Sabtu, 25 Januari 2014

3242. Engkau kan berani.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Kisah benar sebagai pengajaran bernilai. 
Arshad tidak berapa ada wang ditangan. Arshad mengadu kepada sisternya. Dapatlah Arshad not 10. Langkah Arshad jadi panjang, bila ada duit ditangan. Dalam perjalanan yang masih siang lagi dia singgah di satu tempat untuk qodha hajat.

Di dinding tandas tersebut tertera beberapa nombor telefon. Hal ini menarik perhatian, lalu Arshad mencatitnya. Beberapa ketika kemudian dia telah mendail salah satu nombor yang dicatitnya. Seorang lelaki telah menjawab panggilannya.

Dalam perbualan tersebut entah macam mana Arshad bersetuju untuk menemui lelaki tersebut yang baru dikenalinya. Akhirnya lelaki tersebut menemui Arshad setelah dia menyatakan lokasi dia berada. Setelah mengenalkan dirinya sebagai Along, lelaki tersebut mengajak Arshad singgah di restoran. Di sana dia berbual-bual dengan lelaki tersebut. Hari sudah jauh malam dan sudah pun hampir menjangkau ke dini hari.

Dalam perjalanan kononya untuk menghantar Arshad pulang, lelaki tersebut bertukar watak. Menjadi watak ganas dan mula mengugut. Ugutan yang kononnya dia telah melakukan perbuatan keji seperti tingkah laku "gay" terhadap lelaki tersebut. Arshad juga digertak untuk dibawa ke Balai Polis jika tidak memenuhi ugutan dan tuntutan berjumlah RM6000. Dalam pada itu volet Arshad juga diselongkar oleh Along. Nyata memang duitnya tidak lebih pun dari RM10.

Kemudian Arshad dipaksa ke mesen juruwang sebuah bank. Lelaki tersebut mengekori dan telah menjadi tatacara bank di Malaysia selepas jam 24.00 tertera di mesin tersebut "Out Of Servis" Arshad rasa terselamat dan rasa kelegaan itu hanya seketika sahaja. Arshad di tanya siapa ahli keluarga yang dekat boleh dihubunginya. Arshad mendail nombor sisternya. Minta bantuan kewangan untuk memenuhi ugutan lelaki tersebut. Pastinya sisternya menjawab jujur tidak punya wang sebanyak itu.

Arshad kemudian didesak menghubungi bapanya yang berada jauh di kampung. Jam telah pun menunjukkan waktu 2.14 pagi. Arshad dalam keadaan serba salah (tidak mahu mengganggu rehat bapanya) dapat menghubungi bapanya. Arshad pun menyatakan apa yang kononnya tentang perbuatannya dan tuntutan jumlah wang tersebut. Dalam perbualan tersebut lelaki itu juga mencadangkan kepada Arshad supaya bapanya mendail telefon Arshad, kerana kredit call telefon Arshad sudah tinggal sedikit.

Kemudian Lelaki itu bercakap dengan bapa Arshad. Along bercerita tentang perbuatan Arshad terhadap dirinya, yang sebenarnya perkara dusta. Arshad tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan ketakutan. Lelaki tersebut juga menyatakan Arshad menangis tidak mahu dibawa ke Balai Polis. Lelaki itu juga kononnya menyatakan dia tidak hendak sangat duit, dia pentingkan maruah. Lelaki itu mengenalkan dirinya Along bila bapa Arshad bertanyakan siapa dia sebenarnya.

Lelaki itu bercerita lagi kononnya telah membawa Arshad menemui Polis Peronda yang kebetulan lalu. Kononnya Anggota Polis tersebut mencadangkan hal tersebut diselesaikan diluar tanpa dibawa ketengah dengan bayaran RM6000. Akhirnya perbualan lelaki itu dengan bapa Arshad tamat.

Arshad didesak supaya mendapatkan wang seberapa yang dapat dari bapanya. Akhirnya jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi, Arshad mahu tidak mahu menghubungi bapanya lagi dengan sistem load spekar juga seperti panggilan mula-mula tadi. Bapanya menjawab bapanya tiada wang sebanyak itu. Perbualan singkat. Arshad sms bapanya dengan ayat yang mengikut arahan lelaki tersebut dan bapanya menjawab sms tersebut.

Arshad kemudiannya dihubungi bapanya semula. Bapanya mencadangkan pergi ke Balai Polis terus, cakap perkara yang sebenar-benarnya dengan polis, jangan selindung-selindung. "Engkau kan berani" itulah ayat terakhir bapanya dan terus disambut oleh Arshad dengan kata "ialah abah"

Ayat terakhir bapanya "Engkau kan berani" masih terngiang-ngiang ditelinganya dan menjadi satu kekuatan kepada diri dan semangat Arshad untuk bangkit. Arshad mengajak lelaki tersebut ke Balai Polis. Lelaki tersebut bersetuju untuk ke Balai Polis. Di pertengahan jalan mereka singgah di kedai 7E. Lelaki tersebut meminta Arshad membelikan sekotak rokok. Bila Arshad keluar dari kedai 7E, dia mendapati lelaki tersebut telah pun melesapkan dirinya dengan membawa sekali telefon Arshad yang tertinggal didalam kereta lelaki tersebut.

Alhamdulillah Arshad terselamat akhirnya dari pancaroba hidup yang bermula dari nombor telefon yang tertera di dinding tandas.

In Syaa Allah kisah ini mendatangkan manfaat.
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: