Isnin, 27 Januari 2014

3298. Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA ... KM PULAU PINANG LGE LAWAT DAN HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM DI KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM PETANG TADI.


Masih nak tuduh kerajaan DAP/PR pimpinan YAB Lim Guan Eng anti Islam dan benci Melayu? .. Lihat akan gambar-gambar diatas sebagai pencerahan minda dan santapan jiwa.

Yang mendabik dada pertahankan ketuanan Melayu dan Kalimah Allah belum lagi nampak muka.

Kegembiraan seorang ibu dijangka melahirkan bayinya hari ini terbantut selepas rumah didiami bersama suami, madu dan 13 anak di Kampung Kubang Semang di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran jam 8.25 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku hanya selepas lima minit ibu berkenaan menjejakkan kaki ke rumah sewanya itu untuk mengambil pakaian dan barang keperluan sebelum bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan bayinya.

Kebakaran itu turut menyebabkan tiga lagi keluarga menyewa rumah berkenaan tinggal sehelai sepinggan selepas hangus dijilat api marak dengan pantas menyebabkan penghuninya gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Ketika kejadian Syarifah Mohd Taib, 41, baru pulang dari klinik kesihatan berhampiran selepas selesai memeriksa kandungannya kini sudah berusia lebih sembilan bulan dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.

Katanya, ketika itu dia dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan anak.


1 comment:

  1. Tahniah YB teruskan kami sentiasa menyokong anda.pedulikan saja.org2 umno.anggap je mrk spt anjing menyalak bukit.
Sumber:
http://omakkau.blogspot.com/2014/01/biar-gambar-gambar-berbicara-km-pulau.html
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: