkatan Udara Khalifah Ustmani] Dalam karyanya, At-Tabari melaporkan bahawa Nabi telah menghantar dua sahabatnya, ' Urwah Ibnu Mas'ud dan Ghitan bin Salmah ke bandar Jara... more »

Di Akhir Zaman, Hindari Pekerjaan-Pekerjaan Ini

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam telah memperingatkan umatnya untuk berwaspada dengan pekerjaan-pekerjaan yang haram ini. Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam menyebutkan salah satu tanda rosaknya akhlak umat manusia dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap cara mencari harta kekayaan. Di antara mata pencarian yang dilarang adalah: *a*. Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti perdukunan, paranormal, peramal nasib, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya. *b*. Pekerjaan yang berupa ciri-ciri menuju kesyirikan, seperti menjadi membuat patung, meluk... more »

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban?

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Ada yang tidak dapat difikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi kita melibatkan hampir semua perintah Rasulullah yang menyangkut ilmu pengerahuan. Contohnya larangan seorang Muslim tidak boleh minum sambil berdiri. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helaian rambut yang sudah memutih atau dipanggil uban. Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, *"Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai sua... more »

Akhir Zaman: Masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat - NASA

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Orang tua kini ramai yang mengatakan bahawa waktu terasa berjalan semakin cepat. Dulu, kata mereka masa tidak secepat sekarang. Benarkah waktu semakin cepat? Atau hanya perasaan manusia sahaja hidup di dunia ini, sehingga tidak merasakan perjalanan waktu yang sebenarnya yang berterusan? Tapi boleh jadi perasaan masa semakin cepat. Kata saintis NASA, masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat pecahan ribu saat. Tepatnya 1.26 milisaat Namun jauh sebelum itu Rasulullah pernah bersabda : *" Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali kejadian berikut ini terjadi. Masa akan semakin singka... more »

Sifat api neraka dan ahlinya

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam." Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sed... more »

Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,”Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” ” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula ku... more »

9 Keadaan seorang ibu akan menitis air mata

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
*AIR MATA IBU TERHADAP ANAK* •ketika hendak bersalin •ketika selamat bersalin •ketika anak sakit •ketika anak kelaparan •ketika anak kesusahan •ketika anak derita •ketika anak berjaya •ketika anak meninggal dunua •di dalam setiap doanya [image: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1475770_533935843369000_1989008887_n.jpg] *AIR MATA ANAK TERHADAP IBU* •ketika ibu meninggal dunia *Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Al-Quran Menjelaskan Haramnya Daging Babi

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
*"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, " ( QS Al - Baqarah 2:173 )* *Penjelasan Ayat* Jika kita perhatikan ayat di atas , kita temui larangan untuk memakan daging babi sebagaimana juga larangan memakan bangkai, darah dan ( daging ) yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Sementara Dia membolehkan memakannya ketika dalam keadaan darurat saja. Pasti larangan ini mempunyai hikmah dan apa pendapat ulama tentang hal tersebut ? *Fakta Ilmiah* Menurut ulama dan ilmuwan, daging babi dapat melemahkan daya tahan tubuh dan terdedah kepada peny... more »

Doa seorang pemuda “YA ALLAH! MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT”

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
PADA ZAMAN SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah, yang maksudnya: “YA ALLAH! MASUKKANLAH AKU DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT”... Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah... Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut... Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “KENAPAKAH ENGKAU BERDOA SEDEMIKIAN RUPA (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), APAKAH TIADA PERMINTAAN LAIN yang boleh engkau mohon kepada Allah?”... Pem... more »

Syaitan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu: 1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah). 3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa di... more »

Orang Yang Disukai Oleh Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
*Diriwayatkan oleh An - Nawwas ibn Sam'an : " Dia , yang hidup dan melihatnya ( Dajjal ) harus membacakan di depannya ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi , " ( HR Muslim ).* *Diriwayatkan oleh Abu Umamah al - Bahili : " Barangsiapa memasuki nerakanya ( Dajjal ), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi sejuk terhadap Ibrahim , " ( HR Ibnu Katsir ).* [image: illuminati jayz3 Orang Yang Disukai Oleh Dajjal] *Tanda-tanda dan rahsia Hari Akhir Zaman* Satu sebab mengapa Rasulullah SAW menganju... more »

Masih adakah lagi manusia seperti ini

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya. Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjump... more »

Enam jenis fitnah Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam, masuk akal atau pun tidak. Kerana mereka menyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam sepanjang riwayatnya sahih, merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam yang berkaitan dengan Dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang aka... more »

Akhir Zaman: Pemergian orang-orang soleh

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Keadaan manusia pada zaman sekarang sudah ramai yang rosak, ibarat langit dan bumi jika kita bandingkan dengan keadaan manusia pada zaman sahabat Rasulullah Saw. Contohnya para sahabat adalah manusia yang paling giat beribadah, namun mereka masih takut ibadahnya tidak diterima oleh Allah swt. Sedangkan amalan kita sangat terhad, lebih banyak dosa dan maksiat. Namun ramai orang kita beramal sekadar beramal sahaja (tangkap muat). Semakin mendekati hari kiamat, maka keadaan manusia semakin buruk, makin rosak dan semakin jauh dari petunjuk. Salah satu penyebabnya adalah kerana Allah swt... more »

Mengapa Syiah Sangat Membenci Malaikat Jibril?

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Oleh : Asy - Sheikh Sholih Al-Fauzan Hafizhahullah Ta'ala الحمدالله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد : Sungguh Syiah telah terpengaruh dengan keyakinan Yahudi dalam hal permusuhan mereka terhadap Malaikat Jibril ' alaihis salam. Berikut adalah penjelasan dari Asy-Sheikh Al-Allamah Sholih Al-auzan (Anggota Dewan Fatwa Arab Saudi) dalam kitabnya Al- anhah Ar-Robbaniyah fi Syarhil Arba'ina An - Nawawiyah , hal.53 - 54 Cet . Darul ' Ashimah : " Diantara mereka ada yang memusuhi para malaikat, diantara mereka ada juga yang memusuhi sebahagian malaikat. Sepert... more »

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) . Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati sola... more »

Nak Tahu Tempat Dajjal Dibunuh?

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
"Brother Muhamad, hari itu kamu ingin tahu kota kecil Lud kan?. Kejap lagi saya akan tunjuk di mana pekan Lud ini", kata Nasir, pemandu pelancung pada saya ketika kami mula meninggalkan Bethlehem. Coster yang kami naiki mula bergerak. Hari ini, 27 April 09, kami bergera ke Yafa melalui Tel Aviv. Perjalanan melalui highway besar. Dari Jerusalem ke Yafa lebih kurang 70 km. "Kamu tahu, orang di sini suka tinggal di Yafa. Dia bandar cantik tepi pantai. Yafa digelar sebagai "Arus al-Bahr" (pengantin pantai). Orang yang tinggal di sini semua ibarat pengantin kerana cantiknya tempat ini.... more »

Subhanaallah, Keajaiban Burung Gagak

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk - Nya yang lain ? Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya. Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka. Mengapa demikian? Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan de... more »

Soalan bocor

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Ada kalanya, ketika musim peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan lain-lain, kedengaran bisik-bisik berkenaan soalan bocor. Pelbagai respon daripada para pelajar dan ibubapa. Ada yang begitu bersungguh mendapatkannya dan membuat persiapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ada juga pelajar yang mendapat soalan-soalan tersebut, tetapi tidak mempedulikannya, bahkan ada yang langsung tidak berminat untuk mengambil tahu soalan-soalan tersebut. Ketika di dalam dewan peperiksaan, ada yang bergembira kerana telah bersiap sedia dengan jawapan dan ada yang menyesal kerana mengabaikan soalan-soalan b... more »

Subhaanallah Kisah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (61) (Lihat ikan itu telah mengering, dan kena semula air, dan hidup, dan lihat ikan itu menggelungsur bawah tanah, dan menggelungsur meninggalkan bekas jalannya Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini. (62) Temannya berkata: Tahukah apa yang telah te... more »

Detik-detik Umar Mengucapkan Syadahah

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Umar bin Khattab ra terkenal sebagai orang yang berwatak keras dan bertubuh tegap. Sering kali pada awalnya ( sebelum masuk Islam ) kaum muslimin dikasari. Sebenarnya di dalam hati Umar sering berkecamuk perasaan-perasaan yang berlawanan antaranya pengagungannya terhadap ajaran nenek moyang, kesenangan terhadap hiburan dan mabuk dengan kekagumannya terhadap ketabahan kaum muslimin serta bisikan hatinya bahawa boleh jadi apa yang dibawa oleh Islam itu lebih mulia dan lebih baik. Pada suatu hari, beliau berjalan dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah SAW . Namun di tengah ja... more »

Pentingnya solat subuh berjemaah

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Solat subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain. Umat ynag menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi. Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat). *Sabda Rasulullah S.A.... more »

Dengar baik-baik, Hukum Sujud Lama Ketika Solat Berjemaah - Ustaz Azhar Idrus

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Kalau nak sujud lama boleh, tapi bila solat bersendirian. -Ustaz Azhar Idrus *"Solatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam antara rukuknya, i'tidalnya, sujudnya, duduk diantara dua sujud, lamanya hampir sama." [HR. Bukhari dan Muslim].*

Kenapa Disebut Dajjal al-Masih? - Ustaz Azhar Idrus

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi ‘Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama insan suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda.

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan me... more »

Rasulullah Bersabda, “Peperangan, Peperangan, Peperangan”

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
*Dari Abu Hurairah Ra**, Katanya Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam bersabda : " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah ( ujian , kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan, mushibah ) serta sering berlaku al - Harj ' , ". * *Sahabat bertanya , " Apakah al - Harj itu hai Rasulullah ? " Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam menjawab : " Peperangan, peperangan, peperangan . Beliau mengucapkannya tiga kali , " ( HR. Ibnu Majah ).* Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sall... more »

Seorang kanak-kanak yang takutkan Neraka

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis. Orang tua itu yang melihat seorang kanak-kanak itu menangis menegurnya , " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? " Maka berkatalah kanak-kanak itu , " Wahai datuk saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga kepada ayat yang berbunyi , ' Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum ' ertinya , ' Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu '. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api ne... more »

Peringkat Kemunculan Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
"satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari... more »

Kalimat Terakhir Di Penghujung Nafas Ustman bin Affan

Detik Islam at Detik Islam - 1 month ago
Khalifah ketiga Uthman Bin Affan ra termasuk sepuluh sahabat Rasul SAW yang dijamin masuk syurga. Meskipun demikian, beliau selalu berjaga sepanjang malam untuk beribadah kepada Allah SWT kerana rasa takut yang menyerangnya dan kedahsyatan hari kiamat sekaligus mengharap rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Ketika para penghasut menggerakan rakyatnya untuk membunuh dirinya, isterinya berteriak ke arah mereka , "Jika kalian ingin membunuh atau membiarkan dirinya tetap hidup, sungguh dirinya sentiasa menghiasi malamnya dengan solat yang satu rakaatnya mampu mengkhatamkan seluruh Al-Qu... more »

Kenapa orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin?

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti- Zionis! Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka. [image: IRAN ISRAEL2 420x289 Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan] Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa? Kerana sebahagian Ya... more »

Keistimewaan Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya: Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga. Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan t... more »

Organisasi Syiah:”Kami Akan Melaksanakan Operasi Bersenjata di Wilayah Saudi

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Sebuah organisasi Syiah yang menamakan dirinya "Mukhtar Army" pada hari khamis 22/11 mengaku bertanggungjawab keatas letupan motar yang berlaku berhampiran sempadan Saudi, Iraq dan Kuwait. Mereka memberi amaran akan adanya serangan lebih lanjut yang mensasarkan Arab Saudi. Pemimpin "Mukhtar Army", Watsiq Battat mengumumkan melalui siaran Iraq "Sumeria", pasukannya akan mensasarkan Saudi dan operasi ini dilancarkan sebagai respon dari fatwa "Kafir" terhadap golongan syiah. Juru bicara penjaga sempadan Saudi, Brigadier Muhammad Al-Ghamdi mengatakan bahawa tidak ada mangsa korban dalam... more »

Penggembala kambing di akhir zaman

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata: Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak padanya kesan-kesan perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam) seraya berkata: " Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam? " Maka bersabdalah Rasulullah saw : "Islam adalah engkau... more »

Saat Dajjal dibunuh

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*Sabda Nabi SAW,* *"... Kemudian semasa tentera Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan , dan **pada masa itu sembahyang akan ditubuhkan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentera Islam **ini. Ketika itu, apabila musuh -musuh Islam melihat Isa bin Marya , maka mereka pun ( hancur ) **luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi ( untuk **membunuh ) mereka , musuh -musuh Islam itu telahpun (sedia ) luluh, sehingga dapat dikalahkan **dengan mudah saja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahawa Dia ) bermaksud **mahu m... more »

Bekas pemain U16 dan U17 Jerman syahid di Syria

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Burak Karan adalah pemain yang berbakat dalam bola sepak. Dia bermain tujuh kali untuk pasukan remaja kebangsaan Jerman bawah 16 dan 17 tahun. Beliau mendapat latihan di Bayer Leverkusen, HSV (Hamburger SV), Hertha dan Hannover 96. Sehingga tahun 2008, pada usia 20 tahun, kerjaya beliau berakhir secara tiba-tiba. Mengapa?, ia adalah sukar untuk ditafsirkan. Beliau meninggal dunia pada usia 26 (InsyaAllah Syahid) di Syria. Burak Karan meninggal dunia pada 11 Oktober yang lalu akibat serangan udara oleh diktator Syria Bashar al-Assad berhampiran kampung Azaz, di sempadan Turki-Syria.... more »

Keadaan manusia pada zaman Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Pada zaman Dajjal nanti, setiap negeri yang didatangi Dajjal penduduknya bagaikan padi yang ada di dalam pengisar. Mereka lari kesana kemari kerana takut kepada Dajjal. Bagi keluarga mukmin mereka lebih senang berada di dalam rumah menjaga keluarganya agar tidak terpengaruh oleh tipu daya Dajjal. Sebab pada masa itu bukan sedikit kaum wanita yang menjadi pengikut Dajjal. Oleh kerana itu, orang lelaki mengikat keluarganya di dalam rumah agar tidak keluar. Mereka bimbang bila keluarganya keluar rumah akan mudah dipengaruhi Dajjal. Jika terpengaruh mengikuti Dajjal, bererti telah melak... more »

Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Sabda Nabi SAW *Ketika al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka al-Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam (sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata, “Silakan maju ke hadapn dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang subuh) ini diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”(Ibnu Majah & Abu Nuaim)* Sabda Nabi SAW, *Al-Mahdi memalingkan kepal... more »

Tujuh tahun selepas kematian Dajjal

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Setelah matinya Dajjal, manusia kemudian hidup dengan damai selama 7 tahun. Tidak ada permusuhan di antara mereka. Akhirnya Allah mengutus angin yang sejuk dari arah Syam. Maka setiap orang yang di dalam hatinya mempunyai kebaikan dan iman walaupun seberat biji sawi, akan dicabut nyawanya. Sehingga seandainya seseorang masuk ke tengah gunung nescaya angin itu akan mengejar dan mencabut nyawanya. Maka tinggallah orang -orang yang jahat di muka bumi. Mereka hidup seperti burung (berlumba dalam kejahatan) dan berjiwa seperti binatang buas yang saling bermusuhan dan mendholimi. Mereka t... more »

Siapa wajah-wajah ceria di Hari Kiamat?

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Pada suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa jika hari kiamat telah tiba maka Allah SWT akan mengumpulkan suatu kaum yang wajahnya laksana bintang-bintang di angkasa. Dan para malaikat bertanya kepada mereka, " Apa amalan yang kalian kerjakan selama hidup di dunia? " Mereka pun menjawab , "Setiap kami mendengar azan, segera kami bergegas mengambil air wudhu atau bersuci . " [image: purnama Wajah Wajah Ceria di Hari Kiamat]Gambar hiasan Ada pula sekelompok orang yang wajahnya berseri-seri laksana rembulan yang memancarkan sinar yang terang. Para malaikat bertanya, " Apakah ... more »

Patung mainan berupa dajjal mata satu

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*Soalan*; As salamu'alaikum..ustaz..saya nak bertanya satu soalan & berharap ustaz memberi pandangan ustaz..Mengenai watak kartun minion yg bermata satu dlm kartun dispicable me. saya telah membeli ank patung(soft toy) yg bermata satu tersebut untuk anak saya. Adakah perbuatan itu salah? Adakah ia akn terpesongkan akidah kita?? adakah akan mengkafirkan & mengjahilkan sifat seseorg tu? Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak terlintas & tidak ada niat lansung tentang anak patung yg menyerupai dajal..Sehingga ada segelintir hamba allah juga myatakan logo disney juga menyerupai mata satu ... more »

Abu Lahab mati ditangan seorang wanita

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Siapa tidak kenal Abu Lahab ? Namanya diabadikan Allah dalam Quran ketika dia bersama isterinya dihumban ke dalam api neraka. Akan tetapi, ramai diantara kita yang tidak mengetahui bagaimana matinya seorang musuh Allah bernama Abu Lahab ini. Seorang pembesar bangsa Quraisy yang juga salah seorang bapa saudara Nabi kita yang mulia Muhammad shallallahu alaihi wa sallam. Penyebab kematian Abu Lahab adalah sebuah pukulan yang dilakukan oleh seorang shahabiyyah yang mulia. Beliau adalah Lubabah Al-Kubra yang dikenali dengan panggilan Ummu Fadl binti Al-Harits radhiyallahu anha. Wanita y... more »

Kisah wanita cantik yang membuatkan para Ulama kagum

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Ketika melalui sebuah jalan di kota Bashra, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa. Al Atabi merasa ingin tahun kemudiannya memberanikan diri untuk bertanya kepada wanita itu. "Siapa lelaki tersebut ? " " Dia suamiku " "Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang menghairankan " Al Atabi meneruskan soalnya lagi. "Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka dia bersyukur.... more »

Akidah: Berubat dengan bomoh siam

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*Soalan*; Assalamualaikum Ustaz. Apakah salah dan dianggap syirik jika seseorang itu telah berusaha banyak kali dengan cara Islam untuk berubat membuang sihir tetapi tidak sembuh. Dia ambil keputusan untuk melalui cara Siam untuk membuang sihir tersebut dan mendapatkan bantuan seorang yang bukan Islam yang berubat dengan cara Siam setelah dia mengetahui sihir ke atasnya adalah menggunakan cara Siam TETAPI yakin dan percaya sepenuh hati perawatan yang beliau akan lalui dan alami adalah Allah yang akan membantu dan mengizinkan. *Jawapan*; Keyakinan kepada Allah mesti diterjemahka... more »

Guna minyak pengasih untuk suami

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*Soalan*; ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN ING... more »

Mengapa para sultan Uthmaniyyah tidak mengerjakan haji?

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Sultan-sultan Uthmaniyyah boleh berperang hingga ke Mesir dan Austria, memakai gelaran Khadam Dua Tanah Suci dan memimpin kerajaan terbesar di dunia, tetapi tiada seorang pun yang menunaikan ibadah Haji, rukun Islam bagi setiap kita. [image: hajj] Bagaimana boleh terjadi begitu? Apakah ini boleh dianggap sebagai salah satu bukti, betapa sultan-sultan Uthmaniyyah itu tidak beramal dengan Islam? Saya agat kecewa semasa mendengar kenyataan yang dibuat oleh Rageh Omaar di dalam klip video pengenalan kepada satu program bersiri di BBC bertajuk The Ottomans: Europe’s Muslim Emperors. Rag... more »

40% makanan di Israel adalah sampah

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Salah satu sebab kenapa berlaku kelaparan adalah ramai pengguna membeli banyak makanan tanpa mereka fikir kadar penggunaanya. Salah sebuah negara yang membuang makanan tertinggi di dunia adalah Israel. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar melaporkan sebuah rumah di Israel membuang makanan mereka bernilai 100 dolar sebulan. Menurut laporan ynet pada hari 9/11/2013 lalu dengan mengutip kenyataan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjelang hari makanan antarabangsa, angka ini akan kekal stabil selama dua tahun berikutnya. Jabatan ini juga mengeluarkan laporan iaitu 30 hingga 40 peratus ma... more »

Bodohkah ibuku?

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. ... more »

Azan berkumandang tanpa henti hingga ke akhir zaman

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Da... more »

Dialog cinta Presiden Mursi dan isterinya di penjara

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Dr . Najla Mahmud baru saja melawat suaminya, Presiden Muhammad Mursi di Penjara Burj Arab Alexandria pada hari Khamis (7 /11). Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya apabila dibenarkan untuk bertemu suaminya kali pertama sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu. Pertemuan itu seperti hadiah tahun baru hijriyah. Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekadar pertemuan pelepas rindu. Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir. "Aku pergi untuk memberikan sokongan kepa... more »

Hukum sapu muka selepas salam - Ustaz Azhar Idrus

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*Definasi Syarat Solat: *Perkara-perkara diluar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu. Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian. *Syarat-syarat solat (8 perkara):* 1) Islam 2) Berakal sihat 3) Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk) 4) Masuk waktu solat 5) Suci daripada hadas 6) Suci daripada najis 7) Menutup aurat 8) Menghadap kiblat *Definasi Rukun Solat:* Rukun ialah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja a... more »

3 jenis manusia cinta kepada Nabi Muhammad

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
*1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi* Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut. Sejak kecil hingga Baginda Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda. Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancanga... more »

Motivasi iman - Ubat Hati

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang. Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ub... more »

Masjid bawah tanah pertama di dunia

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah . "Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat ," kata Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November. "Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya. Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi ... more »

17 perkara menghalang dari azab kubur

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
1-Berbakti kepada kedua ibu bapa. 2-Berwuduk. 3-Menjaga solat. 4-Berzikir kepada Allah SWT. 5-Berpuasa pada bulan Ramadhan. 6-Bersegera suci dari junub. 7-Menunaikan haji dan umrah. 8-Menyambung Silatul Rahim. 9-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. 10-Berbudi pekerti mulia. 11-Takut kepada Allah SWT. 12-Mempunyai anak yang mati semasa kecil. 13-Berharap kepada Allah SWT-Tidak berputus asa. 14-Menangis kerana takutkan Allah SWT. 15-Bersangka baik kepada Allah SWT. 16-Berselawat kepada Rasulullah SAW. 17-Memperbanyakkan sebut ” La Ila Illallah “ ***Sumber dari peribad... more »

Dosa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Mustafa Kamal Attartuk 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara. 4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden” 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 6. Menukar azan ke dala... more »

Peristiwa penting berlaku dalam bulan Muharam

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. *Pada 10 Muharam juga telah berlaku:* 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembak... more »

Doktor termuda di dunia dari Palestin - Guinness World Records

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa'd. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin. Haniyah menegaskan Asa'd berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat. Eqbal Asa'd Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia. Asa'd adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan. Sejak kecil, Asa'd adal... more »

Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan. Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran. Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan me... more »

Tabarruj di facebook

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu pe... more »

Perbezaan Abu Lahab dengan Abu Jahal

Detik Islam at Detik Islam - 2 months ago
Ramai yang menyangka Abu Lahab dengan Abu Jahal itu orang yang sama. Abu Lahab itu bapa saudara Nabi Muhammad SAW, sedangkan Abu Jahal tidak ada hubungan darah dengan nabi. Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib sedangkan nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam. *Tentang Abu Lahab* Dia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang memalukan Nabi di depan umatnya dengan ucapan yang hina, "Celaka engkau hai Muhammad ! Apakah ini maksudmu mengundang kami kemari ? ... more »
Sumber:
Detik Islam in my dashboard.
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: