Rabu, 29 Januari 2014

Petikan Al-Quran dan Hadith. 3309.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  


Petikan Al-Quran & Hadith
Kepentingan Mahabbah

Hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:"Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan Puasa Ramadhan

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Allah SWT Kasih Kepada Orang Yang Berusaha/Bekerja

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang mukmin yang berusaha".
Sumber:
http://www.religious-affairs.gov.bn
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: